:: Pupuk Minat Membaca ::

July 29, 2012

salah satu hobi i adalah membaca. dan i pupuk minat membaca ni pada anak dara i Nur Iman Dania. i nak dia pun mempunyai minat untuk membaca. Alhamdulillah, dia sekarang memang suka dengan buku. walaupun hanya untuk conteng². hahaha.. Masa i pregnant dulu, sebelum tidur i akan membaca majalah, so dengan tidak langsung, Nur Iman Dania pun terikut² dengan sikap i tu sehingga kini. dia akan ambil buku cerita yang ada gambar kantun, then dia akan baca sekejap pastu dia mintak pensil then dia conteng² buku tu. tapi tak pe la, asalkan dia minat pada buku.

bahan bacaan yang i suka baca adalah majalah. dulu, sebelum ada anak, i suka baca novel. Novel kesayangan i adalah kesinambungan perjalanan Laksamana Sunan. heeeee.. tau tak?? tau kan..... sekarang ni, amat payahlah kalau nak baca novel. so, i beralih pada majalah. Majalah yang i suka baca adalah yang berunsurkan kesihatan dan keibubapaan. iye la sekarang kan dah jadi ibu. so melalui majalah, i dapat belajar benda² baru mengenai dunia kanak².

Sejak dari sekolah lagi, i memang tak berapa nak minat beli majalah hiburan. majalah yang berkenaan gosip² artis ni. majalah pertama yang i kumpul adalah majalah remaja. i start kumpul majalah masa umur i 14 tahun. mase tu i dah kerja part time. so, memang tak ada masalah untuk membeli majalah.

Membaca ni sebenarnya menambahkan ilmu pengetahuan. proses pembelajaran sebenarnya tidak akan berhenti, selagi kita hidup kita akan terus belajar. sama ada melalui pengalaman sendiri, pengalaman orang lain mahupun dengan membaca.

dan sebagai ibubapa, kita harus tanamkan minat membaca dikalangan anak² kita. kalau dulu kita beli majalah ataupun buku, sekarang ni, dengan kehebatan ICT, minat membaca boleh dipupuk melalui bahan bacaan di gadget. namun pantauan penuh daripada ibubapa amat² lah diperlukan. bahan bacaan online ni, kadangkala boleh menimbulkan masalah lain pulak. 

Majalah ni i dapat percuma sejak lahirkan Aufa.


Hadiah daripada Amarlisa Rafar







Masak-Masak






so, ape ye bahan bacaan yang korang suka baca. boleh la share dengan i..

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images