:: Menutup Aib Ibu Bapa tanggungjawab Seorang Anak ::

July 10, 2012



Assalamualaikum kawan-kawan pada pembaca blog i. terlintas i untuk berbicara tentang aib ibu bapa ni setelah menyaksikan ape yang tidak sepatutnya berlaku. niat i sebenarnya bukan nak mengumpat, tetapi untuk dijadikan pengajaran untuk diri i dan jugak diri korang semua.

setiap manusia mempunyai baik dan buruk dalam diri sendiri. bergitu juga dengan ibu bapa kita. betul tak? dan yang lebih tahu tentang keburukan tentang ibu bapa adalah anak-anak. sebabnya anak-anak yang tinggal serumah dengan mereka. 

so, ape yang korang dapat dengan menjaja tentang keburukan ibu bapa korang? nothing kan? boleh ke dengan menjaga tentang keburukan mereka, hidup korang akan lebih bahagia? boleh buat duit lebih? apa yang korang dapat adalah lebih dosa! kan tak pasal² dapat dosa free.

Jika ibu bapa korang tu memegang title single parent. pastu dah  tiba masanya mereka menemukan jodoh baru, sebagai anak apelah salahnya mendoakan kebahagiaan ibu bapa korang. dan nak ingatkan disini, tidak semua ibu bapa TIRI tu, memandang harta benda dan wang ringgit. yee tidak semua. tidak dinafikan ada segelintir orang akan berkahwin kerana harta. tapi jika orang baru tu menjaga ibu bapa kita dengan baik, ape salahnya berkongsi kekayaan itu dengan orang baru tu kan? tapi kalau orang baru tu asyik mengikis harta benda dan mengabaikan ibu atau bapa kita, haaa tu baru memerlukan tindakan segera.!

dalam hal berkahwin baru, ade segelintir anak-anak yang menentang keras. kononya orang yang ibu atau bapa mereka nak kawin tu sebenarnya hanya nak mengikis harta yang mereka ada. kalau situasi ibu atau bapa mereka tu berharta tu i tak kisah sangat. ada juga situasi di mana ibu atau bapa mereka tu "berharta la sangat". bagi mereka yang menghadapi situasi sebergini, fikirkan la demi kebahagiaan ibu bapa korang, jangan asyik fikir pasal harta yang seberapa tu. 

Doa itu kan merupakan senjata orang mukmin. so, apa kata bagi anak² yang berhadapan dengan situasi sebergini Doa pada YANG SATU, diberikan kebahagiaan kepada orang tua kita. seperti mana mereka memberikan kebahagiaan kepada kita. Amin!





pic credit to :  http://atikaahmadiah.blogspot.com/


Pada pendapat i, kita boleh bercerita tentang ape yang kita tidak puas hati dengan ibubapa kita hanya dengan adik beradik kita sahaja. even dengan pasangan kita pun, jangan cerita tentang keburukan ibu bapa kita. Percaya la, ia lebih selamat!

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images