:: Mari Kita Memerangi LEMAK ::

July 17, 2012

bila cerita bab lemak ni, terbayang dalam fikirkan i gulai lemak cili padi. itu adalah salah satu daripada lauk pauk yang i minat teramat sangat. tak kisah lah lemak cili pada ayam ke, lemak cili pada ikan ke, lemak cili pada ketam ke.. semua i suka.. bila cerita mengenai makanan yang sedap², secara automatiknya, perut yang kenyang bertukar menjadi lapar. heheheeeeee...


Source : Google

Disebabkan keletihan berkerja 2 minggu berturut² selama 12 jam sehari tanpa cuti *amboi kemain rajin kan? kan?* membuatkan selera makan i bertambah² membuak². seriusly!! balik kerja pukul 10 malam tu, gerenti i akan cari makanan. bukan untuk alas perut, tapi untuk mengenyangkan perut. kalau korang nak tahu, i akan cari nasi! i ulangi i makan NASI pukul 10 malam. hahahaaaa gelak kan i cepat! so, as a result, perut i semakin membuncit mengalah orang pregant. someday, anak i Nur Iman Dania boleh tanya kat i. " Ibu, perut ibu ada ape? "" haaaaa... payah pulak nak menjawab. i jawab " Ada Nur Iman Dania ". dia balas " Eh tak la ibu, Ada Ufa Tahqif".. See! bertapa buruknya penampilan sekiranya perut lebih maju kehadapan.

dek kerana perut yang membuncit, tshirt kerja semua menjadi sendat. dan sekarang i phobia kalau nak pergi timbang berat badan.

Oleh kerana kesedaran dah menapak ke dalam hati i, i tekad untuk menguruskan perut dan mencapai BMI yang normal. dan i terbaca artikal bagaimana untuk mencantas lemak dalam majalah Rapi Keluaran 15 Febuari 2011. kalau korang nak tahu, i mengumpul majalah Rapi dari 2nd keluaran. hahaaa fanatik kan? kan? i memang minat pada majalah yang berunsurkan kesihatan. i yang baik hati ini nak kongsi artikal ini dengan korang.



beberapa perkara yang perlu  kita lakukan utuk mencantas lemak dalam tubuh badan :

Diet Seimbang.
kebanyakkan majalah akan bagitahu, kalau nak sihat kena amalkan diet seimbang. maknanya diet seimbang ni memang penting. ape yang dimaksudkan dengan diet seimbang? Majalah rapi ni kata " makanan yang diambil mestilah mengandungi protein, lemak, karbohidrat dan serat secukupnya. diet yang ketat hanya akan melambatkan metabolisme sehingga 30%.

makan sedikit tapi kerap.
kita syorkan makan antara 5-6 kali sehari dengan JUMLAH yang kecil. hahahaa... ape korang ingat makan sepenuh pinggan sekali makan? jumlah yang kecil akan membuatkan tubuh kita membakar 20 kalori tambahan. tidak mengambil makanan selama 4 jam membuatkan tubuh anda lambat membakar kalori.

Perhatikan Protein.
Protien lebih lambat untuk dicernakan berbanding karbohidrat dan lemak. so, kalau rasa nak tahan lapar dengan lebih lama, boleh ambil protein. seperti ayam, telur, dan Udang.

Perbanyakkan Serat.
Makanan yang tinggi serat mengandugi sedikit kalori. serat membuatkan kita mengunyah dengan lebih lama dan kita akan lebih cepat kenyang.

Kurangkan Pengambilan Garam
garam dikatakan sebagai salah satu penyebab gemuk. tetapi sebenarnya garam diperlukan oleh badan untuk tekanan darah, fungsi otot dan penyerapan nutrisi penting. ambil dengan berpada².

Perbanyakkan Senaman
Lakukan senaman untuk perbentukan tubuh. Umpamanya latihan beban untuk pembakaran kalori. otot² badan juga terbentuk, semakin banak otot badan terbentuk semakin banyak kalori terbakar.


tak mo perut nie!! sapa nak pinjam perut i..

You Might Also Like

3 Comments

  1. hek elehh buat blog psl diet dah berduyun duyun. tpi kurus tak jugekkk haha

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images