:: Kisah Aufa - Buaian ::

July 08, 2012

Muhammad Aufa Tahqif, selain susah nak tidur siang, budak kecik ni memerlukan buaian untuk tidur. maybe salah i la sebab dah biasakan dia tidur berbuai. sebenarnya itu memudahkan i. memudahkan bagi orang yang menjaga nya. dia memang lena tidur berbuai. lebih² lagi bila tidur malam. kengkadang tu, sampai ke pagi i biarkan dia tidur berbuai. hahaha!! see! jahat kan i...

kengkadang tu, kalau terlampau penat, memang i tak sengaja membiarkan dia dalam buai. kengkadang dia pun rasa happy kat dalam tu. kalau dia tak happy mesti dia dah nangis kan?? bila dia senyap aje tu, maknanya dia happy la tu..

bila bercerita mengenai buaian ini, ramai yang suggestkan, jangan biasakan anak kita tidur berbuai. banyak keburukkan dia terutama sekali bila kita nak berjalan jauh atau bertandang ke rumah orang. itu memang aku setuju. tapi i tak selalu bertandang ke rumah orang, bab berjalan tu yang i rasa sakit sikit nak bawak Aufa. pernah sekali tu, i terpaksa pergi KL untuk satu urusan. pilihan ditangan i, sama ada nak angkut si Aufa ni atau tinggalkan di rumah ibu mertua i. memang hati berbelah bagi. ape yang bermain dekat kepala i ni, kalau dia buat perangai dalam kereta. perjalanan dah la jauh. so, i decide, walauapapun terjadi, anak i biarlah dekat dengan i. i Tawakal aje angkut si Aufa ni.

bagaikan diduga, belum sampai KL lagi, dia dah mula merengek!! waduuuhhhh.. tapi nasib baiklah i bertolak waktu malam, so boleh jugak la ditepuk² suruh dia tidur balik. bila dah tengahhari, dia dah mula tak selesa duduk dalam kereta. pulak tu cuaca MasyaAllah panas nak mampus! Aufa dah start menangis! menangis! dan menangis! bagi susu tak mau! bagi makan tak mau! "" Ibu!, i need my Buai". hahaaaaa... itu kalau dia pandai cakaplah kan.. 

dikendung, dibedung pun tak jalan. last² i mintak tolong kakak i pujuk. Nasib baik dia suka tengok muka kakak i. hahaha! akhirnya terlena jugak akhirnya. tapi kakak i kena buat tarian hula hup la nak tidurkan dia. maybe dia rasa hanyunan tarian hula hup kakak i tu macam buaian, itu yang dia terlena. walaupun tak sampai setengah jam dia tidur, tapi bila dia bangun dengan muka tersengih² macam kerang busuk tu, kira lapang sikit dada i. 



tu yang siap menyinggah kat IKEA damansara. hahaaa.... tapi memang bukan rezeki i lagi nak merasa Meatball IKEA tu. hye Meatball, next time i datang lagi nak terkam u!



moral nye disini, hindakan jauh² buai daripada anak² u kalau boleh. Memang menyusahkan korang bila nak berjalan jauh! boleh buat mood daripada happy terus down.. sekarang Aufa dah mula tidak berbuai bila tidur malam. dia pun seronok tidur menguling²kan badan dia dekat atas katil tu. sampaikan kakak dia hari² merajuk tak dapat tidur dengan i. tak pe la kakak! nanti ibu suruh ayah buatkan katil yang sangat² lebar yang boleh muatkan kita berempat tidur sekatil. tak pun kakak pujuk ayah tidur kat sofa! keiekiehhhh.....


Sedap tidur sebab Ikea ni Sejuk. Bising pun tak pe.




Tunggu  tahun depan, bila anak ibu dah pandai jalan dan tak banyak sangat ragam, baru ibu bawak jalan jauh² lagi. Ibu serik! haaaa.. i tak boleh tahan kalau budak² asyik menangis aje. Boleh darah tinggi!


You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images