:: Restoran Baser ::

June 20, 2012

dah lama rasanya tak update ape² tentang makanan kan? haha.. time tengahari mcm nie, memang sesuai sangat la untuk bercerita mengenai makanan yang sedap² kan..hahaha.. so, kali ini i nak cerita pasal satu restoren yang amat terkenal di Kota Tinggi Johor. Restoran Baser. kepada orang Johor terutama warga Kota Tinggi, Resoren Baser ni memang dah tak asing lagi.

Walaubagaimana pun, bagi mereka yang tinggal di Puchong, Berita baik untuk awak semua, Restoren Baser dah pun buka cawangan di sana. so, bagi mereka yang nak rasa keenakan Nasi ayam dan Nasi Beryani Johor, boleh datang ke Restoren Baser Puchong.

Di kota Tinggi sahaja, Restoren Baser 5 cawangan. Yang i tahu dekat Jalan Niaga 2, Kota Tinggi, (Berhadapan Bus Stand Kota Tinggi ) Jalan Niaga 3, Kota Tinggi (Restoran Berhawa Dingin), Jalan Ibrahim, Kota Tinggi (berdekatan dengan banguanan Mara - Kalau tak silap i laa ) dan yang terbaru i nampak dekat Taman Saujana Kota Tinggi.


i belum pernah lagi makan dekat cawangan Taman Saujana. Nasi ayam dia rasa biasa aje. tapi mungkin Restoren Baser ni mempunyai trade mark yang kuat, sebab tu ramai yang datang makan dekat sini. Ape yang boleh i cakap, Restoren Baser ni, bukan menghidangkan Nasi Ayam semata². Dia menyediakan Nasi Ayam yang ada Side dish seperti Telur Goreng dan Sayur. Hebat kan? Lebih kurang macam The Chicken Rice Shop.

Jom la tengok antara gambar yang i sempat ambil semasa makan dekat restoren baser di Jalan Ibrahim. Sebenarnya restoren ni macam restoren melayu yang biasa² aje. presentation pun tak berapa menarik. rasa pun okey² aje.. tapi memandangkan i ni hantu Ayam. So, i bagi A kat ayam dia.






Lihat Pinggan dia.. :(



Wanita Hantaran 10k * what Do You Think ?*



Sidedish - Telur Goreng



Ayam Gred A.. Hahaaa!



Sayur Chap Chai kot



Ditengah² tu Tuan Sponser - Thanks Ayam, ehh Ayah.
Mesti ayah berpeluh nak kuar duit bayar bil kan



Sighboard Restoren Baser di Jalan Ibrahim


Restoren Baser favourite i adalah dekat Jalan Niaga 3. tertutup dan ber Air-cond. tapi i tak pernah rasa air-cond. sebab ape yang i nampak dia orang guna kipas. walauapapun, udara takde la panas sangat. dan yang paling penting, udara tak kotor. 

Time makan dekat sini, i order Nasi Ayam Goreng. sebenarnya i nak makan nasi beriyani. tapi memandangkan mase tu i datang dah lewat petang, so dah habis. ini aje la yang tinggal.

Ayam ni sedappp sangat. tengok gambar pun dah tau kan?




Nasi ayam yang digoreng




Sup




Teh O Laice Ais




Pencinta Makanan... ^__^. Budak ni kalau bab makan tak pernah cerewet!

untuk info lanjut tentang restoren baser ni, boleh pergi kat facebook dan blog dia orang key


 alahai.. tetiba perut i ni menjerit² mintak isi.. padahal i sarapan pukul 10 pagi tadi. ini baru pukul 12.30 tgh hari.. camne la nak kurus kan macam nie?







You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images