:: Fathers Day - kasih bapa bawa ke mati ::

June 20, 2012

Jom dengar cerita mengenai My Super daddy !


Super Daddy 1 : Abd Rafar Bin Ahmad



Hari raya Terakhir Kami sambut bersama - 2008


i panggil dia Abah. sebenarnya, i tak berapa rapat dengan abah. jadi i takde idea nak cerita mengenai dia. *sebab itu, entry ini lewat, i teraba² cari idea untuk tulis mengenai abah*. i tinggal bersama abah sehingga umur 1 12 tahun. then mak abah bercerai. sejak dari itu i tak tinggal dengan dia, so memang i tak de idea nak cerita pasal dia. apa yang i ingat, i pernah kena pukul dengan ekor ikan pari dengan abah. tapi tak berapa sure kenapa i kena pukul. maybe i nie terlebih baik kot masa kecik. kenangan yang buat i tersenyum bila mengenangkan abah adalah bila i pernah masam muka ngan abah, sampaikan i pergi sekolah dengan tak makan and tak bawak duit. bila kat sekolah, cikgu suruh beli kertas lukisan. disebabkan i tak de duit, i buat bodoh aje. hinggakan cikgu tu marah, dia cakap kalau tak de duit, boleh bagitahu dia, dia boleh bagi hutang dulu. Weii tak baik tau cikgu tu, ajar anak² kecik seperti aku berhutang! nama cikgu tu i tak ingat..

dan kenangan terakhir dengan abah, hari raya AidilAdha tahun lepas, dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, abah call, dia cakap "anak-anak tak ingat dia" dan i boleh gelak² masa tu. tak terlintas langsung, bahawa itu adalah kali terakhir i dengar suara dia. sekarang ni, abah dah takde. hadiah yang terbaik untuk dia kala ini adalah Doa. Semoga Abah berada dikalangan orang² yang beriman.

Super Daddy 2 : Isa Bin Mahad




dia bapa tiri i. lebih tepat lagi, bapa kepada anak beruang. kalau anak dia i panggil anak beruang, dia mesti bapa beruang kan? hahaha! sorry Ayah! apa yang menariknya pasal ayah i nie, dia adalah supporter dan juga bankers masa aku belajar dulu. cakap aje nak guna duit. automatik duit kat bank jadi banyak. "ayah, nak duit beli buku, Ayah nak duit bayar pendaftaran". bukan i aje, adik i pun dia support. sekarang ni, ayah i tengah pening nak support anak beruang pulak. sampai dia cakap kat i dia bukan nak pitam lagi, dia dah pengsan bila anak beruang SMS mintak duit. hahaaa!! kesian ayah i kan. walau apapun, terima kasih ayah. jasa ayah tak terbalas rasanya.



Super Daddy 3 : Mohd Rashidi Bin Md Rashid


ini bucuk i. ahaaaa.. memang bucuk bacin sungguh! ape yang bestnya tentang dia, masa kami berkenalan, i tengah mengalami obesiti. mase tu memang i tengah gemuk. then dia langsung tak komplen suruh i kuruskan badan. dia terima ape adenya i. thats why i sayangkan dia. bila dah kawin ni, apa yang buat i bangga punya suami macam dia, segala tentang anak, dia yang uruskan. kalau nak berjalan, selalunya barang² keperluan, dia akan settlekan. i tinggal uruskan budak kecik tu aje. see! bertuah tak i.. sayanglah kat bucuk..



Super Daddy 4 : Muhammad Aufa Tahqif




budak kecik ni akan jadi bapa suatu hari nnti. diharapkan Aufa akan mewarisi kebaikkan² superdaddy yang di atas.



saye sayang  superdaddy!
Maafkan saye kalau ada tertypo! kiekeihkehh..

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images