:: Dia Mr Mama - Pengorbanan Seorang Daddy ::

June 20, 2012



ape yang aku tahu, dulu dia seorang penjawat awam. tetapi setelah isterinya melahirkan seorang bayi lelaki, dia mengambil keputusan untuk menjaga anaknya sepenuh masa. keputusan yang di ambil atas alasan dia mengutamakan keselamatan anaknya dan kurang mempercayai pusat penjagaan kanak-kanak.

agak² siapa yang aku maksudkan yee? hehee... aku bercakap mengenai daddy Muhammad qhaliff Iman. sebenarnya, dulu i tak berminat nak baca blog dia pasal, banyak benda yang merapu. tapi sejak si budak comel ni lahir, daddy dia asyik bercerita tentang Qhaliff. bagaimana dia handle budak kecik ni, macam mana perangai si Qhaliff, macam mana dia menangani si Qhaliff yang kuat 'karaoke'.. hahaa! dia guna istilah 'karaoke' bagi menukar perkataan menangis. Sweet kan.

Mungkin pada kebanyakkan orang, menjadi mr mama ni akan membebankan isteri, dimana segala keperluan keluarga akan ditanggung oleh si isteri. tapi yang i amat bangga dengan Daddy Qhaliff ni, dia cerita, segala keperluan keluarga masih lagi dia yang tanggung. sebabnya, dia bukannya Mr Mama yang makan hasil isteri. tetapi Mr Mama yang berpendapatan.

sapa dia nie.. hahaa... dia adalah Mr Ben Ashaari. sapa lah yang tak kenal dia kan. dah pernah masuk tv lagi. kalau tak baca lebih banyak cerita pasal Qhaliff ni, boleh pergi kat page abang ben


Sumber dari page Daddy Qhaliff

http://www.benashaari.com

Hope suatu hari nanti, i akan jadi surirumah sepenuh masa dan berpendapatan sendiri. i nak menjaga sendiri anak² i...

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images