entry kebelakangan ini agak santai kan? macam tak ade info berguna untuk awak awak semua! ^__^. so kali ini, i nak bagi sedikit info tentang kos yang terlibat apabila kita memasang air-cond. Memandangkan cuaca sekarang ini terlalu panas. peningkatan pemasangan air-cond kemain tinggi. Kemain kembang kuncup kontraktor bila dapat banyak job. Kocek tauke kedai pun kemain berkepok² duit. hahhaa! rezeki cuaca panas kan? i yang jadi salesgirl pun boleh senyum panjang sebab komisen jual air-cond kemain banyak! hahaaa....
Peringatankos pemasangan air-cond adalah bergantung kepada berapa besar HP air cond tersebut. kos pemasangan ini, i cerita berdasarkan pengalaman kerja i. mungkin ada perbezaannya di tempat-tempat lain.
Secara Am nya, rumah memerlukan air cond yang berkuasa kuda (HP) antara 1 Hp hingga 2.5 HP. 1 Hp dan 1.5 hP Air cond selalunya akan dipasang di ruang bilik tidur. kerana selalunya bilik tidur tidak seluas ruang tamu dan ianya ruang tertutup. kebiasaannya, bilik tidur adalah ruang peribadi. maknanya hanya digunakan oleh orang² yang tertentu.
Ini Portable air-cond. Tiada kos pemasangan. korang pasang sendiri je.. |
Manakala ruang tamu, selalunya memerlukan kuasa kuda yang tinggi iaitu antara 2 HP hingga 3 HP. ini kerana kawasannya yang luas dan terbuka, serta ruang ini selalunya digunakan oleh ramai orang. lebih² lagi, jika tetamu bertandang, so dengan penggunaan Hp yang tinggi, maka ruang tersebut cepat sejuk.
Kos pemasangan untuk 1 Hp hingga 3 Hp air cond biasa sama ada mempunyai Plasma / ionizer atau tidak adalah diantara Rm 220.00 sehingga Rm 450.00. Manakala kos pemasangan untuk 1Hp hingga 3 Hp aircond yang mempunyai Inverter sama ada mempunyai Plasma/ionizer adalah diantara Rm300.00 hingga Rm 580.00
Kenapa berbeza ? Bagi Air-cond yang mempunyai inverter, ianya menggunakaan Gas R410A yang agak mahal berbanding dengn Gas R22 yang digunakan oleh air-cond biasa.
Kos pemasangan tersebut selalunya termasuk 13A/20A power supply, Air Cond Gas, Copper tube dan water pipe. Selalunya contractor akan supply cooper tube tu sepanjang 8 kaki sahaja. sekiranya korang nak pasang blower air-cond tu tersangat la jauh daripada compressor, korang akan dicaj sebanyak Rm15 sekaki. kalau nak selamat, jangan letak blower terlalu jauh daripada compressor. kemungkinan akan ada kebocoran cooper tube yang akan membawa kepada kekering poket korang. Hah!
ehh.. korang tau tak blower dan compressor tu ape? ^__^ blower tu adalah set aircond yang dipasang dibahagian dalam rumah, manakala compressor (Motor aircond) tu adalah set aircond yang dipasang dibahagian luar rumah.
Caj untuk servis air cond pula, bagi aircond biasa paling minimum Rm 150.00 manakala bagi air cond yang ada inverter ada sedikit mahal. *lupa pulak nak tanya kontraktor berapa harga service air cond untuk inverter*. jadi, nasihat i, sebelum nak suruh kontaktor tu service air-cond korang, tolonglah service sendiri dulu air-cond tu sendiri. caranya, buka penutup blower dan kat dalam tu ada 2 keping penapis didalamnya. cuci bersih penapis tu sampai bersih dan pasang semula. jika tak sejuk jugak. barulah panggil kontraktor dan sediakan duit secukupnya.
harap info ini amat² berguna untuk korang semua. selamat menikmati udara sejuk dari aircond masing²..
sila jangan pengsan bila bil elektrik sampai nanti ye...* i macam nak pitam tengok bil eletrik bulan lepas*