Friday, May 25, 2012

:: Tempat Jatuh lagi Dikenang Inikan Pula Tempat Bermain ::

Aku anak Felda! wahhhh.. sejak Perdana Menteri kite mengisytiharkan durian runtuh untuk warga felda, Ramai pulak yang bukak cerita yang mereka² pun anak felda. bercakap tak sudah² mengenai felda. Dah menjadi tajuk perbualan wajib bila bertemu. dan yang mengelikan hati, ada mereka² tu yang mencanang yang Rm 15K tue hak mutlak dia sorang. padahal semua orang tahu yang dia masih lagi mempunyai Ayah dan Abang! 

key² stop dulu la pasal duit Durian runtuh yang sedang diagihkan kepada warga felda ye.. pada yang telah menerima tu, diharapkan dapat menggunakan wang tersebut untuk meningkatkan taraf kehidupan keluarga dan diri sendiri.

memang benar aku adalah merupakan generasi kedua felda. aku membesar di sana selama 12 tahun. setelah mak dan arwah abah berpisah, aku berpindah ke johor bahru! tapi tu la orang kata kan tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula bermain. 

semenjak Abah dah tak ada, automatik rumah yang berada di Felda tu terbengkalai. walhal sebenarnya sudah lama terbengkalai. tapi sekurang² kami adik beradik dan saudara mara, berpeluang merasa yang rumah peninggalan arwah tu hak kami.

so, nak jadikan cerita, aku dan ahli keluarga yang lain, bergotong royong untuk mencantikkan rumah pusaka tu. hahaa rumah pusaka ek.. tapi memang betul, itu rumah pusaka. selama 2 hari berkampung kat Felda Air tawar 4, kota tinggi, masing² mempunyai tugasan masing. kecuali aku, tugasan aku hanyalah melayan si kecil Muhammmad Aufa Tahqif, tapi jangan cakap tak penat yee.. menjaga budak kecik yang susah nak tidur siang ni, memang memenatkan!

:: Nama Mak Abah Saye ::



:: Sedang di Makeover ::














:: Wajah Baru ::









:: Dania & Fahrell ::







Sesekali bergotong royong seperti ini, akan mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga.