Sunday, May 20, 2012

:: Kesilapan² biasa ketika melanggan Astro Beyond ::


Sapa yang rumah dia tak ada Astro?? sekarang ni, kebanyakkan rumah sudah pun memiliki Astro kan? lebih² lagi bagi mereka yang duduk di kawasan yang susah nak dapatkan siaran tv malaysia. kengkadang tu, aku tertanya², tinggal dalam Malaysia, tapi nak dapat siaran TV Malaysia pun susah. ada yang dapat, tapi tak berapa nak jelas. Contohnya kawasan rumah aku, TV malaysia langsung tak dapat nak tengok, yang boleh tengok siaran tv daripada Singapore dan jugak Indonesia! Clear pulak tu. kengkadang tak payah pakai aerial menjulang ke langit pun boleh jelas. pelik tak? pelik kan...

okey² lari dari tajuk pulak da ni. apa yang aku nak ceritakan ini adalah kesilapan² yang sering kita lakukan ketika melanggan Astro yang tanpa kita sedari. ini cerita benar yang berlaku pada customer aku dan jugak atuk aku.. heheeee... atuk aku pun terkena da.....

Kesilapan Pertama :

sekarang ni kan trend orang pakai tv slim dan nipis a.k.a LCD atau LED atau Plasma kan? Tv sebergini mempunyai HDMI port yang membolehkan korang melanggan Astro Beyond Full HD dan PVR. 

Bagi mereka yang pengguna Tv LCD, LED atau Plasma, boleh melanggan Astro Beyond Full HD dengan syarat, mereka mestilah melanggan ASTRO SUPER PACKS. 

sebabnya, hanya Astro super packs sahaja menawarkan High Defination service. kalau langgan Astro Super Packs ni, korang boleh menonton channel yang mempunyai High definition picture. kualiti gambar memang jelas ketara lebih cantik berbanding dengan astro beyond biasa. 

jika korang menggunakan Astro Beyond Full HD tapi melanggan setakat Astro Family sahaja. kualiti gambar dia sama aje kalau korang melanggan Astro beyond yang biasa. korang rugi tau pasal, HD services tu harga dia Rm 20 sebulan.

Ini yang terjadi pada salah seorang pelanggan aku. melanggan Astro Beyond HD tapi beli channel biasa je. Dah lama baru dia perasan. bertapa dia rugi Rm 20.00 sebulan sebelum ni.


Pic Source : Google Image

Kesilapan Kedua :
ini yang terjadi pada atuk aku. rumah atuk aku tak de tv LCD LED mahupun Plasma. dia pakai tv biasa, yang bontot tv panjang 10 kaki. hahaaaa...! . Astro dia yang lama tu rosak, so kakak aku tukarkan dia astro baru. Kakak aku melanggan Astro Beyond HD ! so, kat mana nak letak HDMI cable tu? mestilah tak boleh kan. so, terpaksa la orang astro tu guna RCA wire yang ada 3 warna tu.  kesudahannya, atuk aku rugi Rm 20.00 sebab kena bayar HD service setiap bulan.... 


Pic Source - Google Image

astro ni pandai, kalau korang nak Upgrade services, korang tak kan kena caj, pastu servis pertukaran memang cepat. Tapi sekiranya korang downgred korang punya astro service, ada caj pastu kena tunggu certain² masa baru boleh tukar. macam kes atuk aku ni, dia kena tunggu setahun baru boleh downgrade daripada astro Hd ke astro biasa.


Sebagai pengguna kita kena bijak memilih, Manakalah sebagai penjual, menjadi tanggungjawab kita untuk membantu pengguna membuat pilihan yang bijak. jangan fikirkan keuntungan semata²..
 ^_^