Friday, May 18, 2012

:: Aufa Tak Pandai Meniarap Lagi ::

umur Aufa sekarang dah masuk 5 bulan. tapi dia still lagi tak pandai nak meniarap. jangankan meniarap, nak guling² badan ke kiri ke kanan pun tak reti lagi. isk. isk!! camne nak buat ni? kalau tidur, tegak mcm tu aje. aku pernah terbaca kat blog sorang mommy tu, anak dia 2 bulan dan pandai meniarap! sungguh! tapi tak ingatlah blog yang mana satu. ^__^.




ape yang aufa suka, kite dirikan dia. pastu makin galak kalau kita angkat dia melepasi bahu dan kakinya landing kat atas dada kita. favourite dia! pastu bila dia tunduk, menjejeh-jejeh air liur dia jatuh.. eiikkkk!! 

kalau 4 bulan lepas, dia tak berapa gemar baring kalau matanya celik, mesti merengek mintak amik. tapi lately, dia mula suka baring. itu pun tak lama. ape yang penting, kat sebelah dia ada bear!! hahahaa... dia minat main bear. kengkadang tu, nur iman dania dengki amik bear aufa. kalau diperhatikan Nur Iman Dania ni memang suka mendengki adik dia. kalau boleh semua dia nak pulun sorang².. kena cakap baik² baru dia nak bagi..



korang ada tips tak camne caranya nak bagi Aufa ni rajin golek² kan badan dia.. kalau ade boleh share..