Wednesday, May 30, 2012

:: 5 Month Check-Up ::

time pergi monthly check-up aufa untuk 5 bulan hari tu, berat badan dia cuma naik 300 gram aje. aduuhhh! sikitnya, dah nak masuk line kuning.. Nurse tanya kenapa naik sikit. aku senyum je. aku sendiri tak budjet budak kecik ni boleh naik 300 gram je. bulan lepas pun naik sikit. tak sampai sekilo. erm... rasenya nak kena jugak la tukar susu.

tapi, walaupun berat Aufa ni cuma 5.9kg sahaja, bila pikul dia, kemain lengguh badan. ayah dia selalu complain sakit pinggang bila bawak aufa pakai carrier.. heeeeee .Bila pangku dia, time dia tertidur, kemain lenguh tangan.. lenguh tu boleh bawa sampai ke esok harinya tau!

masa 5 bulan ni, aufa kena suntik. memang membanggakan bila dia sedikit pun tak menangis. kuatkan anak ibu ni. imunisasi 5 bulan ni adalah untuk Hepatatis B, DTP - Diphteria [penyakit kerongkong], Tetanus [kancing gig], Pertussis [Batuk kokol] . HIB [Haemophilus influenza Type B] , dan Polio.

nurse tu cakap, injection ini akan mengakibatkan bayi demam, so dia bekalkan ubat demam. balik rumah aje, mak mertua aku bagi makan ubat deman terus. effectnya, Aufa tak demam pun. Alhamdulliah, sejak lahir lagi, Aufa tak pernah demam. harap² kesihatan dia terpelihara.

Tahi sawan kat atas kepala dia pun semakin berkurangan mase aku bawak dia pergi check-up. dan sehingga hari ini, tahi sawan tu dah hilang. tapi still pantau, manalah tau benda alah tu timbul semula.

untuk pengetahuan korang, aku guna minyak gamat untuk hilangkan tahi sawan. heheee..... tak pernah terlintas nak buat, tapi mak mertua aku cam ne tah dia tergerak hati nak guna minyak tu. sebenarnya time tu aku tak bawak pun minyak johnson.

aku nasihatkan pada ibu² yang mengalami masalah yang sama dengan aku, aku nasihatkan jangan guna minyak bayi johnson. kalau dibaca dengan teliti, minyak ini sebenarnya untuk memanaskan kulit. so, kalau kita letak pada kulit kepala anak kite, for sure la tak berkesan sebab sifatnya yang panas. lagi satu aku syokan guna minyak bayi teddy dari cosway. minyak ni daripada minyak zaitun. boleh cuba hokey!



kulit kepala anak ibu dah cantik! tak lama lagi boleh simpan rambut. tapi aufa lebih comel kalau botak! cuteee sgt kan kan!


2 comments:

  1. 5 bulan rasanya dah boleh cuba bagi solid food kot Ita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin la reena, aku tengah berkira² nak bagi dia mamam puri...

      Delete

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*