:: Tip Pembelian Alat Penghawa Dingin / Air Conditioner ::

April 25, 2012



source google


Penggunaan Alat penghawa dingin ataupun Air Conditioner sekarang nie semakin meningkat. boleh dikatakan setiap rumah ada air cond sekurang² nya sebiji air cond. lebih² lagi bagi mereka yang punyai baby. tambahan pula cuaca kat malaysia nie tersangat la panas. bukan baby je tak tahan, mak budak pun tak tahan.. ^__^

sebelum korang semua nak beli air-cond, aku ada beberapa tips yang mungkin berguna untuk korang sebelum nak membeli air cond.

Tips pertama - Tempoh penggunaan - 
kalau korang rasa akan menggunakan air-cond tue dalam tempoh masa yang panjang pada satu² penggunaan, aku suggestkan korang beli air-cond yang mempunyai fungsi inverter. inverter adalah satu system penjimatan elektrik sehingga 50% daripada penggunaan biasa alat elektrik tersebut.kegunaaan Inverter pada air-cond adalah untuk mengawal kelajuan motor mengikut suhu yang ditetapkan. selalunya air-cond yang mempunyai system inverter ini harganya ada sedikit mahal. kos pemasangan juga berbeza dengan air cond biasa kerana inverter air cond menggunakan gas R410s. harga untuk gas ini mahal ye kawan². 

Tips kedua - kedudukan ruang - 
kedudukan ruang juga main peranan. jika bilik atau ruang tamu korang mengadap matahari pada waktu siang, adalah lebih baik kalau korang pilih air-cond yang punya kuasa kuda yang tinggi. kalau bilik tidur korang mengadap matahari waktu siang, tidak digalakkan membeli air yang berkuasa kuda 1.0. sebabnya jika rumah korang diperbuat daripada batu, batu tersebut akan menyerap haba matahari pada waktu siang dan akan melepaskan haba itu apabila waktu malam ataupun pada waktu sejuk mcm hujan. so, korang akan rasa air-cond korang tue mcm tak de function even pada waktu malam sebab kehadiran haba. ini ada terjadi pada customer aku, yang datang kedai bising² kenapa air cond dia tak berapa nak sejuk. rupanya² ruang bilik dia mengadap cahaya matahari. erm.......

Tips ketiga - Alahan  - 
sesiapa yang adalah alahan pada habuk, udara yang tak bersih, aku suggestkan korang beli air-cond yang ada ionizer. ionizer ni merupakan system yang mengeluarkan negetif  dan positif ion yang akan menghapuskan fungus dan bakteria di udara. sesuai sangat untuk bayi. kalau korang dah dewasa tapi still alah pada udara kotor pun sesuai sangat. istilah ionizer selalunya berbeza, kalau jenama Sharp - Plasmacluster manakala jenama York dia orang guna i-plasma. 


Tips Penjagaan air-cond - 
dalam masa 3 atau 4 bulan, jarang gas air-cond nak abis ye kengkawan. kalau dalam tempoh tu, air cond korang tak sejuk, cuba servis sendiri. caranya mudah. Buka penutup blower air-cond (air cond bahagian dalam rumah).Nanti korang akan nampak ada 2 keping filter dibahagian kiri dan kanan. kalau filter tersebut kotor dengan habuk, cuci dengan air. pastu pasang balik. mesti sejuk. kalau tak sejuk jugak, boleh panggil technician tolong check kan.

Note :bilik aku guna air-cond biasa aje, takde inverter tak de ionizer. ^__^. Happy Shopping!




Love Him, Love My Kids, Love My Family 

You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images