Thursday, March 22, 2012

:: Tips Untuk Menangani Anak Menangis ::

2 hari lepas, Muhammad Aufa Tahqif buat peel. asal pukul 2 pagi aje sure confirm dia ter oooikkkk erkkkk!! "bleh tak korang bunyikan perkataan tu ^__^ ". sumbat susu pun tak jalan. last² mlm tadi aku beli nestum Cerelec Beras & Soya. orang kata budak umur 3 bulan, tak boleh bagi makan. tapi anak aku ni advance. malam tadi bagi dia susu + dengan 1 scoop nestum tue, tidur lena aje. ibu dia pun tidur lena juga. qada' tidur yang tak cukup 2 hari lepas !..  hehee
macam nie bentuk nestum tue. fungsinya adalah untuk memekatkan susu. jadi Aufa terasa lebih kenyang 

Bila anak kita meragam terutama waktu malam atau pun waktu kita nak cepat kita cenderung untuk marah kan? Syaitan pun mula berbisik² mengapi² kan kemarahan kita "kurang ajar Syaitan ni". bertambah tension kalau anak kita tu asyik menangis tak henti² membingitkan telinga nie.

sebagai contoh ada seorang mummy baru nie. aku rasa baru anak pertama nie. dengan lancang publish kat facebook dia nak jual anak dia. kalau x de orang nak dia nak buang kat tong sampah! addooooii tension tahap gaban mummy agaknya. secara positif nye kita tak boleh 100% salahkan mummy nie. kengkadang dengan meluahkan perasaan dapat meredakan tahap ke'stress'san mummy tu. cuma dari sudut negetive nye, dia guna saluran yang tak betul. silap² boleh jadi kes polis.

Di sini aku nak kongsikan tip untuk menangani anak menangis :

Pertama :
pastikan anak tu dah menyusu. selalunya bayi yang baru lahir akan menyusu setiap 2 jam, bayi lelaki kurang daripada tu. sebab bayi lelaki memang kuat menyusu.

ke-2 :
cek perut dia. kot² masuk angin. perut bayi kerap masuk angin. lebih² lagi bila menyusu menggunakan botol. caranya adalah dengan meletakkan telepak tangan kita di atas perut bayi, manakala lagi satu tanggan digunakan untuk untuk menepuk tangan kita yang berada di atas perut bayi. jika bunyi gendang perut bayi kita tu dengung dia kuat. tu bermakna perut bayi tu masuk angin. sakittt tau kalau perut masuk angin ! cara mengatasinya adalah meletakkan minyak yuyi ataupun vicks pada perut, belakang betis dan telepak kaki. dan urut perlahan². setelah itu telungkupkan bagi ke dada kita atauopun peha kita (ikut keselesaan korang la kan)  and then tepuk perlahan² belakang bayi tu sampai bayi tu sendawa. kalau dah sendawa tu maknanya angin dah kuar dari badan dia.. ooooyeeeee dah lega sikit. ^__^

Ke-3
kalau tak berkesan jugak. jgn stress ! kalau rasa macam nak cekik² budak kecik tu.. MasyaALLAH, tinggalkan sebentar bayi korang tu. tapi pastikan keadaan bayi tu selamat untuk ditinggalkan. pergi ke suatu sudut and tenangkan hati. tarik nafas dalam² pas tue hembus perlahan²( macam pernafasan nak mase korang nak bersalin dulu) kemudian fikirkan benda² yang indah² mengenai anak anda. lepas dah tenang, kembali semula kepada anak korang. jangan pulak korang ambik masa sampai 3 4 jam. nnti korang pulak menangis tak henti².. ^___^. pujuk dan belai dengan kasih sayang anak korang. dodoikan dia dengan lagu² yang best² sikit. lebih elok zikir. tak kisah lah kalau suara korang sumbang mambing, bagi anak korang suara tu la yang sedap.. hahaaa! percaya la...

ke-4
kalau tak jalan jugak. bawak bayi tu berjumpa dengan orang yang mengamalkan ilmu² perubatan alam ghaib atau dalam bahasa scientificnye bomoh.. ooHHHoooo mesti korang akan kata benda nie khurafat kan? tapi kita kena bijak memilih. benda² halus nie, jin + Syaitan berada disekeliling kita. bayi + kanak² boleh nampak benda ini. Hijab dan semangat mereka tak kuat. sebab tu dia orang boleh nampak benda² nie. dan ada antaranya wajah² yang menakutkan. "kita kena berusaha moga dengan izin-Nya anak kita boleh pulih" 

sebab itu, bayi² yang baru lahir banyak pantang larang antaranya :
- Jangan Bawa keluar time maghrib - senja merupakan waktu faberet syaitan dan sekutunya.

- Bila bawa keluar dari rumah, standy barang² yang berunsurkan Logam. sebab menjadi kepercayaan orang² dulu, syaitan dan sekutunya takutkan benda alah nie. " yg nie aku tak berapa nak sure la betul ke tak "

- jangan biarkan muka bayi kita menatap langit. kalau kita bawa jalan tutup matanya dengan kain. sebabnya
  ditakuti bayi kita terlihat makhluk² yang tak sepatutnya dia nampak. " yg ini aku setuju sebab aku pernah
  mengalaminya"

okey, dah berjela² penjelasan aku ni. ini merupakan pengalaman berharga yang aku kutip selama 3 bulan menjadi ibu kepada muhammad Aufa Tahqif yang hobinya menangis. Tapi sekarang nie, Alhamdulillah, dah semakin besar semakin kurang dia buat hobi dia tue. ape yang penting kena sabar. semua ini sebenarnya kenangan yang paling indah. yang korang semua tak akan dapat kat mana²...


priceless

Note : Sayangi kanak².. even mereka bukan anak kita...

LOL <3