:: Jadikan Salah Seorang Mereka Adik Angkat Kamu ::

March 22, 2012

Mase zaman aku sekolah dulu, kakak angkat, abang angkat & adik angkat nie memang satu trend. sekarang nie aku tak tahu la.. tapi yang paling popular adalah title abang angkat ngan adik angkat. hahaaa.. mesti korang faham maksud aku kan. kalau si abang angkat nie hensem macho abis time sekolah² dulu. yang pakai seluar design sendiri (tak main la pakai seluar sekolah beli kat kedai), kasut paichi, rambut ditepek dengan minyak bon "kalau yang sezaman sekolah aku, mesti dia orang bleh terbayang²kan benda² yang aku cakap nie kan" mereka ni la yang paling banyak adik angkat. yang si adik angkat pulak bukan calang² orang. mestilah yang muka secuci embun pagi. kalau muka macam kicap, jarang yang nak jadikan adik angkat.. tetttt!! aku la tu.. hahaaaa....

itu dulu, sekarang ni aku nak cerita pasal zaman sekarang punya adik angkat. tapi ini khusus untuk PEREMPUAN sahaja ye.. yang lelaki berlagak perempuan pun tidak dibenarkan. Program Sinar Cahayaku oleh Garnier nie, terbuka kepada semua wanita diluar sana untuk mendaftar sebagai kakak angkat kepada sorang  anak yatim. peranan yang dimainkan adalah untuk membantu adik angkat mereka dalam meniti alam remaja dan melangkah alam dewasa.

Pelbagai aktiviti akan diaturkan oleh pihak garnier sepanjang tahun. 500 pendaftaran pertama akan menerima hadiah sebagai tanda terima kasih dari Garnier. so ape tunggu lagi, bagi mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri di sini  [Pendaftaran Program Kakak Angkat Sinar Cahayaku - Garnier]



Lisa Surihani merupakan Duta Garnier


Wardina, Heliza Helmi Lisa Surihani adalah selebriti akan melibatkan diri dalam program ini 


LOL

You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images