Monday, March 12, 2012

:: Resepi - Sotong Goreng Tepung ::

Aku nak kongsi resepi yang best ni kat korang. resepi nie, aku buat sendiri. mase cuti bersalin yang panjang awal tahun nie, kepala aku ligat mengolah resepi yang entah ape². salah satunya adalah sotong goreng tepung ni. adik aku, Intan Nazira Binti isa *haaa amik ko, nama penuh aku bagi* suke bebenor ngan sotong goreng tepung nie.

jom kite memasak!


SOTONG GORENG TEPUNG
1 kilo sotong sederhana - potong ikut suka hati
2 cawan Tepung gandum
1/2 cawan sedikit tepung jagung *untuk bagi ranggup*
3 sudu besar rempah kari * kalau nak pedas bleh letak banyak²*
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji telur

cara memasak :
campurkan tepung gandum, tepung jagung, rempah kari dan serbuk lada hitam dalam satu mangkuk. kacau sampai sebati.
dalam bekas berasingan, pukul telur ala² manja gitu..
lepas tu, celup sotong dalam telur kemudian golek² kan dia kat dalam campuran tepung and goreng..
siap!

Selamat Mencuba!


Love;