Tuesday, March 20, 2012

:: Pengambilan anak angkat KEWAJA ::

Entry aku yang berkenaan pengambilan anak angkat di KEWAJA menarik ramai ibu² diluar sana masuk kat blog aku. masing² mesti tanya macam mana nak ambik anak angkat dan ape kos yang terlibat. So, untuk entry kali ini, aku nak menjawab soalan² tersebut.

Macam mana nak ambil anak angkat daripada KEWAJA.

pertama sekali sebelum membuat permohonan, sila pastikan anda semua memenuhi syarat-syarat utama permohonan. boleh semak dekat entry ini untuk syarat-syarat utama.

 http://rozietaraffar.blogspot.com/2011/02/syarat-untuk-mengambil-anak-angkat-di.html

pihak kewaja mengutamakan pasangan suami isteri yang belum pernah mempunyai anak walaupun anak angkat. bagi mereka yang yang berstatus bujang dan ingin mengambil anak angkat melalui KEWAJA adalah tidak dibenarkan. sekarang kan trend bujang ada anak angkat. so, KEWAJA mengutamakan pasangan  yang sudah berkahwin sekurang² nya 5 tahun.

Pemohon hendaklah datang sendiri ke pejabat KEWAJA untuk mendaftarkan diri. pemohon hendaklah membawa salinan kad pengenalan, salinan sijil nikah, penyata gaji terbaru dan 2 orang kenalan sebagai rujukan. sebelum itu, kena buat appointment dengan KEWAJA ye.. jangan main serbu aje. Untuk buat appointment hubungi :

En Yahya Bin Mohamed Yusuf (Pengerusi Kewaja, Motivator dan Fasilitor)
013-338 4868, 03-6185 7736
Email : m_kaunseling@hotmail.com

Alamat Pejabat KEWAJA
 PUSAT KEBAHAGIAAN WANITA REMAJA "KEWAJA"
No. 19, jalan SG 5/4
Taman Sri Gombak
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan
Kos Yang Terlibat :

Kewaja tidak mempunyai apa² kepentingan dan mengambil keuntungan dalam proses ini. atas dasar peranan dan tanggungjawab, maka KEWAJA akan membantu dan memantau supaya proses penyerahan dan penerimaan anak angkat melalui proses  yang betul.

Pasangan yang layak hendaklah bersedia untuk menjadi penaja. maksudnya menanggung segala kos yang berkaitan dengan ibu kandung  bayi tersebut, sepanjang ibu kandung tersebut berada di KEWAJA termasuk kos perubatan dan pengurusan. KEWAJA selalunya akan membawa pelatih membuat pemeriksaan kandungan di klinik swasta. so faham² aje la kan kos yang terlibat. memandangkan KEWAJA tiada penaja, so adalah lebih elok kalau bakal ibu bapa angkat tu mengeluarkan sedikit pembelanjaan ke atas bayi yang akan mereka ambil.

okey.. dah membebel panjang nie. korang faham tak agak²nye? kalau nak maklumat lebih lanjut boleh klik kat link dibawah. banyak info yang korang boleh dapat.


ini anak angkat aku. comel kan. tapi dia bukan dari KEWAJA. sekarang nie masih lagi dalam proses pengangkatan.. nnti aku cerita kat korang cara lain nak amik anak angkat pulak. hokey..

Note : Terima kasih kerana membaca entry aku yg berjela² nie.. ^__^.

LOL