:: Mendaftar Sebagai Pemilih ::

March 25, 2012


piliharaya semakin hampir. korang dah daftarkan diri sebagai pemilih. Hah? belum? Duit BR1M nak, sanggup beratur panjang nak submit borang. kalau tak dapat, sanggup jugak beratur panjang untuk submit borang rayuan.. tapi nak daftarkan diri sebagai pemilih berat sangat kaki tu kan? hep hep! nak kena rotan nie? 

Oppsss emosi pulak kan? bagi warganegara Malaysia yang telah berumur 21 tahun haruslah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk mendaftarkan diri sebagai Pemilih yang membolehkan awak awak dan awak semua mengUndi untuk Pilihanraya.

Kat Mana nak Mendaftar ?
cara yang paling mudah senang dan cepat, korang buat pendaftaran di mana² pejabat pos. Cuma perlu bawa kad pengenalan sahaja. korang tak perlu isi borang. cuma ambik No giliran dekat pejabat ps tu. Duduk sekejap sampai no giliran dipanggil dan sorong kad pengenalan korang. Borang akan di isi oleh orang kat kaunter tu. tiada bayaran dikenakan. Senang kan? 

Sila pastikan kad pengenalan kamu tu berada di dalam keadaan yang sihat. Kalau cip kad pengenalan korang rosak okey lagi. tapi kalau kad pengenalan korang rosak sampai terbelah dia, lebih mengharukan nama korang kat dalam kad pengenalan tu dah tak nampak. aku nasihatkkan korang pergi tukar kad pengenalan tu. pasal kad pengenalan tu tak valid nak di registerkan sebagai pemilih. tu yang terjadi kan aku. ceh! kena tunggu kad pengenalan baru siap baru boleh mendafar sebagai pemilih.

untuk maklumat lanjut cara² untuk mendaftar dan menyemak nama boleh layari web Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia :: http://www.spr.gov.my/




Mak aku tengah tunggu kerani pejabat pos tue daftarkan mak aku sebagai pemilih dikawasan pasir gudang. dulu pemilih di kawasan pengerang. 


Note : Selamat Mengundi !

Love

You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images