Wednesday, March 28, 2012

:: Cheese Cake Yang Murah Dan Sedap ::


sejak aku pregnant smpi sekarang, Cheesecake dah pun menjadi salah satu makanan feberet aku. kalau terjumpa kek ni, sure makan tak ingat dunia. pernah beli bahan² nak buat cheesecake ni, tapi memandangkan waktu tu tengah memboyot. nafsu nak menjenguk dapur memang tak de. so sampai kesudah basi la cream cheese aku tu. so tempatnye adalah di tong sampah.

bila dah bersalin pulak, tak cukup kaki tangan la kalau nak masak yang merepek meraban nie. ditambah pulak bila dah start bekerja. balik kerja memang terpandang bantal yang enak aje la... hhaaaa

jadi, kalau rasa nak makan cheesecake aku selalunya order aje. tapi tau aje la kan cheesecake ni bukannya murah. pernah sekali tu order cheesecake ngan kawan. Memang sedap. tapi muak sikit pasal 90% daripadanya adalah cheese dan harganya agak mahal. tapi bagi peminat cheese tegar memang boleh beli la...

hari nie aku nak promote satu cheesecake yang light² gitu. tak kan rasa muak bila makan. harga pun murah giler..! cheesecake ni ada 2 saiz. yang kecik harganya Rm 8.00 manakala yang besar pulak (2 kali ganda size kecil) harganya Rm 19.00.

kepada orang pasir gudang yang teringin nak order cheesecake kak bani ni, boleh call 012-767 1394 untuk order. rumah dia kat Taman Nusa Damai. Self pick ye..

ini size kecil. Meriah dengan cheese


Cokelet kek. Basah dengan cokelet. Sedap sangat!

selain dari cheesecake, kak bani jugak boleh buat macam² kek. brownies, pizza dan macam² lagi. untuk senarai menu boleh hubungi sendiri kak bani hokey!


Love