Wednesday, March 28, 2012

:: Cheese Cake Yang Murah Dan Sedap ::


sejak aku pregnant smpi sekarang, Cheesecake dah pun menjadi salah satu makanan feberet aku. kalau terjumpa kek ni, sure makan tak ingat dunia. pernah beli bahan² nak buat cheesecake ni, tapi memandangkan waktu tu tengah memboyot. nafsu nak menjenguk dapur memang tak de. so sampai kesudah basi la cream cheese aku tu. so tempatnye adalah di tong sampah.

bila dah bersalin pulak, tak cukup kaki tangan la kalau nak masak yang merepek meraban nie. ditambah pulak bila dah start bekerja. balik kerja memang terpandang bantal yang enak aje la... hhaaaa

jadi, kalau rasa nak makan cheesecake aku selalunya order aje. tapi tau aje la kan cheesecake ni bukannya murah. pernah sekali tu order cheesecake ngan kawan. Memang sedap. tapi muak sikit pasal 90% daripadanya adalah cheese dan harganya agak mahal. tapi bagi peminat cheese tegar memang boleh beli la...

hari nie aku nak promote satu cheesecake yang light² gitu. tak kan rasa muak bila makan. harga pun murah giler..! cheesecake ni ada 2 saiz. yang kecik harganya Rm 8.00 manakala yang besar pulak (2 kali ganda size kecil) harganya Rm 19.00.

kepada orang pasir gudang yang teringin nak order cheesecake kak bani ni, boleh call 012-767 1394 untuk order. rumah dia kat Taman Nusa Damai. Self pick ye..

ini size kecil. Meriah dengan cheese


Cokelet kek. Basah dengan cokelet. Sedap sangat!

selain dari cheesecake, kak bani jugak boleh buat macam² kek. brownies, pizza dan macam² lagi. untuk senarai menu boleh hubungi sendiri kak bani hokey!


Love

:: kasut pertama saye ::



Ibu saya request untuk jadi Army.. Tak mo Jadi Polis Macam Ayah!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, March 25, 2012

:: Mendaftar Sebagai Pemilih ::


piliharaya semakin hampir. korang dah daftarkan diri sebagai pemilih. Hah? belum? Duit BR1M nak, sanggup beratur panjang nak submit borang. kalau tak dapat, sanggup jugak beratur panjang untuk submit borang rayuan.. tapi nak daftarkan diri sebagai pemilih berat sangat kaki tu kan? hep hep! nak kena rotan nie? 

Oppsss emosi pulak kan? bagi warganegara Malaysia yang telah berumur 21 tahun haruslah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk mendaftarkan diri sebagai Pemilih yang membolehkan awak awak dan awak semua mengUndi untuk Pilihanraya.

Kat Mana nak Mendaftar ?
cara yang paling mudah senang dan cepat, korang buat pendaftaran di mana² pejabat pos. Cuma perlu bawa kad pengenalan sahaja. korang tak perlu isi borang. cuma ambik No giliran dekat pejabat ps tu. Duduk sekejap sampai no giliran dipanggil dan sorong kad pengenalan korang. Borang akan di isi oleh orang kat kaunter tu. tiada bayaran dikenakan. Senang kan? 

Sila pastikan kad pengenalan kamu tu berada di dalam keadaan yang sihat. Kalau cip kad pengenalan korang rosak okey lagi. tapi kalau kad pengenalan korang rosak sampai terbelah dia, lebih mengharukan nama korang kat dalam kad pengenalan tu dah tak nampak. aku nasihatkkan korang pergi tukar kad pengenalan tu. pasal kad pengenalan tu tak valid nak di registerkan sebagai pemilih. tu yang terjadi kan aku. ceh! kena tunggu kad pengenalan baru siap baru boleh mendafar sebagai pemilih.

untuk maklumat lanjut cara² untuk mendaftar dan menyemak nama boleh layari web Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia :: http://www.spr.gov.my/




Mak aku tengah tunggu kerani pejabat pos tue daftarkan mak aku sebagai pemilih dikawasan pasir gudang. dulu pemilih di kawasan pengerang. 


Note : Selamat Mengundi !

Love

:: From Him ::


Sempena birthday aku yang ke 32 tahun pada bulan Feb lepas, 
bucuk hadiahkan ini..

Yang best tu, cokelet feberet aku tu, bertambah sesuai dengan pertambahan usia aku heheee... tapi dalam pic tue, cokelet tu tinggal sikit pasal dah banyak masuk dalam perut baru teringat nak ambik gambar. hahaa.. 


dengan adanya minyak wangi ini, hari² aku berbau wangi. kalau tak, memang berbau tengik la hari².. ^__^ sebabnye aku memang tak de minyak wangi, so memang tak terlintas langsung nak pakai wangi² nie. even deadorant pun aku jarang pakai. kalau belipun buleh tahan setahun. tapi seb baik la aku tak de masalah bau badan...


cokelet ini aku sorok tapi entah macam mana Dania boleh ternampak cokelet nie, ape lagi, merengek la dia nak jugak. dia nie memang hantu cokelet macam ibu dia. so, nak tak nak terpaksa la beri di seketul. yang lain cepat² aku masuk dalam mulut aku. hhaaaa... bila dia nak mintak lagi, aku cakap dah abis.. ^__^

kedekut betul la aku nie kan, sampaikan anak sendiri pun nak berkira! isyyyy tak tahu la nak cakap ape lagi..

Note : Jangan kedekut sangat dengan anak hokey!


Love


Friday, March 23, 2012

:: Secret Receipe Cake ::


Sapa suka sangat makan kek boleh cuba rangkaian kek dari Secret Recipe. Memang berbaloi² kalau makan kek kat sini. sebabnya kek kat sini semuanya tinggi² belaka. memang sepadan dengan harganya. dekat Secret recipe, kite boleh beli kek tue sepotong².. so, kalau rasa nak makan 2 atau 3 jenis kek sekali gus memang tak menjadi halangan. tapi ikut budjet korang jugak la. jangan kerana nafsu, poket korang kering sebelum waktu nya.


ada suatu hari tue, disebabkan kecewa tak dapat nak makan belangkas mahkota kat kota tinggi. aku dan rakan² pergi makan kek kat secret recipe cawangan Jusco Tebrau johor. selain daripada Jusco tebrau, cawangan lain Secret Recipe di Johor adalah seperti Berikut


PERLING MALL 

1.29, Level 1, Perling Mall, No. 3 Persisiran Perling, Tmn Perling, 81200 Johor Bahru, Johor. 
Tel: 07-241 1869 | Opening Hours: 10.30 AM-10.30 PM (Daily)

PLAZA PELANGI 

1.09, Level 1, Plaza Pelangi, Jalan Kuning, Tmn Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor. 
Tel: 07-333 2611 | Opening Hours: 10.00 AM-10.00 PM (Daily) 

JUSCO TAMAN UNIVERSITI 

Lot UG11, Jaya Jusco, Taman Universiti Shopping Centre, No. 4, Jalan Pendidikan Taman Universiti, Skudai, 81300 Johor Bahru, Johor.  
Tel: 07-521 2295 Opening Hours: 10.30 AM-10.30 PM (Sun-Fri) 10.30 AM-11.00 PM (Sat) 

CITY SQUARE 

MB-02A, Level B1, JB City Square, Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru, Johor. 
Tel: 07-224 8110 | Opening Hours: 10.00 AM-10.00 PM (Daily) 

GIANT PLENTONG 

C11/C12, Giant Hypermarket Plentong, No 3, Jalan Masai Lama, Mukim Plentong, Masai, 81750 Johor Bahru, Johor. 
Tel: 07-357 9580 | Opening Hours: 10.00 AM-10.00 PM (Daily) 

BATU PAHAT 

95-6, Jalan Rahmat, 83000 Batu Pahat, Johor.
Tel: 07-432 4777 | Opening Hours: 11.00 AM-11.00 PM (Daily) 

JUSCO TEBRAU CITY 

S48, 2nd Floor, Aeon Tebrau City Shopping Centre, No.1, Jalan Desa Tebrau, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-357 1609 | Opening Hours: 10.00 AM-10.30 PM (Daily) 

JUSCO PERMAS JAYA 

Ground Floor, Jaya Jusco Permas Jaya Shopping Centre, No 1, Jalan Permas Jaya Utara, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor.
Tel: 07-388 9980 | Opening Hours: 10.30 AM-11.00 PM (Daily) 

MUAR TRADE CENTRE 

16, Muar Trade Centre, Jalan Petrie, 84000 Muar, Johor.
Tel: 06-951 1318 | Opening Hours: 10.00 AM-10.30 PM (Daily) 

TAMAN MOLEK 

No 81, Jalan Molek 1/29, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor.
Tel : 07-353 2010 | Opening Hours : 11.00 AM-11.30 PM (Daily) 

SUTERA MALL 

L2-011 & 012, Sutera Mall, Jalan Sutera Tanjung 8/4, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor.
Tel : 07-559 9240 | Opening Hours : 10.00 AM-10.00 PM (Daily) 

AEON BUKIT INDAH 

G20, Ground Floor, AEON Bukit Indah, No.8, Jalan Indah 15/2, Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor.
Tel : 07-235 1181 | Opening Hours : 10.00 AM-11.00 PM (Daily) 

KLUANG 

G08-G09, Ground Floor, Kluang Mall, Jalan Rambutan, 86000 Kluang, Johor.
Tel : 07-776 6166 | Opening Hours : 10.00 AM-10.00 PM (Daily) 

SEGAMAT 

1, Jalan Susur Utama 2/1, Taman Utama , 85000 Segamat, Johor. 
Tel : 07-931 0891 | Opening Hours : 11.00 AM-11.00 PM (Daily) 

KULAI JAYA 

35, Jalan Sri Putra 1, Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor.
Tel : 07-663 2082 | Opening Hours : 11.00 AM-10.30 PM (Daily) 

SENAI AIRPORT 

Lot N1-N3, Public Concourse, Aero Mall, Sultan International Airport, 81250 Johor Bahru, Johor.
Tel : 07-598 0840 | Opening Hours : 10.00 AM-10.00 PM (Daily) 

KOTA TINGGI

42, Jalan Niaga 3, 81900 Kota Tinggi, Johor.
Tel : 07-883 5729 | Opening Hours : 10.30 AM-10.30 PM (Daily) 

DANGA CITY MALL

L1, Open Foyer, L1-82B, Level 1, Danga City Mall, Susur 1, Jalan Tun Abdul Razak, 80000 Johor.
Tel : 07-221 0339 | Opening Hours : 10.00 AM-10.00 PM (Daily) 

TAMAN SETIA TROPIKA

23, Ground Floor, Jalan Setia Tropika 1/15, Taman Setia Tropika, 81200 Johor Bahru, Johor.
Tel : 07-234 3985 | Opening Hours : 11.00 AM-10.30 PM (Daily) 



La nie pun, kalau korang rasa nak makan kek. pastu malas pulak nak pergi beli. Secret Recipe telah pun menyediakan perkhidmatan penghantaran. tapi perkhidmatan penghantaran ini hanya untuk kawasan tertentu aje. korang boleh pilih kek di laman web mereka http://www.secretrecipe.com.my  dan mereka akan hantar ke depan pintu rumah / office korang. tapi kena la register dulu. senangkan dengan ICT.. cehcehcehhhh...


kalau kau orang tanya aku mana satu kek yang sedap kat SR nie, moh tengok gambar² yang kat bawah nie..


Duta Makanan - Yesssszzzzaaaa!


White Chocolate Macadamia - kalau yang tak suka rasa susu jangan order yang ini
Per Slice - Rm 6.50  | Whole Cake - Rm 75.00 


Chocolate Cheese - Sedap ! 
Per Slice - Rm 6.50  | Whole Cake - Rm 75.00  


Chocolate Indulgence - Favourite Saye dan rakan²
Per Slice - Rm 6.50  | Whole Cake - Rm 75.00  



 Hot Cappuccino | Rm 5.50

 Hot Chocolate | RM 5.50


Latte Ice | Rm 6.50



:: Cuba fahamkan ::




Hello Bos, membawa reputasi syarikat, menyediakan beberapa pinjaman, kali pertama posting langsung, anda ketenangan fikiran
Note : Cube korang terangkan ape yang Ah Long nak cuba sampaikan ??

LOL


Thursday, March 22, 2012

:: Alhamdulillah .... YeeeeHooo !!! ::


untuk tatapan korang,
aku dah berjaya mencuri hati² mereka. Haaaaa ada rasa bangga sedikit sebab aku memang dah merajuk gila dengan nuffnang sebab tak mo bagi aku duit banyak mcm blogger² lain. aku ingat dengan berblog nie, boleh dapat duit dengan mudah. tapi hakikat nya, JANGAN NAK BERMIMPI. 

ape yang penting, berblog la dengan seikhlas hati. bila hati ikhlas dan tidak mengharapkan ape² pun dari sesiapa pun. "even tak de sorang pun nak baca entry ko". ini lah hasil nye :




walau tak sebanyak mane pun. tapi aku suka. dan yang paling mengembirakan aku, unique klik untuk blog aku nie semakin bertambah. Thanks Kepada Nuffnang, sebab keranamu dapat gak merasa BE. Terima Kasih jugak kepada semua kamu kamu dan kamu yang sudi membaca entry di blog polkadot ini...


Love korang semua

:: Jadikan Salah Seorang Mereka Adik Angkat Kamu ::

Mase zaman aku sekolah dulu, kakak angkat, abang angkat & adik angkat nie memang satu trend. sekarang nie aku tak tahu la.. tapi yang paling popular adalah title abang angkat ngan adik angkat. hahaaa.. mesti korang faham maksud aku kan. kalau si abang angkat nie hensem macho abis time sekolah² dulu. yang pakai seluar design sendiri (tak main la pakai seluar sekolah beli kat kedai), kasut paichi, rambut ditepek dengan minyak bon "kalau yang sezaman sekolah aku, mesti dia orang bleh terbayang²kan benda² yang aku cakap nie kan" mereka ni la yang paling banyak adik angkat. yang si adik angkat pulak bukan calang² orang. mestilah yang muka secuci embun pagi. kalau muka macam kicap, jarang yang nak jadikan adik angkat.. tetttt!! aku la tu.. hahaaaa....

itu dulu, sekarang ni aku nak cerita pasal zaman sekarang punya adik angkat. tapi ini khusus untuk PEREMPUAN sahaja ye.. yang lelaki berlagak perempuan pun tidak dibenarkan. Program Sinar Cahayaku oleh Garnier nie, terbuka kepada semua wanita diluar sana untuk mendaftar sebagai kakak angkat kepada sorang  anak yatim. peranan yang dimainkan adalah untuk membantu adik angkat mereka dalam meniti alam remaja dan melangkah alam dewasa.

Pelbagai aktiviti akan diaturkan oleh pihak garnier sepanjang tahun. 500 pendaftaran pertama akan menerima hadiah sebagai tanda terima kasih dari Garnier. so ape tunggu lagi, bagi mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri di sini  [Pendaftaran Program Kakak Angkat Sinar Cahayaku - Garnier]



Lisa Surihani merupakan Duta Garnier


Wardina, Heliza Helmi Lisa Surihani adalah selebriti akan melibatkan diri dalam program ini 


LOL

:: Tips Untuk Menangani Anak Menangis ::

2 hari lepas, Muhammad Aufa Tahqif buat peel. asal pukul 2 pagi aje sure confirm dia ter oooikkkk erkkkk!! "bleh tak korang bunyikan perkataan tu ^__^ ". sumbat susu pun tak jalan. last² mlm tadi aku beli nestum Cerelec Beras & Soya. orang kata budak umur 3 bulan, tak boleh bagi makan. tapi anak aku ni advance. malam tadi bagi dia susu + dengan 1 scoop nestum tue, tidur lena aje. ibu dia pun tidur lena juga. qada' tidur yang tak cukup 2 hari lepas !..  hehee
macam nie bentuk nestum tue. fungsinya adalah untuk memekatkan susu. jadi Aufa terasa lebih kenyang 

Bila anak kita meragam terutama waktu malam atau pun waktu kita nak cepat kita cenderung untuk marah kan? Syaitan pun mula berbisik² mengapi² kan kemarahan kita "kurang ajar Syaitan ni". bertambah tension kalau anak kita tu asyik menangis tak henti² membingitkan telinga nie.

sebagai contoh ada seorang mummy baru nie. aku rasa baru anak pertama nie. dengan lancang publish kat facebook dia nak jual anak dia. kalau x de orang nak dia nak buang kat tong sampah! addooooii tension tahap gaban mummy agaknya. secara positif nye kita tak boleh 100% salahkan mummy nie. kengkadang dengan meluahkan perasaan dapat meredakan tahap ke'stress'san mummy tu. cuma dari sudut negetive nye, dia guna saluran yang tak betul. silap² boleh jadi kes polis.

Di sini aku nak kongsikan tip untuk menangani anak menangis :

Pertama :
pastikan anak tu dah menyusu. selalunya bayi yang baru lahir akan menyusu setiap 2 jam, bayi lelaki kurang daripada tu. sebab bayi lelaki memang kuat menyusu.

ke-2 :
cek perut dia. kot² masuk angin. perut bayi kerap masuk angin. lebih² lagi bila menyusu menggunakan botol. caranya adalah dengan meletakkan telepak tangan kita di atas perut bayi, manakala lagi satu tanggan digunakan untuk untuk menepuk tangan kita yang berada di atas perut bayi. jika bunyi gendang perut bayi kita tu dengung dia kuat. tu bermakna perut bayi tu masuk angin. sakittt tau kalau perut masuk angin ! cara mengatasinya adalah meletakkan minyak yuyi ataupun vicks pada perut, belakang betis dan telepak kaki. dan urut perlahan². setelah itu telungkupkan bagi ke dada kita atauopun peha kita (ikut keselesaan korang la kan)  and then tepuk perlahan² belakang bayi tu sampai bayi tu sendawa. kalau dah sendawa tu maknanya angin dah kuar dari badan dia.. ooooyeeeee dah lega sikit. ^__^

Ke-3
kalau tak berkesan jugak. jgn stress ! kalau rasa macam nak cekik² budak kecik tu.. MasyaALLAH, tinggalkan sebentar bayi korang tu. tapi pastikan keadaan bayi tu selamat untuk ditinggalkan. pergi ke suatu sudut and tenangkan hati. tarik nafas dalam² pas tue hembus perlahan²( macam pernafasan nak mase korang nak bersalin dulu) kemudian fikirkan benda² yang indah² mengenai anak anda. lepas dah tenang, kembali semula kepada anak korang. jangan pulak korang ambik masa sampai 3 4 jam. nnti korang pulak menangis tak henti².. ^___^. pujuk dan belai dengan kasih sayang anak korang. dodoikan dia dengan lagu² yang best² sikit. lebih elok zikir. tak kisah lah kalau suara korang sumbang mambing, bagi anak korang suara tu la yang sedap.. hahaaa! percaya la...

ke-4
kalau tak jalan jugak. bawak bayi tu berjumpa dengan orang yang mengamalkan ilmu² perubatan alam ghaib atau dalam bahasa scientificnye bomoh.. ooHHHoooo mesti korang akan kata benda nie khurafat kan? tapi kita kena bijak memilih. benda² halus nie, jin + Syaitan berada disekeliling kita. bayi + kanak² boleh nampak benda ini. Hijab dan semangat mereka tak kuat. sebab tu dia orang boleh nampak benda² nie. dan ada antaranya wajah² yang menakutkan. "kita kena berusaha moga dengan izin-Nya anak kita boleh pulih" 

sebab itu, bayi² yang baru lahir banyak pantang larang antaranya :
- Jangan Bawa keluar time maghrib - senja merupakan waktu faberet syaitan dan sekutunya.

- Bila bawa keluar dari rumah, standy barang² yang berunsurkan Logam. sebab menjadi kepercayaan orang² dulu, syaitan dan sekutunya takutkan benda alah nie. " yg nie aku tak berapa nak sure la betul ke tak "

- jangan biarkan muka bayi kita menatap langit. kalau kita bawa jalan tutup matanya dengan kain. sebabnya
  ditakuti bayi kita terlihat makhluk² yang tak sepatutnya dia nampak. " yg ini aku setuju sebab aku pernah
  mengalaminya"

okey, dah berjela² penjelasan aku ni. ini merupakan pengalaman berharga yang aku kutip selama 3 bulan menjadi ibu kepada muhammad Aufa Tahqif yang hobinya menangis. Tapi sekarang nie, Alhamdulillah, dah semakin besar semakin kurang dia buat hobi dia tue. ape yang penting kena sabar. semua ini sebenarnya kenangan yang paling indah. yang korang semua tak akan dapat kat mana²...


priceless

Note : Sayangi kanak².. even mereka bukan anak kita...

LOL <3

Wednesday, March 21, 2012

:: Nur Iman Dania Terjatuh lagi ::


Disebabkan dia terpaksa bangun seawal 6.30 pagi, 
mungkin kerana mengantuk, 
nur iman dania jatuh kat atas jalan raya depan kedai makan
Menangis terlalak² pasal lutut dia dua² terkoyak
kesian anak ibu
Terus ayah dia belikan handyplast yang ada gambar kartun. 
So, terubat la sikit rasa sakit dia






Note : Siap la telinga malam nie kena membebel ngan nenek dia... T__T


LOL

:: Keputusan Peperiksaan SPM Anak Beruang ::


Dulu  entry aku yang lepas  mengenai anak beruang amik spm kan ?

so ari nie, Result SPM sudah keluar, pagi tadi selepas aku pergi JPN untuk temuduga anak angkat " nanti aku cerita pasal ni ekkk " aku bergegas ke sekolah anak beruang ni, untuk ambil keputusan. 

time aku amik keputusan SPM, tak de la meriah macam nie. Tapi skrang nie, amik result siap naik kat pentas lagi. 

walau apepun, tahniah kepada anak beruang nie yang telah pun memecahkan rekod keluarga aku... Tahniah Dik!! Tahniah Amachu ! Tahniah Buntat ! Tahniah Intan Nazira. Kamu Buat Mak ayah, kakak, abang, abang ipar , anak buah & Atuk bangga !!

 sebelum amik result dah meleleh air mata..



 6A 2B 2C percapaian yang membanggakan


 antara pelajar cemerlang, yg pakai baju purple tu dapat 10a, budak lelaki melayu tu dapat 9a














Note : Mesti malam nie, mak balik keje peluk intan nangis ²...


LOL

Tuesday, March 20, 2012

:: Pengambilan anak angkat KEWAJA ::

Entry aku yang berkenaan pengambilan anak angkat di KEWAJA menarik ramai ibu² diluar sana masuk kat blog aku. masing² mesti tanya macam mana nak ambik anak angkat dan ape kos yang terlibat. So, untuk entry kali ini, aku nak menjawab soalan² tersebut.

Macam mana nak ambil anak angkat daripada KEWAJA.

pertama sekali sebelum membuat permohonan, sila pastikan anda semua memenuhi syarat-syarat utama permohonan. boleh semak dekat entry ini untuk syarat-syarat utama.

 http://rozietaraffar.blogspot.com/2011/02/syarat-untuk-mengambil-anak-angkat-di.html

pihak kewaja mengutamakan pasangan suami isteri yang belum pernah mempunyai anak walaupun anak angkat. bagi mereka yang yang berstatus bujang dan ingin mengambil anak angkat melalui KEWAJA adalah tidak dibenarkan. sekarang kan trend bujang ada anak angkat. so, KEWAJA mengutamakan pasangan  yang sudah berkahwin sekurang² nya 5 tahun.

Pemohon hendaklah datang sendiri ke pejabat KEWAJA untuk mendaftarkan diri. pemohon hendaklah membawa salinan kad pengenalan, salinan sijil nikah, penyata gaji terbaru dan 2 orang kenalan sebagai rujukan. sebelum itu, kena buat appointment dengan KEWAJA ye.. jangan main serbu aje. Untuk buat appointment hubungi :

En Yahya Bin Mohamed Yusuf (Pengerusi Kewaja, Motivator dan Fasilitor)
013-338 4868, 03-6185 7736
Email : m_kaunseling@hotmail.com

Alamat Pejabat KEWAJA
 PUSAT KEBAHAGIAAN WANITA REMAJA "KEWAJA"
No. 19, jalan SG 5/4
Taman Sri Gombak
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan
Kos Yang Terlibat :

Kewaja tidak mempunyai apa² kepentingan dan mengambil keuntungan dalam proses ini. atas dasar peranan dan tanggungjawab, maka KEWAJA akan membantu dan memantau supaya proses penyerahan dan penerimaan anak angkat melalui proses  yang betul.

Pasangan yang layak hendaklah bersedia untuk menjadi penaja. maksudnya menanggung segala kos yang berkaitan dengan ibu kandung  bayi tersebut, sepanjang ibu kandung tersebut berada di KEWAJA termasuk kos perubatan dan pengurusan. KEWAJA selalunya akan membawa pelatih membuat pemeriksaan kandungan di klinik swasta. so faham² aje la kan kos yang terlibat. memandangkan KEWAJA tiada penaja, so adalah lebih elok kalau bakal ibu bapa angkat tu mengeluarkan sedikit pembelanjaan ke atas bayi yang akan mereka ambil.

okey.. dah membebel panjang nie. korang faham tak agak²nye? kalau nak maklumat lebih lanjut boleh klik kat link dibawah. banyak info yang korang boleh dapat.


ini anak angkat aku. comel kan. tapi dia bukan dari KEWAJA. sekarang nie masih lagi dalam proses pengangkatan.. nnti aku cerita kat korang cara lain nak amik anak angkat pulak. hokey..

Note : Terima kasih kerana membaca entry aku yg berjela² nie.. ^__^.

LOL 

Monday, March 19, 2012

:: Gambar Dari Photographer Cilik ::


Nur Iman Dania sekarang nie memang bijak mengambil gambar. pantang terjumpa kamera canon aku tue, gerenti dia dok diam² mengode² camera tue. bukan setakat gambar orang aje dia pandai ambil. gambar sendiri pun pandai. siap aksi muncung itik lagi..  

orang kata, bila budak² berumur 2 tahun, dia cenderung meniru aksi dan percakapan orang disekeliling nye. mungkin dia selalu ternampak Amachu dengan Amasha dia buat aksi muncung itik tue, dia pun terpengaruh. kengkadang² tue, bila masa dia ambik gambar pun aku tak perasan. bila tengok balik gambar dalam kamera tue, baru tahu dia melenjan kamera aku.. ^__^

bila tengok balik gambar yang dia ambil, terasa nak ketawa pulak. Macam photograper pro pun ade. sila la tengok hasil kerja tangan anak aku nie.. 

 Kaki adalah objek yang paling dia suka ambik..  ^_^







 nie telinga adik dia.. ^__^






















So, pendapat korang semua mcm mn? ada bakat kan anak aku nie?


LOVE