:: SeeFood - Filem Buatan anak Malaysia ::

February 29, 2012

sungguh tak percaya, SEEFOOD movie tue sebenarnya anak malaysia yang buat. Bangga seh! time tengok promo kat Tv , mati² aku ingat disney yang buat. rase bangga jugak bila disney tepek Wau bulan kat movie dia orang. rupanya Produk Malaysia! hahaaa.. memang membanggakan.


Seefood mengisahkan seekor Anak jerung buluh (Bamboo shark) yang bernama Pup melancarkan misi untuk menyelamatkan telur² yang telah dicuri oleh pemburu haram. Pup berusaha menyelamatkan telur² tersebut tanpa memikirkan keselamatan dirinya.  Julius pula merupakan seekor jerung putih merupakan kawan karib Pup, bimbang atas keselamatan pup, mereka cipta satu suit yang membolehkan jerung berjalan di atas darat. 


Tengok Promo pun dah rasa best. belum pi tengok lagi. tapi memandangkan keadaan semasa aku nie, rasenya terpaksalah aku tunggu DvD cetak rompak keluar. kalau aku usung si aufa ni masuk panggung. mau kena baling ngan popcorn time dia menangis.. tu kalau popcorn, kalau dia orang baling botol air?? hahhhh mengharukan la..!


So, tahniah diucapkan kepada SILVER ANT kerana menghasilkan filem animasi yang akan ditayangkan pada 8 March 2012. walaubagaimanapun, Seefood nie telah pun ditayangkan di 90 buah negara termasuk Amerika dan Eropah pada tahun lepas.



Love

You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images