Wednesday, February 29, 2012

:: Resepi - Udang Galah Kelio

saye adalah prawnholic yeaaaaah.. ^__^
Udang mengandungi banyak protein. so sesiapa yang rasa nak kurus cara Atkin, boleh makan udang banyak² hokey. ada sorang customer aku ada jual udang galah, so dia offer kat aku sekilo Rm 39.00 aje. aku budjet udang galah sekilo mestilah dapat 2 3 ekor aje.. sebab aku dah bayangkan kepala udang galah yang beso² tue. tapi bila sampai udang tu, fuyooooo banyak siottt.. Fyi aku tak pernah makan udang galah ! hahaaa silalah gelakkan saye..

okeyy² stop merapu, aku nak kongsi 1 resepi yang sedap lagi enak. meh² aku tunjukkan...

Udang Galah Kelio
1 kg udang galah (udang harimau pun best)
2 btg serai - dititik
3 helai daun limau purut
1/2 kotak santan - bancuh dengan sedikit air
3 keping asam gelugur - boleh diganti dengan asam jawa
sedikit gula, garam & ajinomoto
Bahan Kisar
3 ulas bawang putih 
1 labu bawang besar
1 cm  halia
1 cm lengkuas
Cara Memasak
Tumis bahan kisar hingga garing
Masukkan santan yang telah dicampur dengan sedikit air, serai asam gelugur (asam keping) atau air asam jawa
bila mendidih masukkan udang. kacau sampai sebati dengan kuah. Tutup sekejap supaya udang cepat masak.
akhir sekali masukkan daun limau purut.
siap untuk dimakan..


ini lah rupenya Udang Galah Kelio yg aku masak ari tue..

Selamat mencuba!


Love

:: SeeFood - Filem Buatan anak Malaysia ::

sungguh tak percaya, SEEFOOD movie tue sebenarnya anak malaysia yang buat. Bangga seh! time tengok promo kat Tv , mati² aku ingat disney yang buat. rase bangga jugak bila disney tepek Wau bulan kat movie dia orang. rupanya Produk Malaysia! hahaaa.. memang membanggakan.


Seefood mengisahkan seekor Anak jerung buluh (Bamboo shark) yang bernama Pup melancarkan misi untuk menyelamatkan telur² yang telah dicuri oleh pemburu haram. Pup berusaha menyelamatkan telur² tersebut tanpa memikirkan keselamatan dirinya.  Julius pula merupakan seekor jerung putih merupakan kawan karib Pup, bimbang atas keselamatan pup, mereka cipta satu suit yang membolehkan jerung berjalan di atas darat. 


Tengok Promo pun dah rasa best. belum pi tengok lagi. tapi memandangkan keadaan semasa aku nie, rasenya terpaksalah aku tunggu DvD cetak rompak keluar. kalau aku usung si aufa ni masuk panggung. mau kena baling ngan popcorn time dia menangis.. tu kalau popcorn, kalau dia orang baling botol air?? hahhhh mengharukan la..!


So, tahniah diucapkan kepada SILVER ANT kerana menghasilkan filem animasi yang akan ditayangkan pada 8 March 2012. walaubagaimanapun, Seefood nie telah pun ditayangkan di 90 buah negara termasuk Amerika dan Eropah pada tahun lepas.



Love

Tuesday, February 28, 2012

:: Revolusi kad Jemputan Kawin ::

Dulu² punya kad kawin berbunga² kerawang kan. more pada melayu klasik. tapi sekarang nie, kebanyakkan kad jemputan kawin yang aku terima lebih santai. sesuai la dengan usia pengantin. sekarang nie kan trend kawin muda.. hahahaa! betul tak.

aku kawin dulu tak de kad jemputan. pasal aku jemput pakai mulut mak aku aje.. ahaaa.. banyak jimat ooOOO.. itu adalah salah satu cara untuk mengurangkan kos kawin. memandangkan yang aku jemput tue pun tak le berapa ramai. Jiran² ngan saudara terdekat aje, so kad jemputan tidak diperlukan.


nie salah satu contoh kad jemputan yang biasa kita lihat.
source : syifapc.blogspot.com


cantik tak ?


nie contoh kad kawin yang terkini. kartun ulosss... santai kan! yang muda remaja boleh pilih koleksi kad kawin macam nie. yang berusia tue, kalau rasa nak muda pun boleh pilih kad macam nie. tapi sendir mau ingat lah ek.. mulut tempayan boleh ditutup, tapi mulut manusia tidak. hahaaaa!!


Love,

:: Kesibukkan yang Melampau bila beranak dua ::

helloo....
saye kembali lagi.........
lama dah tak update blog nie since bersalin akhir tahun lepas. ditambah pula tak de pc/notebook/ tablet kat umah, so memang tak dapat la nak berblog 2 bulan.

semenjak ada budak kecik ni, boleh dikatakan hidup lebih teratur.. mula² tue agak kucar kacir jugak la.. tak menang tangan nak handle budak berdua nie. bila adiknye dah settle, kakaknyer buat hal pulak. isk..isk.. stress jugak la..

tapi alhamdullilah, dah 2 minggu bekerja nie, semuanya berjalan dengan lancar. kalau dulu bangun tidur pukul 8 pagi, skrang nie, aku terbiasa bangun pukul 5 pagi. yang menghairankan, badan jarang letih. 

disebabkan aku nie, seorang yang panas baran, tiap² hari aku berdoa, supaya ALLAH menjauhkan anak² aku dari sikap baran aku. kekadang aku rasa takut sangat bila mereka berdua nie jadi mangsa dari ibu dia sendiri. aku sentiasa berdoa, minta pada ALLAH berikan aku tahap kesabaran yang tinggi.. 


Note : Doakan Untuk aku jugak hokey 

Love,

Monday, February 27, 2012

:: Tahniah Anda Telah Memecahkan Rekod Saye ::

excited sungguh adik aku yang sorang nie.. whatsapp² aku bagi tahu dia punya pointer sem lepas 3.5 so, dia dapat lah Anugerah Dekan atau dalam bahasa omputihnye Dekan List.. Fuyoooo! terro seh adik aku nie. kiranya dia adalah orang pertama yang dapat dekan list dalam family aku.. Tahniah adik ku.. Abah N mak mesti bangga dapat anak macam kamu. Ayah juga mesti bangga.. mesti dia dok mencanang kat kengkawan dia "ANAK AKU DAPAT ANUGERAH DEKAN"..






yg lagi best adik aku nie dapat keje yg best. walaupun pangkat tak le berapa nak tinggi.. tapi syok la tengok name tag dia nie.. *nada jeles* hahaha....


Te Amo

Friday, February 24, 2012

:: That Might Be The Last ::



Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia, jangan merungut kenapalah kena bangun tengah malam etc. 
That Might be the last night that he/she does that

Bila anak mintak mainan atau sesuatu, kalau kita mampu,  and as long as benda tu tidak memudaratkan dari segi fizikal dan mental kita cubalah berikan.  
That might be the last night that he.she ask for something

Bila anak nak susu, berikan dengan penuh kasih sayang. sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je, pemberian dari ibu/ayah kepada anak
That might be the last day that he/she drinks it.


Bila anak buas dan nakal, sabarlah.
That might be the last day that we can see him/her being active



Bila suapkan anak makan, suaplah dengan penuh kasih Sayang. 
That might be the last food that he/she eats



Sejujurnya, setiap masa hargailah anak² kita
kita tak tahu bila kita atau dia yang akan PERGI dulu



AL-Fatihah Buat Arwah Adik Farish Nur Daniel 



sOURCE : redmummy.com