Friday, December 9, 2011

:: Janji ALLAH S.W.T Kepada seorang Ibu ::





Apabila seorang perempuan itu mengandung, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah Mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka ALLAH mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH

Apabila telah lahir anak lalu disusuinya, maka bagi ibu itu, setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka ALLAH memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untu membela agama ALLAH

Apabila seorang perempuan taat kepada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya

Apabila seorang perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka ALLAH memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

Source : Risalah Al-Mua'llim Bil : 03/16.04.2010 Terbitan Persatuan Dinamik dgn kerjasama pusat Pemikiran dan kefahaman Islam (CITU)


Te Amo