Saturday, December 10, 2011

Al-fatihah untuk abah [29 November 2011]

Kalau nak dibandingkan dengan adik² yang lain,
aku punya masa yang cukup singkat untuk melihat abah hidup,
walaupun pada hakikatnya,
abah tak mampu nak berkata²..
tak mampu nak mengerakkan anggota badannya..
bahkan untuk membuka mata..

Aku sampai dekat hospital pukul 730 pagi,
berkesempatan menatap wajah abah hanya 10 minit..
abah sedar kehadiran aku dengan dia,
aku bisik kat telinga abah,
"abah ampunkan angah"
menangis seketika..

pukul 12.00 tengah hari,
abah dah pergi...

aku adalah anak yang paling kurang berada di sisi abah ketika itu sehinggalah abah dikebumikan
aku sedaya upaya mengelak untuk dekat dengan abah, 
aku sedaya upaya tidak menangis untuk abah,
biar aku jauh dengan abah,
biar orang lain tertanya² mengapa aku tidak menangis seperti adik² yang lain,
biarlah kalau ada orang nak mengata..

aku sayangkan abah,
sehingga hari ni, 
aku tidak merasa yang abah dah tak ada...
abah akan sentiasa hidup....