nie tak de kena mengena dengan hidup bermadu ye kawan²... ape yang aku nak cerita kat sini adalah berbagi kasih antara anak² aku.. semua sedia maklum, aku dah pun bersalin.. so, ada baby yang menuntut perhatian yang lebih.
ape yang menyedihkan aku adalah, aku terpaksa korbankan banyak masa dengan Nur Iman Dania.. kengkadang tue terpaksa tidur berjauhan. sebab katil kami kecik.. kalau dah ayahnyer adiknyer tidur kat atas katil tue, mana nak letak Nur Iman Dania ?
adakalanya aku terpaksa pekakkan telinga bila dengar dia menangis kat tingkat bawah bila dia merengek nak tidur ngan aku. sedihnyer Allah aje yang tahu..
sekarang nie pun, tingkah laku Nur Iman Dania lebih nakal. kalau ditegah jangan buat, dia mcm pekakkan telinga dia aje.. membuatkan aku naik hantu marahkan dia.. sekarang nie pun, kalau kata JANGAN mesti siap dengan rotan. kalau tak, gerenti comfirm dia tak makan saman.
kengkadang, aku rasa sayu hati bila dah termarah dia. hari nie, dia boleh g color kepala Aufa dengan pensil color.. cam mana aku tak marah.. tak pasal² pensel kaler tue aku buang. menangis tersedu sedan Nur Iman Dania. Aku langsung tak pujuk.
Bila dia dah berhenti menangis, aku peluk cium dia.. tak semena² dia ketawa berdekah².. dia langsung tak amik hati bila aku marah dia macam tue.. itu buat aku rasa bersalah...
bila dia dah besar nnti, aku harap dia faham kenapa aku marah dia. bukan niat aku nak beza² kan dia. cuma aku nak dia tahu ape yang dia buat tue memudaratkan adik dia..
Note : Ibu harap, Nur Iman Dania faham ape yang ibu buat...
Te Amo
berpantang tue satu kemestian selepas melahirkan anak. kenapa mesti berpantang? berpantang merupakan proses untuk si ibu mengembalikan semula tenaga dan merawat semula tubuh badan selepas berhempas pulas memerah tenaga semasa proses bersalin.
ape yang aku faham dan yang dok di war2 kan dengan aku, sekiranya kita tidak mengamalkan pantang ni, kesan akan kita rasai semasa kita dah tua nanti. ermm.. bila difikirkan, memang ada sedikit takut. iye la, dah tua, macam2 penyakit yang akan timbul kan ?
tetiba terfikir pulak budaya bangsa lain berpantang. erm... terbaca kat buku babybook, orang cina berpantang sehingga 45 hari, manakala masyarakat india pulak berpantang sehingga 40 hari
nie le muka orang berpantang!
Berpantang cara melayu adalah selama 44 hari. antara aktiviti berpantang adalah :berurut, memakai bengkung, bertungku, berbarut, minum air akar kayu (tapi skrang ni, ramai dah tak minum air akar kayu, kebanyakkan nye guna kapsul, senang nak telan), minum air halia *halia bara*, memakai stokin, tak boleh minum dan makan makanan sejuk dan berangin seperti timun, kangkung - kangkung? alamak, tadi baru pas makan kangkung! =__=. tak boleh makan makanan berminyak, bersantan, pedas & telur.
tetiba terfikir pulak budaya bangsa lain berpantang. erm... terbaca kat buku babybook, orang cina berpantang sehingga 45 hari, manakala masyarakat india pulak berpantang sehingga 40 hari
berpantang cara orang cina adalah mengamalkan sup herba dan tonik untuk meningkatkan peredaran darah dan mengeluarkan angin. kena pastikan badan sentiasa panas. hanya mandi selepas 12 hari, hanya menggunakan campuran herba untuk membersihkan diri- uuiiieeewww mesti busuk kan?. minum rice wine dan red dates tea khususnya pada 20 hari pertama. memakan makanan yang mudah dicerna. tidak boleh membasuh rambut selama 21 hari -sure masam-, tidak boleh menghalakan kipas direct kepada ibu bersalin, kalau guna air-cond mesti suhu antara 26c - 28c. tidak boleh membawa objek berat termasuk baby. tidak boleh stress, menangis atau menjerit.
berpantang cara orang india pula, mesti makan 4 kali sehari, kena makan sayur, halba, halia dan kentang untuk improve kan susu. kena pakai sweater, stokin untuk mengekalkan suhu badan (keep warm). makan indian herbal curry (kampung mari punya), ayam boleh makan selepas 40 hari. mandi menggunakan hot herbal. menggunakan Rub Omam spice untuk kulit yang cantik dan menghilangkan kesakitan. membasuh rambut menggunakan hanya air herbal yang panas. kena makan 15 jenis indian herbal. tidak boleh makan seafood, makanan berangin seperti terung dan kobis, makanan berminyak dan bersantan , minum air dengan banyak, mengangkat objek berat selama 3 bulan.
aku berpantang mengikut cara aku aje.. lagi pulak, mak aku, bila aku tanya, mak nie boleh makan tak? semua dia kata boleh.. hahaa.. even kalau aku tanya ais-krim boleh makan ke tak? sure dia kata boleh.. hhahaa.. aku berpantang, tak guna stokin, minum air dengan kuantiti yang agak banyak. huh? macam tak berpantang kan? cuma aku elakkan makan makanan yang pedas. sebab aku menyusukan aufa. kang ada yang anak aku kena cirit birit. hahaaaa.. aku juga yang susah!
Te Amo
aku peminat shila Amzah nie, suara nie mmg unik.. nyanyi lagu ape pun sedap... ari nie terbaca kat Beautifulnara, yang MTV offical lagu Patah Seribu dah kuar.. so, aku search kat Youtube.
videoklip nie unik. ada plot cerita. tak macam video klip penyanyi yang lain, rata2 memaparkan wajah masing2 aje.. selut la kat video klip nie... memang oshem!
Te Amo
videoklip nie unik. ada plot cerita. tak macam video klip penyanyi yang lain, rata2 memaparkan wajah masing2 aje.. selut la kat video klip nie... memang oshem!
Te Amo
:: Pengalaman Bersalin pertama Kali buat aku Serik nak beranak lagi ::
anak pertama December 25, 2011mungkin entry kali ini, akan menakutkan semua perempuan yang bakal melahirkan tak lama lagi... ini pengalaman aku.. huuhuuu.. sesungguhnyer, sakit bersalin itu maha hebat... rasa sakit tue akan membuatkan ko orang tak mo lagi beranak... cayo la!
aku masuk bilik saringan pukul 11 mlm.. doktor buat check-up dia ckp, jln dah bukak 4cm.. so aku dimasukkan ke bilik bersalin.. mase tue perut mengeras dengan kerap. time dia mengeras tue yang sakit.. makin kerap mengeras, makin kerap sakit.. makin kerap sakit. makin tak tentu arah la aku nie.. serius aku cakap, memang aku nangis! hahaaa.. *gelak la ko orang* mase tue aku teringat kat officemate aku nie, dia cerita cakap ngan aku, bersalin tue tak sakit.. tapi dalam hati aku cakap, kenapa aku rasa sakit.. Huh! mcm nak tampo aje budak officemate aku tue....
Doktor beri aku oksigen untuk mengurangkan rasa sakit tue.. ape fungsi nye ekk oksigen tue ? aku terbaca kat buku Babybook. benda alah tue di panggil Entonox
Entonox (Gas & Air ) . This is a mixture of 50% oxygen & 50% nitrous oxide which is inhaled through a face mask. This helps to relax the mother but provides limited pain relief & may cause the mother to feel sick. dizzy or light headed. it is often used towards the end of the opening phase. this has the least impact on the baby.
Ko orang translate le sendiri ek.. aku copy paste aje..
Proses bersalin ....
kebiasaanya, bersalin anak pertama, ramai nurse yang berada kat dalam bilik tue, untuk support kita yang tak ada pengalaman. dia orang akan bagi kata semangat dan ada yang menolong push kan baby dgn menolak perut kite supaya baby cepat ke bawah..
15 minit kemudian, baru baby lahir, Alhamdulillah! selepas baby lahir hilang semua kesakitan tue....
- The End -
Noted : Bucuk ada kat dalam bilik, lihat cam ner proses untuk bersalin. dia bercerita aku, yang dia sedih tengok aku. ^__^
pertama kali aku tengok muka Aufa selepas dilahirkan memang membuatkan aku betul-betul sayu... muka dia saling tak tumpah macam muka arwah abah.. lebih2 lagi, hari lahir mereka berdekatan.. aufa lahir 16 december, abah lahir 18 dec..
sehingga hari nie, bila pandang muka Aufa, aku jadi rindu pada Abah.. Aku betul2 merasa kehilangan abah.. lebih2 lagi bila dah hujung tahun nie, bila bonus nak keluar ^___^, arwah selalunya akan call aku, selalunya dia akan mintak duit sikit.. aku tahu abah hidup tak senang walaupun pada hakikatnya kehidupan seorang peneroka felda sebenarnya adalah mewah.. aku terkilan, sebab duit bonus aku tahun nie, tak dapat lagi nak bagi kat arwah...
Te Amo
sebiji macam muka arwah kan ?
Te Amo
nak tunjuk kat kamu semua yayang saye.... heheee.....
ini lah dia budak comel yang saye usung ke sana kemari selama 38 minggu..
Berat yayang 3.08 Kilo.. beso tue, tak ngam rasanye dengan keadaan perut aku yang agak comel mase tue kan ?
Lahir kat Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru 16 December 2011 , jam 10.45am. Terlepas la hajat aku nak bersalin kat situ. sebab kalau ikutkan mak aku, dia nak aku bersalin kat Sultanah Aminah aje.. sebab adik aku punya pengalaman buruk mase dia nak bersalin kat situ dulu. tapi alhamdulillah, time part aku semuanya berjalan dengan baik.. Amin..
Muhammad Aufa Tahqif * Yang Setia , Cerdik dan cepat belajar *
semoga menjadi anak yang soleh ye Aufa..
tapi amacu dia nak panggil Aqif..
hehe suka hatimu la amacu...
ini lah dia budak comel yang saye usung ke sana kemari selama 38 minggu..
Berat yayang 3.08 Kilo.. beso tue, tak ngam rasanye dengan keadaan perut aku yang agak comel mase tue kan ?
Lahir kat Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru 16 December 2011 , jam 10.45am. Terlepas la hajat aku nak bersalin kat situ. sebab kalau ikutkan mak aku, dia nak aku bersalin kat Sultanah Aminah aje.. sebab adik aku punya pengalaman buruk mase dia nak bersalin kat situ dulu. tapi alhamdulillah, time part aku semuanya berjalan dengan baik.. Amin..
Muhammad Aufa Tahqif * Yang Setia , Cerdik dan cepat belajar *
semoga menjadi anak yang soleh ye Aufa..
tapi amacu dia nak panggil Aqif..
hehe suka hatimu la amacu...
quality gmbr dari camera hp CSL aku yang aku nak campak kat laut tahun depan.... ^__^
Noted : rindu la kat camera canon aku tue.. aisssyyyy.. bila la kaklong nak pulang camera aku nie, banyak moment yang nak rekod..
Te Amo
Destinasi ke 3 pada hari raya haji tempoh hari, adalah i-City... excitednye nak kesana tau. orang kata tempatnye tersangat la best. disebabkan aku sukakan udara sejuk, so, aku berhajat nak g snow world dia orang..
tapi malang sikit la nasib kami semua, sebab kami tersesat.. ahaaa............. aku jadi blur bila tetiba aje, jalan yang aku tunjuk tue menghala ke seremban.. hahaaaa!! sila la gelak.. puas jugak la aku nak mencari arah nak ke lebuhraya persekutuan.. hampir 2 jam gak la baru sampai kat i-city nie..pulak tue, jalan nak masuk kat i-city tue boleh jem yang boleh dikatakan amat² teruk... huhu.. seb baik la semangat kami semua kental... ^__^
penuh dengan cahaya LED
Kami berdua gembira.. tapi lagi gembira bila bucuk ade kan ??
antara ahli rombongan cik kiah yang kehabisan tenaga..
kepenatan yang teramat sgt, tapi kak long ngan abg long tak reti penat. so terpaksalah kami menunggu dia orang kat tepi jalan.. Tapi nasib baik lah cuaca tak berapa nak elok. Guruh berbunyi di sana-sini, so penantian tak de la lama sangat...
so, kesimpulannya i-city tak berapa nak happening. mungkin sebab kami semua kepenatan. tapi i-city tak berapa nak syok. lebih² lagi aku tak berkesempatan nak masuk snow world... T__T
Te AMo
selepas meronda satu IKEA, aku bawak semua rombongan cik Kiah pergi KLCC.. aku cuma tukang bagi direction aje la.. sebab yang memandu tue abang long.. yang sebenarnya, aku nie tak de la pro sangat jalan² kat KL. tapi signboard kat KL nie banyak membantu orang² yang tak berapa nak ingat jalan kat KL nie..
so, dengan bantuan signboard, sampai la jugak kami rombongan cik kiah ke KLCC.. tapi kat sana tak berapa lama la.. sebab hajat kat hati sebenarnya nak pergi bawak anak² sendiri dan anak² buat melawat Aquaria, tapi disebabkan terlebih memborong kat IKEA, so terpaksalah menatap air pancut kat dataran KLCC aje... ^___^..
harap² rombongan cik kiah merasa seronoklah hendaknyer iyeee..
TE Amo
so, dengan bantuan signboard, sampai la jugak kami rombongan cik kiah ke KLCC.. tapi kat sana tak berapa lama la.. sebab hajat kat hati sebenarnya nak pergi bawak anak² sendiri dan anak² buat melawat Aquaria, tapi disebabkan terlebih memborong kat IKEA, so terpaksalah menatap air pancut kat dataran KLCC aje... ^___^..
harap² rombongan cik kiah merasa seronoklah hendaknyer iyeee..
kat bahagian dataran KLCC.. nampak tak air pancut kat belakang rombongan cik kiah tue....
saye & Nur Iman Dania telah menjejakkan kaki ke KLCC....
TE Amo
Tahun ni, time raya haji ari tue, aku and the family telah berjaya menjejakkan kaki ke IKEA.. heeee.. sebenarnya tak de perancangan pun nak pergi IKEA nie..
orang semua berhari raya balik kampung, tapi kita orang semuanya balik bandar.. hahaa.. so, jalan ke Kuala Lumpur malam tue memang smooth aje.. tak de jem mengila²..
Petang hari raya haji ari tue, kami adik beradik, memulakan plan perjalanan kami. IKEA nie, idea nya datang dari kaklong aku.. tibe² terus teringat IKEA MEATBALL yang telahpun disahkan HALAL. heheeee...
rupanya IKEA nie bersebelahan dengan THE CURVE.. tapi time tue tak berkesempatan nak menjejakkan kaki kat the CURVE. Yayang yang semakin membesar membuatkan aku cepat letih la nak berjalan round 1 shopping complex..
Showroom yg 1st sekali tue agak boring sikit la... tapi budak² kat atas nie, kemain seronok aje memanjang
Ko orang tengok laYayang saye yang semakin membesar tue, Dania Maintan cute kan. kan !!
Nie di antara section yang paling best sekali...part yang paling menyeronokkan bila ada kat tmpt kanak² dah pinggan mangkuk.. heheeee.. tempat faberet sepanjang masa...
Tempat Pick-up barang dan pembayaran
yang terkilan tue, tak dapat la aku nak merasa IKEA MEATBALL.. sebabnye.. AKU TAK RETI NAK ORDER.. hahaaaaa... boleh tapau ke meatball tue.. jakunnya aku nie kan.... !!
Terkilan la... hahaaaa... tak pe lain kali kalau g ikea aku nak try jugak oder... !!
Al-fatihah untuk abah [29 November 2011]
Kalau nak dibandingkan dengan adik² yang lain,
aku punya masa yang cukup singkat untuk melihat abah hidup,
walaupun pada hakikatnya,
abah tak mampu nak berkata²..
tak mampu nak mengerakkan anggota badannya..
bahkan untuk membuka mata..
Aku sampai dekat hospital pukul 730 pagi,
berkesempatan menatap wajah abah hanya 10 minit..
abah sedar kehadiran aku dengan dia,
aku bisik kat telinga abah,
"abah ampunkan angah"
menangis seketika..
pukul 12.00 tengah hari,
abah dah pergi...
aku adalah anak yang paling kurang berada di sisi abah ketika itu sehinggalah abah dikebumikan
aku sedaya upaya mengelak untuk dekat dengan abah,
aku sedaya upaya tidak menangis untuk abah,
biar aku jauh dengan abah,
biar orang lain tertanya² mengapa aku tidak menangis seperti adik² yang lain,
biarlah kalau ada orang nak mengata..
aku sayangkan abah,
sehingga hari ni,
aku tidak merasa yang abah dah tak ada...
abah akan sentiasa hidup....
Apabila seorang perempuan itu mengandung, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah Mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka ALLAH mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH
Apabila telah lahir anak lalu disusuinya, maka bagi ibu itu, setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka ALLAH memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untu membela agama ALLAH
Apabila seorang perempuan taat kepada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya
Apabila seorang perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka ALLAH memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)
Source : Risalah Al-Mua'llim Bil : 03/16.04.2010 Terbitan Persatuan Dinamik dgn kerjasama pusat Pemikiran dan kefahaman Islam (CITU)
Te Amo