Friday, November 25, 2011

:: Mungkinkah Aku Anak Derhaka ::


Malam tadi, dapat berita dari mak, 
mak kata Abah sakit masuk ICU kat Kota Bahru Kelantan,
Demam Denggi Berdarah,

Bedah Call Kak Long aje,
Aku cuba Call Bedah,
Tapi Cara Bedah Buat aku nak marah,

Aku call kak Long,
Kak Long Kata,
Abah Demam tak kebah²..
lepas makan ubat, demam datang balik,

Doktor Masukkan Air dalam badan Abah,
Sekarang kaki dia dah bengkak,
Paru² dah masuk air,
sebab..
Abah ada Semput..

Adik² semua pergi jenguk abah,
Tapi aku kat sini,
sedang bekerja,

Kenapa aku tak pergi Lawat abah,
Sebab aku dah sarat..
aku nak jenguk abah..
tapi keadaan tak mengizinkan..

Adakah abah tahu keadaan aku,
adakah abah faham situasi aku,

Bila terjadi macam nie,
aku tersedar..
yang aku tak pernah berbakti pada abah,
Adakah Aku Anak Derhaka..


:: Te Amo Abah ::