Friday, November 25, 2011

:: Mungkinkah Aku Anak Derhaka ::


Malam tadi, dapat berita dari mak, 
mak kata Abah sakit masuk ICU kat Kota Bahru Kelantan,
Demam Denggi Berdarah,

Bedah Call Kak Long aje,
Aku cuba Call Bedah,
Tapi Cara Bedah Buat aku nak marah,

Aku call kak Long,
Kak Long Kata,
Abah Demam tak kebah²..
lepas makan ubat, demam datang balik,

Doktor Masukkan Air dalam badan Abah,
Sekarang kaki dia dah bengkak,
Paru² dah masuk air,
sebab..
Abah ada Semput..

Adik² semua pergi jenguk abah,
Tapi aku kat sini,
sedang bekerja,

Kenapa aku tak pergi Lawat abah,
Sebab aku dah sarat..
aku nak jenguk abah..
tapi keadaan tak mengizinkan..

Adakah abah tahu keadaan aku,
adakah abah faham situasi aku,

Bila terjadi macam nie,
aku tersedar..
yang aku tak pernah berbakti pada abah,
Adakah Aku Anak Derhaka..


:: Te Amo Abah ::

:: Semakin Hampir, Semakin tak terdaya, Semakin excited ::

sekarang sudah 35 minggu.. semakin hampir yayang akan lahir...


aku yang semakin comel

Lokasi : IKEA | Kuala Lumpur

:: Te Amo ::

:: Big Apple Donut ::

untuk warga pasir gudang yang meminati kuih donut, sekarang nie Big Apple Donut telah membuka cawangannyer di Tesco Seri Alam. aku memang minat pergi Tesco Seri Alam nie. entah kenapa aku pun tak tahu la... maybe air-cond dia sejuk kot.. hahaaa ....



Ari tue, officemate aku g lunch kat tesco, so aku kirimlah Donut kat sinun.. so, dia tapaukan lah....


dah makan separuh baru teringat nak ambik gambar .. ^__^

orang kat Big Apple donut tue kata, ni adalah donut yang paling sedap daripada Big Apple..

Memang sedap. sesedap gambarnyer, lagipulak, aku memang tak pernah makan donut yang ada flavour² nie. selalunya beli yang plain aje. tue pun kat gerai² tepi jalan yang jual sarapan pagi.. heheee.. kira nie first time la makan donut yang ada standard sikit...

Ps : ingat, sebelum bersalin, nak makan lagi sekali donut kat situ.. 


:: Te Amo ::

Wednesday, November 23, 2011

:: Dah petah bercakap, Aku yang pening Kepala ::

mesti rasa seronok yang amat bila anak kita semakin membesar dan petah bercakap. kenkadang tue, kita sebagai orang dewasa kena ambil masa nak faham ape benda yang budak² baru nak belaja nie bercakap...  anak dara aku dah masuk 2 tahun 3 bulan. kalau ko orang nak tahu, mulut dia dah macam mulut murai. pantang celik mata mesti mulut pun ikut celik. tak berhenti² bercakap. sorang² diri pun dia boleh bercakap. kengkadang tue, dia ambik tepon, pastue buat drama sendiri.. bercakap sorang diri kat tepon. ada satu hari tue, dia ambik gangang tepon, pas tue dia cakap " ayah, ibu ni degil " hahaaa.. macam nak tempeleng aje. sesuka hati dia aje nak cakap ibu dia degil. 


Nur Iman Dania


tapi semua itu, suatu pengalaman yang menyeronokkan. kenkadang tue, adakalanya percakapan dia tue menjurus kearah sikap yang kurang ajar, kita sebagai ibu bapa kena bimbing anak kita supaya percakapan anak kita tue tak mengandungi unsur² kurang ajar. sebenarnya dia orang tak faham ape yang dia orang cakapkan. kengkadang mereka dengar dari kita dan orang sekeliling.


:: Te Amo ::


:: Mesin Urut Dari Gintell yang mesra pengguna ::

maybe syarikat mesin urut Gintell nie memahami, bahawa tak semua rakyat Malaysia nie berkemampuan untuk memiliki mesin urut sendiri di rumah masing². sebab itu la kebanyakkan kemudahan mesin urut di shopping complex di sekitar johor bahru nie di kongker oleh Gintell. Diantaranya, Gaint Plentong, KiPmart Masai, Today's Masai dan yang paling hebat dekat Larkin Central..



kenapa aku kata hebat, sebab pihak pengurusan Larkin Central menyediakan kerusi urut prabayar dari Gintell nie, di setiap ruang kosong di tingkat 2 bangunan tersebut..

Peluang makeover daripada Maybelline di Maybelline New York Fashion Show di Midvalley Megamall

so, sementara menunggu bas tu, boleh la ko orang semua merehatkan diri sekejap. mesin urut nie prabayar tau. ko orang masukkan duit dulu pas tue baru mesin tu bergerak. jangan ingat dia orang nak bagi services percuma pulak.. hahaaa...


mesin urut ini satu kelebihan kemudahan untuk aku, sebab semenjak pregant ni, badan selalu sakit². so dengan ada services dari Gintell nie, maka kurang lah kelenguhan sendi² kat badan aku nie...

:: Te Amo ::

::Wordless Wednesday - Persiapan Untuk Mohd Aufa Tahqif ::




ps : Alamak terselet pulak pampers untuk si ibu.. heheee ^__^


:: Te Amo ::

Tuesday, November 22, 2011

:: Ke-excited- tan untuk mengetahui Jantina anak kamu ::

apabila bakal menjadi ibu nanti, perkara pertama yang akan terlintas dalam fikiran kita adalah JANTINA anak yang kita bakal lahirkan. pastue baru terfikir akan keadaan kesihatan anak kita tu. betul tak? aissyyyy tak mo tipu² key.. ngaku aje la...

itu apa yang pernah aku lalui sewaktu mula² dapat tahu mengandung. the first thing yang aku fikirkan adalah jantina anak aku. disebabkan aku punya anak angkat perempuan yang tersangat la comel di tambah pulak dengan kedegilan dan mulut yang macam kak nam tue, aku teringinkan lagi sorang anak perempuan. sebabnya, supaya bergaulan mereka nanti tidak terbatas. Almaklum aje la aku, aku tak menyusukan anak angkat aku tue. So, kalau dapat anak lelaki, payah la jugak aku nak meng-ejes-kan nye.. betul tak...



tapi ape boleh buat, bila 2 kali buat scan, doktor kata anak yang bakal lahir ini, InsyaALLAH LELAKI.. orang yang paling exsited adalah bucuk. sebab dia memang berkehendakkan anak lelaki. walaupun ALLAH tak memperkenankan hajat aku, tapi aku rasa seronok dapat BABY BOY nie..



semoga anak aku secomel dan sesoleh ini.. Amin

:: Te Amo ::

Sunday, November 20, 2011

:: Oldtown White Coffee Plus Toasted Bread Yang Sesedap ::

Andaikata time tue mengidam ape² makanan, orang yang menjadi mangsa aku untuk mendapatkan makanan itu adalah bucuk.. ala² bucuk, kesian dia kan.. tapi sesekali melayan isteri mengidam ape la salahnyer kan.. 

ari tue tetiba nak makan toasted bread dari OldTown. so, tempat yang paling strategik lagi mendamaikan adalah Oldtown cafe kat Taman MOlek... 



07-352 0537
No. 93, Jln Molek 1/29, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor






merangkap driver.. ^__^



 Buku menu yang bertukar wajah


Antara Menu yang dipesan oleh Bucuk.. Menu jaga badan konon.. Tapi White Coffee tue pahit mak datok oooIIIi.. boleh buat tak tidur malam dia punya pekat.


Buih² kesedapan..


Ini, menu yang aku mengidam, tapi disebabkan battery camera tetiba aje kong terus, tak dapat la nak tepek gambar double toasted bread yang aku idam² kan tue...

Ps: Ramai orang kata, oldtown nie tak dapat sijil pengesahan Halal daripada Jakim.. kengkadang Online nie bukan boleh percaya sangat.. tapi ape² pun makan jangan ada was²..


:; Te Amo ::

:: Kisah Kami dan Kerusi Hijau ::

Nenek kami baik hati. dia hadiahkan kami sebangku hijau seorang untuk kami.. kami sungguh eksited.. sampaikan kami berebut² nak duduk atas kerusi tersebut....

Sebelum tu, nenek kami mandikan kami, sebab itulah muka dan rambut kami semua sememeh, pasal nenek kami suka tengok muka kami comot dengan bedak dan rambut kami berlemeng dengan minyak.. huhuhu..



ni la bentuknye kerusi kami, siap ada tanda harga lagi... 


tengoklah bertapa comotnya kami dengan bedak, semua ikut citarasa nenek kami


Rambut kami yang berlemeng dengan minyak. tau tak berlemeng tue ape maksudnyer ? hehee


 kami dipaksa berposing ! cehhh! penat tau tak?


Kakak dah hilang, tinggal la saya keseorangan



 Kami sedang tengok tv



 Adakah mucung saye macam mucung itik? keluarga belah ibu saya semua mucung mcm mucung itik.. hahaaaa .. i loooooiiikkeeeee


"Adikk! jangan manjat!!
Sekian,
cerita dari kami
Nur Iman Dania & Dalily Fahima

:: Te Amo ::

Thursday, November 17, 2011

:: Sedap sangat ker Chocolate Indugence dari Secret Recipe ::

Dek kerana terpengaruh dengan cerita sorang officemate aku nie, ahad lepas aku g la secret recipe kat gaint plentong. diteman oleh bucuk, mak dan semestinyer si kecik Nur Iman Dania. 

terlanjur pulak hari tue memang plan nak g gaint pasal nak beli barang² untuk bakal adik dania. so menyelam sambil minum air la kan... hehehheee...!! 

harga se slice kek cokelat tue kalau tak silap aku RM 6.50. walaupun agak mahal, tapi kalau nak di comparekan dengan size kek tue dan jenamanya, memang berbaloi la...

ini la rupanyer kek cokelat yang sedap sesangat tue (chocolate indulgence)


tapi yang tak beshnyer, rasanyer tak de la sesedap mana pun yang membolehkan nafsu makan aku naik tetiba. rasanya biasa aje... cuma kek dia lemak dan lembut dari biasa.  erm.. tapi okey la daripada kek kat kedai biasa..

ape yang aku paling minat kat secret recipe ni adalah .....

American Brownies

Brownies nyer.. fuyooo memang sedap la..!! harga dia RM 4.50 kalau tak silap aku. brownies ini telah berjaya membuatkan gigi aku terasa sakit dan aku dengan rela terpaksa mengambil MC kerana gigi yang konon sakit tue.. ahhahaaaaaa!


:: Te Amo :: 

Friday, November 11, 2011

:: Dia Anak beruang pertama yang akan menduduki SPM tahun ini ::

aku berharap pihak PERHILITAN tidak menjalankan operasi penangkapan pada tarikh tersebut. kesian kat anak beruang nie, dia pun pun nak berjaya jugak! cube ko orang tengok anak beruang nie comel tak ?


-***-



-***-



-***-



-***-



anak beruang modern, dah tak berkaki ayam! 

tapi aku lebih suka panggil dia BUNTAT! hahaaa.. ekkk buntat salin kulit, warna biru yee.. bukan ke warna kulit buntat warna oren??

semoga usaha selama ini, berbaloi hendaknyer, semoga ALLAH menerangkan hati kamu, melapangkan dada kamu yang bidang tue, hahaaaa! 

:: Sebagai Manusia, Aku Sayang Padamu ::

:: 11.11.11 tarikh istimewa ?? ::

memasing sibuk sgt  menanti tarikh nie, tapi aku tak pun. Aku nak tunggu 7.7.77. haaaaahhhaa! sebabnyer aku teramat cintakan no 7. Disebabkan tahun 1977 dah lepas, so aku kena tunggu 7.7 2077. ermm..agak mustahil la nak hidup pada tahun nie kan?



disebabkan kecintaan aku pada no 7 nie, ALLAH S.W.T hadiahkan aku husband yang bertarikh lahir 21.7.1977. walaupun bukan steret nombor 7, angka 21 tue kan ada kat sifir 7, kira okey la jugak kan? ^___^

sesungguh hanya ALLAH S.W.T tahu ape yang terbaik untuk hambanya


:: Sebagai Manusia, Aku sayang padamu ::

Thursday, November 10, 2011

:: Kemana hilangnya Kecomelan Adnan Sempit ::



dia comel kan? haaa... suka dengan dia, walaupun terpaksa bermadu kasih  dengan liyana lunia dan cik epal yg gonjeng , i dont care.  



tapi kenapa kecomelan adnan sempit i nie hilang ?? cube ko orang tengok dia nie... dah tak comel kan ??


=


=


=


asal u jadi mcm nie sayang! 


:: Sebagai manusia aku sayang padamu ::

Wednesday, November 9, 2011

:: Setahun Berlalu - rentetan entry berbau jiwang ! ::

kalau ko orang perasan la kan.. entry aku hari nie semuanya jiwang² belaka.... ape dah jadi nie.. kasi aku gelak dulu ye..! keiheiehhhhhh.. jawapannya aku kurang pasti. mungkin sebab pembawakan budak kot! cehhhh.. nak salahkan anak pulak...

[sila ambil perhatian - entry ni lewat "setahun" ]



heppy anniversary Bucuk !! hahaa.. sebenarnya 23.10.11 yang lalu, merupakan ulang tahun perkahwinan pertama kami... kejap aje dah setahun. dalam setahun nie, banyak benda yang perlu dikorbankan.. perkara utama yang perlu dikorbankan adalah masa untuk diri sendiri. sebab dia perlu diutamakan. kengkadang sikap dia buat kita macam nak baling pinggan mangkuk, tapi sebagai isteri kita kena pratikkan tahap kesabaran yang tinggi, setinggi gunung everest. lebih² lagi bila suami kita tue anak tunggal @ anak bongsu @ anak mak. 

pada tahun pertama nie, banyak keburukan pasangan yang kita dapat tahu yang dia tak pernah nak tunjuk masa bercinta dulu. bertembung pulak dengan keburukan diri sendiri yang kita dok cover sepanjang bercinta. hahaha! kenkadang benda yang kecil boleh jadi issued untuk gaduh.


Baiknye aku mase nie kan.. Sekarang pun baik la jugak!

perkara yang perlu kita pratiskan, tahap kesabaran. selalunya ego lelaki nie, tinggi! teramat² tinggi. sebagai perempuan, tahap kesabaran mesti tinggi. lebih tinggi daripada ego dia.. bila bergaduh, mengalah bukan bererti kalah... minta Maaf tak bererti kita bersalah, kalau ianya mendatangkan lebih banyak kebaikkan daripada keburukan, ape salahnya..

kalau rasa tertekan dengan sikap pasangan kita, luahkan aje kat twitter! hheeee.. tapi jangan sesekali kita mention nama orang tue, biarlah rahsia! 

:: Sebagai Manusia, aku sayang padamu ::

:: Mahukah Awak ?? ::





Jika denganmu salah
ku tak mahu yang benar
jika denganmu rebah biarlah kutercalar
walau dilanda badai
kusanggup kerna ku mahu
kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
kutak mahu yang jelas
jika denganmu hanyut
biarlah aku lemas
walau dilanda ribut
kusanggup kerna ku mahu
kita berdua bersatu

:: Sebagai manusia aku sayang padamu ::