:: Oven, Microwave & Microwave Oven ape bezanye? eh tak sama ke??

October 28, 2011

Pernah dengar kan Oven, Microwave dan Microwave Oven? bagi orang dapur mesti tahu dan kenal barang² nie.. jgn kata semua orang perempuan tahu ye.. ada sesetengah perempuan tak tahu ape tu oven, Microwave dan microwave oven.. * tidak termasuk kanak-kanak ye.. ^__^ *  dan jangan terkejut ada diantara orang lelaki tahu dan kenal ketiga² benda alah nie..

ape moralnya cerita benda alah nie ? ooOOOhhh yeee.. mesti ko orang tertanya² kan, ape bezanya menatang nie.. ? meh aku nak bagitahu tentang fungsi dan perbezaan di antara 3 barang nie.. sebab rata² yang datang kat kedai aku nie fikir menatang ni sama fungsinyer...

memula kita cerita pasal oven. Oven nie paling sesuai untuk membakar dan memanggang.. kalau ko orang nak panggang ayam ke, panggang kambing sekalipun memang la sesuai.. kalau nak buat biskut raya ke kek ke pun sesuai... tapi oven nie tak boleh memasak dan memanas makanan.. diulangi memasak makanan mcm masak kat atas dapur. kalau kau orang degil jugak, sure confirm jadi rentung makanan ko orang semua! so jangan degil..
ini adalah Oven


Microwave pulak selalunya digunakan untuk memanas makanan.. tetapi microwave oven still tak boleh nak memasak makanan yang mentah mcm ikan, daging.. dengan microwave juga ko orang boleh 'defrost' makanan daripada freezer, mcm daging, ayam, ikan dan ape² la... pas tue ko orang boleh panaskan frozen food mcm pizza, popcorn. .. nyam².... sekarang nie microwave oven dah ada package grill dan autocook tapi still ada limit. bila kita guna microwave untuk grill makanan, makanan kita tak kan kering.. ada sikit² basah omputih kata juicy.. sebab microwave guna infrared.. tak macam oven yang guna heater


microwave mempunyai butang² yang simple. ada yg pakai tekan dan ada yang pakai pulas²


Microwave oven nie raja segala oven.. heheee... sebab microwave oven nie fungsinyer adalah gabungan antara oven dengan microwave . boleh membakar, menggrill, memanas dan memasak.. beshkan! *aku mengidam satu benda alah nie..*  camne kita nak tahu sama ada menantang nie microwave atau microwave oven? sebab patern dan bentuk adalah sama? selalunya microwave oven akan ada perkataan COMBI bermaksud gabungan. lagi satu harganya jauh lebih mahal. selalu ribuan ringgit malaysia untuk microwave oven yang berjenama.


ini mircowave oven. butang dia mak datuk banyak.. tapi tak de la susah bebenor nak guna


kalau ko orang tengok kat kedai yang jual microwave oven berjenama dengan harga lebih kurang 5 atau 6 ratus, itu kemungkinan bukan microwave oven. just microwave sahaja. mungkin ada function untuk grill. kengkadang jurujual nie bukan nyer pandai sangat *kecuali jurujual yang memang daripada company jenama tu la* sesetangah jurujual main belasah aje. cam aku jugak! hahaaa..*pengakuan ikhlas nie*

so! selamat bershopping bagi mereka yang nak cari oven.. raya haji dah nak dekat nie! boleh panggang kambing sekor! Adios..


Photo Source : search kat google..


Te Amo

You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images