Oct 30, 2011

:: Jangka Hanyat Bateri Kereta ::

sapa tahu berapa lama jangka hayat sebiji bateri kereta ?? aku tak tahu. ko orang tahu ?? sebenarnya, jangka hayat untuk sebiji bateri nie kite tak boleh nak determine.. ada yang lebih setahun, ada yang tak sampai setahun dan kondem.. ade gak sampai tiga empat tahun still boleh guna lagi..

Time kita beli bateri kereta ni, selalunya kedai akan bekalkan kita dengan kad jaminan.. sila la simpan dengan cermat kad jaminan tersebut. sebabnya jangka hanyat bateri kereta memang tak lama. so dengan adanya kad jaminan nie, akan menjamin duit poket kita tak mengalir keluar sebelum sampai masa untuk beli bateri kereta baru.

kenapa aku cakap mcm tue. pernah sekali tu aku beli beteri kereta, tak sampai setahun beteri tu dan kong. Nasib baiklah kad jaminan tu aku simpan. pergi balik kedai tu untuk claim. Bukan dapat on the spot. kena tunggu dia claim daripada supplier lagi pulak dia orang tak kan bagi spare untuk ko orang guna. tapi nasib baik mase tu, ada bateri spare kat rumah, boleh la berjalan kereta aku tue.

adik aku pun sama. bateri kereta tak sampai setahun pakai pun boleh condem. tapi nasib dia kurang baik, sebab kad jaminan tak simpan dengan betul. so, terpaksalah beli bateri baru. 


so pengajarannye kat sini, walaupun ko orang pakai beteri kereta yang berjenama antarabangsa yang ko orang rasa cukup hebat, silalah simpan kad jaminan tu. mase beli bateri, sila pastikan kad jaminan tue ada cop dari kedai tersebut. itu sebagai bukti yang beteri kereta tu ko orang beli kat sana. mana la tau, kedai beteri tu tetiba aje nak putar belit fakta, cakap beteri kereta tu bukan ko orang beli kat sana..! kan dah sedih!!


:: Sebagai Manusia, Aku sayang Padamu ::



Saya Pencinta Cheese ^__^