Sunday, October 30, 2011

:: Jangka Hanyat Bateri Kereta ::

sapa tahu berapa lama jangka hayat sebiji bateri kereta ?? aku tak tahu. ko orang tahu ?? sebenarnya, jangka hayat untuk sebiji bateri nie kite tak boleh nak determine.. ada yang lebih setahun, ada yang tak sampai setahun dan kondem.. ade gak sampai tiga empat tahun still boleh guna lagi..

Time kita beli bateri kereta ni, selalunya kedai akan bekalkan kita dengan kad jaminan.. sila la simpan dengan cermat kad jaminan tersebut. sebabnya jangka hanyat bateri kereta memang tak lama. so dengan adanya kad jaminan nie, akan menjamin duit poket kita tak mengalir keluar sebelum sampai masa untuk beli bateri kereta baru.

kenapa aku cakap mcm tue. pernah sekali tu aku beli beteri kereta, tak sampai setahun beteri tu dan kong. Nasib baiklah kad jaminan tu aku simpan. pergi balik kedai tu untuk claim. Bukan dapat on the spot. kena tunggu dia claim daripada supplier lagi pulak dia orang tak kan bagi spare untuk ko orang guna. tapi nasib baik mase tu, ada bateri spare kat rumah, boleh la berjalan kereta aku tue.

adik aku pun sama. bateri kereta tak sampai setahun pakai pun boleh condem. tapi nasib dia kurang baik, sebab kad jaminan tak simpan dengan betul. so, terpaksalah beli bateri baru. 


so pengajarannye kat sini, walaupun ko orang pakai beteri kereta yang berjenama antarabangsa yang ko orang rasa cukup hebat, silalah simpan kad jaminan tu. mase beli bateri, sila pastikan kad jaminan tue ada cop dari kedai tersebut. itu sebagai bukti yang beteri kereta tu ko orang beli kat sana. mana la tau, kedai beteri tu tetiba aje nak putar belit fakta, cakap beteri kereta tu bukan ko orang beli kat sana..! kan dah sedih!!


:: Sebagai Manusia, Aku sayang Padamu ::


Saturday, October 29, 2011

:: Charity | Kami Perlukan Van ::

terbelek² kat says.my, terjumpa satu campaign untuk sebuah yayasan kebajikan kanak².. nama dia Yayasan Senbeams Home yang menempatkan kanak² yang terbiar, kanak² yang didera, Anak² yatim dan juga kanak² dari keluarga yang berpecah belah. 


mereka amat² memerlukan 2 buah van yang akan digunakan untuk mengambil dan menghantar kanak² yang seramai 117 orang ke sekolah, tuition dan lain² aktiviti. segala sumbangan mendapat mengecualian tax di mana resit sumbangan akan diberikan.

Bagaimana untuk buat sumbangan :
sumbangan melalui cek atas nama " Yayasan Sunbeams Home " dan kirimkan ke alamat berikut :
Yayasan Sunbeams Home
No. 54, Jalan Bunga Melor 16A,
Taman Mawar
56100 Kuala Lumpur
Untuk sumbangan dalam bentuk lain, boleh hubungi Pastor Victor Maniam di nombor 012-636 8229 untuk maklumat lanjut


:: Sharing Is Caring ::

Te Amo

Friday, October 28, 2011

:: Oven, Microwave & Microwave Oven ape bezanye? eh tak sama ke??

Pernah dengar kan Oven, Microwave dan Microwave Oven? bagi orang dapur mesti tahu dan kenal barang² nie.. jgn kata semua orang perempuan tahu ye.. ada sesetengah perempuan tak tahu ape tu oven, Microwave dan microwave oven.. * tidak termasuk kanak-kanak ye.. ^__^ *  dan jangan terkejut ada diantara orang lelaki tahu dan kenal ketiga² benda alah nie..

ape moralnya cerita benda alah nie ? ooOOOhhh yeee.. mesti ko orang tertanya² kan, ape bezanya menatang nie.. ? meh aku nak bagitahu tentang fungsi dan perbezaan di antara 3 barang nie.. sebab rata² yang datang kat kedai aku nie fikir menatang ni sama fungsinyer...

memula kita cerita pasal oven. Oven nie paling sesuai untuk membakar dan memanggang.. kalau ko orang nak panggang ayam ke, panggang kambing sekalipun memang la sesuai.. kalau nak buat biskut raya ke kek ke pun sesuai... tapi oven nie tak boleh memasak dan memanas makanan.. diulangi memasak makanan mcm masak kat atas dapur. kalau kau orang degil jugak, sure confirm jadi rentung makanan ko orang semua! so jangan degil..
ini adalah Oven


Microwave pulak selalunya digunakan untuk memanas makanan.. tetapi microwave oven still tak boleh nak memasak makanan yang mentah mcm ikan, daging.. dengan microwave juga ko orang boleh 'defrost' makanan daripada freezer, mcm daging, ayam, ikan dan ape² la... pas tue ko orang boleh panaskan frozen food mcm pizza, popcorn. .. nyam².... sekarang nie microwave oven dah ada package grill dan autocook tapi still ada limit. bila kita guna microwave untuk grill makanan, makanan kita tak kan kering.. ada sikit² basah omputih kata juicy.. sebab microwave guna infrared.. tak macam oven yang guna heater


microwave mempunyai butang² yang simple. ada yg pakai tekan dan ada yang pakai pulas²


Microwave oven nie raja segala oven.. heheee... sebab microwave oven nie fungsinyer adalah gabungan antara oven dengan microwave . boleh membakar, menggrill, memanas dan memasak.. beshkan! *aku mengidam satu benda alah nie..*  camne kita nak tahu sama ada menantang nie microwave atau microwave oven? sebab patern dan bentuk adalah sama? selalunya microwave oven akan ada perkataan COMBI bermaksud gabungan. lagi satu harganya jauh lebih mahal. selalu ribuan ringgit malaysia untuk microwave oven yang berjenama.


ini mircowave oven. butang dia mak datuk banyak.. tapi tak de la susah bebenor nak guna


kalau ko orang tengok kat kedai yang jual microwave oven berjenama dengan harga lebih kurang 5 atau 6 ratus, itu kemungkinan bukan microwave oven. just microwave sahaja. mungkin ada function untuk grill. kengkadang jurujual nie bukan nyer pandai sangat *kecuali jurujual yang memang daripada company jenama tu la* sesetangah jurujual main belasah aje. cam aku jugak! hahaaa..*pengakuan ikhlas nie*

so! selamat bershopping bagi mereka yang nak cari oven.. raya haji dah nak dekat nie! boleh panggang kambing sekor! Adios..


Photo Source : search kat google..


Te Amo

Wednesday, October 26, 2011

::Kenapa saye Suka Hujan ::


Hujan itu satu rahmat dari Ilahi.... satu anugerah yang istimewa.. aku suka sgt bila hujan, lebih² lagi waktu bekerja ? salah satu sebabnye adalah kerana udaranya sejuk dan nyaman.. faktor utama adalah kerana kat tempat kerja aku tak air cond, so cuaca kat dalam tmpt kerja aku nie mmg panas.. tmbahan pulak, kedudukan kipas angin yang jaraknyer sebatu dari meja aku membuatkan aku sukakan hujan..

waktu hujan cam nie, air memang sejuk, aku suka mandi air sejuk. bila mandi air sejuk, badan akan lebih segar. mata tak cepat mengantuk dan yang lebih penting, air sejuk dapat mengurangkan berat badan.. sebab itu kita disarankan mandi pagi seawal waktu subuh.... 

Nota Kaki : Pas bersalin nnti nak try mandi guna Ais pulak.... ^__^

Monday, October 24, 2011

:: My Happiest Moment ::


Siap ada tandatangan masing² lagi.. tandatangan budak sekolah...


Masa tak kan dapat diputarkan kembali... Berada di zaman persekolahan adalah saat yang paling Besssttttt dalam hidup aku.. mase nie baru abis PMR.. dulu tak de lagi digital camera.. ni shoot dari kamera yang pakai filem aje.. sanggup berabis duit beli filem semata² untuk bergambar.. abis satu sekolah kita orang jelajah untuk berposing.. kawan² semua! ingat tak lagi kenangan ini...


Te AMo

Sunday, October 23, 2011

:: Pertua Menyikat Rambut ::

Cuba perhatikan..
dalam keadaan macam mana kita menyikat rambut kita...
rata² dikalangan kita akan menyikat rambut semasa berdiri...
ada diantara kita akan menyikat rambut ketika berada di dalam bilik air... *hhee itu aku*


sebenarnya, cara yang kita gunakan itu akan membawa kepada keburukan dalam kehidupan kita.. cuba kita ubah cara kita menyikat rambut... *ini adalah info yg aku dpt dari muka buku*

Rasulullah S.A.W Melarang melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan akar rambut. Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan menguatkan otot jantung dan elakkan daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung. Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang. Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.

Aku mahu berubah ! ko orang pun patut berubah.. sebab cara menyikat rambut yang salah akan menyebabkan kita terjebak dalam masalah hutang.. Masalah yang mengerikan!
Te Amo

Thursday, October 13, 2011

:: Cerita Pembuangan Bayi yang bagaikan Pesta ::

Kes pembuangan bayi dah jadi kudis yang menanah yang sukar nak diubati lagi... cukup menyedihkan bila wall kan facebook aku tue, terlalu ramai yang nak share gambar pembuangan bayi yang teramat-amat menyayat hati. walaupun perkara ini sememangnyer telah menjadi alah bisa tegar biasa  *eh betul tak ayat aku ni* tak perlulah ko orang semua nak share gambar² janin or baby tue..

orang yang buat tue sememangnya tak de hati perut..tapi kepada orang yang melihat gambar² sedemikian tue tak de feeling kesian ke? bukan satu dua gambar tau.. melambak²... sampai satu tahap, nak bukak wall facebook pun dah fobia.. takut nak tengok gambar² macam tue.. cerita² sebergitu....


picture Source : Google 
kan elok sharekan gambar budak² yang comel sebergini berbanding dengan gambar yang boleh meruntun hati naluri keibuan aku nie...


Moral nyer di sini.. Jangan jadikan gambar² sebergitu satu PESTA... mungkin pada orang yang nak meng'share'kan cerita tu sekadar nak menyampaikan sesuatu massage.. TAPI mengapa ada gambar² yang terang² tanpa selindung memperlihatkan penganiyaan terhadap insan tak berdosa tu ?

Nota Kaki : entry terlebih emosi !! ^__^

Te Amo