Wednesday, September 28, 2011

:: Bantu Mereka Yang betul² memerlukan - part One ::



Kau orang mesti pernah alami situasi di mana, tengah sedap² makan (kat kedai off course la kan, tak kan kat rumah pulak), ada orang datang kat meja kita, mintak derma. pastu tengah² berdating kat tepi pantai lido* hheee time dulu² la kan, sekarang nie dah jadi Danga Bay* ada budak² , orang² tua yang bukan warga negara malaysia, datang mintak derma jugak. ade kan ? aku selalu alami benda ini semua. sampaikan kat tempat kerja pun ada orang datang mintak derma dengan menjual ayat² AL-QURAN, ada yang datang mintak derma dari Utara sedangkan aku bekerja kat selatan. yang paling tak boleh blah tue, BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA. ape yang patut ko orang buat. bersedekah seikhlas hati atau bersedekah atas tiket malu kalau² orang disekeliling kita tahu kita tak menderma


ermmmm... dulu aku selalu juga menderma kalau² orang² macam nie datang kat meja office aku. tapi terdetik kat hati, betul ke dia orang nie betul² memerlukan derma tu? lebih² lagi ada yang datang dari pakistan & Thailand. tetiba aje aku rasa was².. takut tertipu. zaman sekarang nie, ramai orang mencari jalan mudah untuk senang. menagih simpati orang ramai adalah salah satu cara yang paling mudah untuk menjadi senang.

Jalan penyelesaiannya, aku lebih suka menderma terus ke tempat² yang sepatutnya tanpa melalui orang tengah. itu lebih selamat. macam rumah² orang tua & rumah² anak² yatim. contoh yang paling mudah adalah dengan menonton bersamamu TV3. betul tak ??



Fikir² kan....
Bersambung....

Te AMo