Thursday, August 11, 2011

:: Kandungan Gula yang tinggi semasa Hamil Buat Mood Tak berapa Stabil :: ::

Hyeeee semua....*nada suara yang tak de semangat dan mood yang baik*  
Semalam petang  Klinik Kesihatan Call aku,
Nak bagitahu aku keputusan Glukosa semalam la tue kan...
nurse tue cakap, kandungan gula dalam darah terlalu tinggi.. 10.3
fuuuyyyooooooooooooo mak datuk tinggi tue.. dah macam mak aku ajer..

tetiba aje ke "stress"san melanda petang semalam sampai la ke hari nie. seterusnyer membawa keletihan yang amat sangat sampai bangun sahur pun terlewat. akibatnyer, tak cukup air dalam badan pada waktu nie... dengan cuaca yang panas terik + Angin kipas yang tak terasa kat badan... buat mata mengantuk dan terus membuta kat dalam bilik air .. *port terbaeeekk punya*

mencuri sikit masa terluang sementara boss tak de nie, aku survey² lah info² berkaitan dengan kencing manis ketika hamil.. so terjumpa satu website nie, yang beri banyak info tentang kehamilan. yang paling mengsukacitakan portal tue cakap :
mereka yang hamil kembar, lebih berisiko untuk mendapat kencing manis.

Itu yang mengsukacitakan *betul ker perkataan aku ni*. tapi lebih banyak risiko yang berbahaya menanti kalau tak dikawal.

 sekiranya tidak dirawat, ianya akan membahayakan bayi dalam kandungan. sekiranya tidak dapat dikawal dengan baik, bayi mungkin akan menjadi terlalu besar dalam rahim menyebabkan kesukaran untuk melahirkan dan boleh menjurus kepada pembedahan ceasarean. ...


 Apa yang aku faham kencing manis ketika hamil berlaku dimana badan kita tidak berupaya untuk memproses gula dalam badan, menyebabkan badan tidak dapat makanan yang secukupnya.Wanita yang mempunyai risiko selalu diuji sama ada mereka mengalami kencing manis atau tudak selalnya pada kandungan berusia 28 minggu.. tapi aku 19 minggu Nurse dah nak cek.. pada masa ini uri mengeluarkan hormon dengan banyak dan menyebabkan gula kebal kepada insulin

Faktor-faktor penyebab kencing manis ketika mengandung :

  • Pernah mengalami kencing manis semasa kandungan terdahulu
  • Berlebihan berat badan 
  • Lebih Usia
  • Mempunyai penyakit darah tinggi
  • Pernah melahirkan bayi 4kg ke atas
  • Mempunyai ibu dan ayah yang mengidap kencing manis 

Bagaimana ia Dirawat :
  • Mengurangkan pengambilan karbohidrat
  • makan makanan yang mengandungi banyak bitamin dan zat galian
  • Amalkan senaman setiap hari 

Makanan Yang Perlu Dielakkan :
  • Gula
  • Gula Melaka
  • Coklat
  • Jem
  • Madu
  • Sirap
  • Biskut-biskut yang manis
  • Susu Pekat
  • Minuman Ringan
  • Gula-gula Jeli


Makanan Yang Perlu Dikurangkan :
  • Nasi
  • Roti
  • Ubi kentang
  • Ubi Keledek
  • Jus
  • Kelapa
  • Daging Kambing
  • Buah-buahan jeruk
  • Bahan-bahan Tenusu 

  Makanan Yang Boleh dimakan dengan Bebas :
  • Serbuk Lada
  • Rempah-rempah
  • Serbuk Kari
  • Cecair - air, teh, kopi, Jus tomato dan limau, sup cair
  • Sayur-sayuran 
nurse tak kan amik darah aku cenonet cam ner punya.. +__+


So, pasnie kena kawal makanan. sebab 15 Aug nnti kena buat ujian darah lagi sekali.  4 kali pulak tu kena ambik darah. birat la tangan aku nie jawabnyer.. Doa-doakan lah aku bebas dari kencing manis ye kawan-kawan semua !!

Te Amo