Friday, August 12, 2011

:: Antara Non-Stick Rice Cooker Dengan Stick Rice COoker ::



Hye reader, hye kawan²…
Selamat menjalani ibadah puasa yang ke 12 hari… sedar tak sedar dah hamper 2 minggu kite berpuasa kan ? buat setakat ni, aku terpaksa ponteng puasa sehari gara² air glukosa ? cehh.. ingatkan tahun nie dapat la kiranya menamatkan sebulan puasa tanpa ponteng.. tapi ape nak buat..  +__+

Kali nie aku nak bercerita mengenai periuk nasi.. sapa tak tahu periuk nasi sila pergi masuk zaman batu hokey.. kiehekehehhhh.. sekarang nie, zaman semakin modern. Periuk nasi pun semakin moden. Kalau dulu periuk nasi hanya digunakan untuk memasak nasi ajer.. tapi disebabkan kecanggihan teknologi sekarang. Maka lahirlah periuk nasi yang serba boleh. Boleh mengukus, boleh membuat cake dan membuat roti..
::  Multifuction rice cooker yang boleh masak kek ngan roti ::

Mesti kau orang kata aku nie merepek kan? Haiiiyyaaaaa.. aku tak tipu la.. memang ada periuk nasi cam tue…  salah satunyer Toshiba Digital Rice Cooker. Selain daripada tu, Panasonic pun ada juga rice cooker jenis macam nie.. canggih tak ?

Selalunya rice cooker sebergini mempunyai non-stick pot. So, kalau kau orang masak nasi ker aper ker, ianya tak melekat kat pot tue. Senang nak cuci. Jimat beras ! kihekhehhhh

Tapi tau tak? Non-stick pot ni ada keburukannya.. ini berdasarkan pengalaman aku menggunakan non-stick pot. Selalunya nasi yang kita masak menggunakan non-stick pot mempunyai wap air dibawah kerak nasi yang berfungsi sebagai pelincir seupaya nasi tu tak melekat pada pot tu. Tapi jika kita off switch periuk nasi tue. Sure confirm Nasi akan cepat basi. Kalau ko orang masak waktu pagi.. sure confirm petang dah basi. Tapi kalau ko orang sentiasa on karen, nasi memang tak basi tapi nasi jadi keras macam kerak sebab terlalu panas. Lagi satu pembaziran bil karen sebab kena on switch selalu. Selain itu, tak maknanya jimat beras. Sebab kalau tak on switch, nasi akan jadi basi. Tak kan la kita nak masak nasi berpuluh-puluh kali dalam satu hari semata² tak nak nasi basi kan ? tak kan la nak on switch 24 jam?

So, untuk menyelamatkan duit poket aku dan ko korang semua, aku suggestkan periuk nasi yang tak de function non-stick tu. Biarlah dia nak berkerak pun, kalau ianya lebih menjimatkan bil karen kita dan juga belanja dapur kita. Betul tak… ??