Saturday, July 30, 2011

:: Salam Ya Ramadhan ::

Alhamdulillah....
dengan izin-NYA aku diberi kesempatan untuk menyambut bulan Ramadhan. Selamat Menyambut bulan Ramadhan kamu-kamu semua. semoga Amalan di bulan Ramadhan kali ini lebih berkat dari tahun-tahun sebelumnya..

bezanya, Ramadhan kali nie, kena bangun awal dari orang lain untuk sediakan makanan untuk sahur untuk bucuk.... nampak gayanya  tak chance lagi la nak bangun last dari orang lain.. yang jadii masalahnye.. dapat ke aku bangun awal tiap-tiap pagi... ^___^


nie la gamaknyer menu sahur yang paling mudah untuk aku sediakan time sahur nnti ... ^__^

Ramadhan kali ini, aku berpuasa dan pregnant.. buleh tak ekk.. nak berpuasa ? sebab hari-hari biasa perut nie asyik lapo aje... makan tak pernah kenyang....

tapi aku anggap ini semua satu cabaran... akan aku sahut cabaran itu... Malaysia Boleh !! keikhehehee...

dikesempatan ini, aku nak mintak maaf kepada semua pembaca-pembaca setia andaikata ada yang terasa setiap artikel yang aku tulis sepanjang berblogging nie...


Te Amo

Wednesday, July 27, 2011

:: Derita Morning Sickness ::

pada tahap awal kehamilan, ramai yang akan menghidapi penyakit yang satu nie. morning sickness nie ibarat isi dengan kuku dengan peknen kan ? penyakit yang sinonim ngan morning sickenss nie adalah, loya, muntah² sakit  kepala . ada sesetengah orang, si suami yang akan mengalami simptom² macam nie. tapi sure la berapa peratus dan berapa ramai.

tapi kenapa mesti ada morning sickness nie ? dari segi medical, morning sickness nie terjadi disebabkan oleh :
* Peningkatan tahan hormon estogen
* Gula dalam darah rendah [hipoglisemia]
* Progesteron yang meningkat yang membawa lebihan asid dalam perut
* Peningkatan dalam gonadotropin korionik manusia. ia lebih berkemungkinan  gonadotropin korionik manusia yang merangsang ovari ibu untuk merembeskan estrogen yang seterusnya menyebabkan loya
* Peningkatan kepekaan terhadap bau
* Peningkatan dalam paras Bilirubin disebabkan enzim hati yang meningkat.
sumber nie aku dapat dari mr wikipedia, yang telah ditranslatekan oleh mr google... ^__^ 


Alhamdulillah.. masa trimester pertama dulu, tak ada morning sickness, bucuk pun tak alami morning sicness nie.. muntah ke loya ke, tak de pun. maknanya kesihatan berada ditahap yang memberangsangkan. baby faham kot, ibu dia nie dah sikit berumur, dah tak larat nak alami simtom² mcm tue.. ^__^

tapi adakalanya terkena sakit kepala yang kronik, yang memaksa aku ponteng kerja 2 hari berturut² setiap bulan *cehhh cehh terpaksa konon* ye la, kerja aku melibatkan pelanggan, cam no nak serve customer kalau keadaan kepala yang tak sihat? betul tak ? 

trimester pertama nie, aku kurang selera makan, sampai skarang. cerewet nak mampos bab makan. sampaikan time nak makan aje boleh jadi moody sebab makanan semua tak menepati citarasa. dulu Ayam tue makanan wajib tapi la nie, ayam tue aku pandang sebelah mata aje. tak heran pun ? kikeheehhhhh....

Udang  Sambal lagi sedap berbanding Ayam sekarang nie ..

sampai satu tahap tue berat badan turun 1.5 kg. Nurse suruh aku makan banyak².. weiii aku nie hantu makan hokey, tapi entah kenapa la susah sangat nak makan skrang nie......

skarang nie dah masuk trimester kedua, berat badan pun dah naik sikit, cuma selera makan tak de lagi.. sekarang nie dah mula rasa baby berdenyut² kat dalam... seronoknya !!!!

Te AMo


Monday, July 25, 2011

:: Amat² perlukan benda Ini ::

hyeeee semua...
kau orang suka tak cuci baju guna tangan ?? mesti tak suka kan ? tapi aku suka. baju lebih bersih, bau lebih wangi.. iyeeee.. sebab tue bila mak aku suruh bungkus baju bawak balik umah dia basuh guna mesin basuh, aku tak mo.. sebab tak berapa nak wangi..

tapi sejak pregnant nie, dah tak larat dah nak mencuci pakai tangan. bukannya sakit tangan. tapi sakit nak mencangkung. heheeee... nie semua disebabkan perut yang semakin hari semakin membesar...

jadi aku ama² memerlukan MESIN BASUH .... tapi konfius nak pilih yang mana satu.. mana satu lagi best. Toshiba ke Panasonic.
Toshiba Washer AW8480 - Jaminan Moto 5 Tahun, Computer Board 3 Tahun, Lain-lain kerosakkan 2 Tahun, Comel 6.5 Kg ajer, Cover transparent warna Biru.. Kalau ikut pengalaman sebagai jurujual yg terlatih *uiiikk sila pengsan*  jenama nie jarang rosak.


Panasonic Washer Model NA-F65B2, Jaminan Motor 5 Tahun, Computer Board 3 Tahun, Lain-lain kerosakkan 2 tahun. Warna Hitam kelabu. comel jugak.. ! tapi barang Panasonic sekarang sukar diramal. kalau tak bernasib baik, dapat set yang selalu sgt rosak.

so yang mana satu ekk nak beli.. harga Panasonic lebih mahal berbanding dengan toshiba... mana satu ekk..


Te Amo

Wednesday, July 20, 2011

:: Satu Dalam Seibu ::

Selamat Hari Lahir Bucuk !!!








ada lagi sorang yg menyambut hari lahir pada hari ini.. sape ekkk...




=



=




=



=





Hepi besday Shalily.... 1 tahun dah ekkk... 

Te Amo