Saturday, June 18, 2011

:: Perempuan Sekarang Malas Memasak ::

betul atau tidak, kebanyakkan perempuan sekarang malas nak memasak. terutama sekali pada mereka yang berkerjaya.. ngaku aje la.. keiheehhhh.. tapi tak semua la.. ada sebahagian saja.. 

contoh terdekat adalah AKU. keihekhh... aku mengaku yang aku mula malas nak memasak. tak tahu la kenapa. kalau nak masak tue, ada aje perasaan tak sihat datang. pening la, nak muntah la. orang kata pembawakan budak. tapi bucuk selalu cakap, jangan nak salahkan baby, salahkan diri sendiri.

sebenarnya, bukan aku malas nak memasak, tapi bosan masak benda yang sama aje. balik² nasi lemak, udang masak pedas, ayam masak pedas, sayur goreng. bla.. bla. bla.. macam tak de idea nak masak. bucuk pun naik boring agaknye makan benda yang sama aje.

bila hari² makan masakan kedai, rasa boring pulak, nak makan makanan masak sendiri. skodeng² kat internet, resepi² yang lain dari yang lain. jumpa website ni. macam-macam ada.. ingat ASTRO aje macam-macam ada !!

kat website ini, bermacam² jenis masakan yang kamu semua boleh cuba. yang tak reti masak gerenti boleh masak. matgebu yang femes tue pun ada post resepi kat sini tau.

carilah resepi yang kamu nak masak kat sini



macam-macam ada .. ^____^


aku pernah cuba resepi untuk masak lontong. memang menjadi..


ini grupanye Lontong yang pernah aku masak guna resepi kat MYRESEPI 


so jangan cipta 1000 alasan macam aku, kenapa tak nak masak, kenapa tak tahu masak. pokok pangkal pada hati kita. tak kan selama²nye kita nak makan dari air tangan mak kita, atau orang gaji kita. tak kan tak nak dengar pujian dari hubby kita, yang masakan kita sedap? betul tak? so selamat mencuba kawan².. tak rugi ape pun kalau mencuba ..!


Nota Kaki : Nak cuba resepi nasi beryani pas bersalin nanti.. ^___^ . kiehkehhhh 6 bulan lagi la jawabnye..

Te AMo