Wednesday, June 22, 2011

:: Aishwarya rai Pregnant Jugak lah .. ::

Skarang nie musin peknen ker.. ?? keihkehhhh.. gamaknyer la kan. pagi tadi dapat berita kat yahoo.com tentang pelakon bollywood yang comel nie peknen jugak. Bapa mertua dia annouce kat twitter lagi. isk.. iskk excited  betul kan Amitabh Bachchan  nak bergelar datuk nie..


nie antara tweet yang dihantar oleh dadaji ^____^   keihkehh.. 




Tahniah aishwarya Rai !! jaga kesihatan, makan dengan banyak. tak sabar la nak tengok perut boyot aish.. hahaa... seksi tak agaknyer...

Nota Kaki : Perut sendiri pun tak boyot² lagi.. +_____+. dah masuk 3 bulan da....

Te Amo

Tuesday, June 21, 2011

:: fesyen melampau Siti Nurdiana ::

kenapa boleh jadi macam nie.. aku pelik la .. tak kan la nak buat come back perlu berimej macam nie.. nak ikut peredaran fesyen sekali pun tak yah la nak mendedahkan segala yang dulunya tersembunyi..


sepatutnya, penghijrahan itu menuju kearah kebaikkan bukan sebaliknya..

Nota Kaki : Kenapa selepas menjunjung title JANDA mesti nak pakai yang seksi²... ?? 
psstt.. isu ni dah lapok ke ? haaaaa...

Te Amo

:: Wordless Wednesday #1 ::



Te Amo

:: Kenapa Daging Khinzir tidak boleh dimakan ? ::



ramai orang islam tahu yang daging khinzir nie haram di makan. tapi tau tak kenapa ianya haram? sebelum ni, ape yang aku faham, daging khinzir nie ada cacing yang tak kan mati walaupun babi tue mati.. ahhhh.... cube la bayangkan camne benda ni bila dah masuk dalam perut si pemakan ?? eeeiiiiiii tok seh la nak bayangkan..

sebenarnya daging khinzir mengandungi jumlah ' Histamine' dan 'imidazole' yang sangat berlebihan. kedua-dua bahan ini akan menbawa kepada masalah gatal dan radang. selain daripada itu, ia juga akan menyebabkan kepada masalah pembengkakan dan lebihan lendir di 'tendon' dan tulang rawan sehingga  mengakibatkan radang sendi, penyakit 'rheumatism' dan banyak lagi.

makan daging ini juga akan menyebabkan masalah batu hempedu dan masalah obesiti. kesan daripada tahap kolesterol tinggi dan lemak yang ada padanya.

daging ini mengandungi cacing 'taenia solium', sejenis cacing pita yang akan merentasi usus dan merosakkan organ-organ dalam yang lain.

sumber : Majalah Rapi 15 june 2011

nota kaki : ini lah kenapa Islam mengharamkan pengambilan daging ini... adeeeehhh nak cakap daging apepun tak terseor...

Te Amo


:: Selamat ke Minum Kopi sewaktu Mengandung ::

aku sebenarnya penggemar kopi. secara lebih tepat lagi. Nesface terutama nescafe latte. setiap hari aku akan buat pelaburan kat kedai pajak dekat ngan kat tmpt kerja aku tue rm 2.00 sehari.. cube ko orang kira, kalau sehari rm 2.00, 26 hari dah berapa. tue untuk Nescafe aku aje tau.. lum lagi makanan sampingan.

orang kata, ibu-ibu mengandung nie tak elok kalau minum banyak kafein. ari tue ringan mulut aku nie tanya ngan nurse, kalau aku minum kopi ada effect tak kat baby. dia cakap, kalau aku keep going makan ubat, menda tue tak jadi masalah.

macam iye tak ye aje kan... pas tue terjumpa satu artikel kat majalah rapi 15 june 2011. artikel tu cakap,

pengambilan kopi tidak memberikan kesan terhadap keguguran tiba-tiba dan pelbagai masalah kehamilan yang lain. walaupun wanitu itu adalah pengamal kopi tegar, risiko keguguran hanya 1.3 kali sahaja berbanding dengan wanita hamil yang tidak mengambil langsung kafien.
so, pasni aku leh minum nescafe dengan senang hati... !! dan boleh menang rumah idaman dari nescafe tak pun boleh try minum teh Boh yang Ummmp.. teh pun sedap tau... !!



Te Amo

:: Pantang Larang Sewaktu Mengandung ::

aku terjumpa pantang larang nie kat forum susuibu.com 
secara jujurnyer, aku copy paste aje.. malas nak type  ^_____^




Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua da selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.

Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.

Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.

Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.

Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.

Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.

Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.

Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.

Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.

Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:

Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.

Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.

Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut. 

Sejauhmana benar pantang larang ini. Namun apa yang penting di sini ialah sebagai bakal ibu dan ayah, manusia perlu senantiasa menjaga sikap dan tingkah laku, apatah lagi ketika hamil. Hanya kepada Allah s.w.t sahaja tempat hambanya meminta dan memohon agar tiada bala bencana ke atas kita sekeluarga InsyaAllah. Moga di anugerah anak yang comel lagi soleh. 

Sekian.



Nota Kaki : eekkkk sekian pun nak copy paste kan.. Malas sungguh aku nie

Te AMO


Monday, June 20, 2011

:: Secara Realiti wujud ker Spesis Mak Lampir nie ::

kata orang, kalau itu hak kita, kita sepatutnyer pertahankan. tapi macam mana ceritanya, bila hak kita tu kita pertahankan, tapi ade manusia yang tak berhati perut tue mengaku tu hak dia jugak.. ? sakit hati tak ?? sakit ooOOOO..

bukan sekali dua mak lampir nie, mencilok sales aku, berkoyan².. tak cukup lagi ker sales yang sendiri ada.. nak kebas sales orang lain. dah ler aku nie, bukan selalu sangat ada sales. 

hangit tau tak ? asal customer tue dah pernah datang, tak kira la beli barang ape. tue dah consider dia punya. lebih hangit, bila kita bersusah payah, berpeluh ketiak  smpi kering anak tekak nie melayan customer tue, tibe² dia datang kat customer tue, cakap " eh! ari tue dah datang kan ?" tak pun dia akan cakap macam ni " hai, jadi ker? " ko orang puas hati tak, bila sales ko orang semua kena bagi 2 dengan mak lampir nie.

kengkadang tue, bila aku sakit hati, aku ada gak buat macam dia buat. fuyooo...!! melenting tue, siap tulis kat cash bill lagi, "customer tak ada janji" tak pun dia cakap " harga tak sama" , " barang tak sama". walhal time part dia cilok sales orang, tak kira la orang tue bila ape, barang ape, dah janji ker tak. semua dia bolon. kira dia punya. 

lagi sedap, bila kita dah layan customer tue, siap bagi harga lagi untuk barang tue. bila customer tue datang balik nak beli barang , secara kebetulan kita pulak tak ade, dia bolon sorang² sales tue. nak kabur mata kita, dia bagi kurang lagi harga tue. harap² kita tak perasan. 

busuk tak hati mak lampir nie. lebih menyakitkan hati lagi, sebelum customer tue deal dengan dia, kemain lagi baik dengan kita, tapi bila dah deal dengan dia, customer tue tengok muka kita macam tak puas hati. nak tegur kita pun dah tak de. itu maksudnye, mak lampir nie dah memburuk² kan salesgirl lain. bukan aku sorang aje yang kena. salesgirl lain pun dah kena.

sebab tue la, kenapa aku tak berkenan ngan mak lampir nie. kalau kat kedai nie, tinggal aku ngan dia aje, mampus aku tak kan bercakap dengan dia. tak de kawan pun tak pe la kalau dapat kawan yang tikam belakang.

pernah sekali tu, ada sorang salesgirl nie, layan customer mak lampir nie, salesgirl tue sound kan mak lampir tue " customer tak nak ngan akak". tapi mak lampir nie tak puas hati, ikut aje bontot customer tue. last² customer tue tak beli pun. yang memeranjatkan, phone salesgirl tue buleh hilang!! tapi seb baik jumpa balik. tau tak ape yang hilang, MEMORY CARD. pelik tak, phone tue jumpa balik kat tangga kedai sebelah.. pelik tak? kalau orang lain yang amik. phone tue mesti tak jumpa punya. kenapa memori card tue aje yang hilang !! 

kalan nak cerita peel mak lampir nie, sampai esok pun tak abis... tapi hati sakit sekarang nie.. !!





Saturday, June 18, 2011

:: Perempuan Sekarang Malas Memasak ::

betul atau tidak, kebanyakkan perempuan sekarang malas nak memasak. terutama sekali pada mereka yang berkerjaya.. ngaku aje la.. keiheehhhh.. tapi tak semua la.. ada sebahagian saja.. 

contoh terdekat adalah AKU. keihekhh... aku mengaku yang aku mula malas nak memasak. tak tahu la kenapa. kalau nak masak tue, ada aje perasaan tak sihat datang. pening la, nak muntah la. orang kata pembawakan budak. tapi bucuk selalu cakap, jangan nak salahkan baby, salahkan diri sendiri.

sebenarnya, bukan aku malas nak memasak, tapi bosan masak benda yang sama aje. balik² nasi lemak, udang masak pedas, ayam masak pedas, sayur goreng. bla.. bla. bla.. macam tak de idea nak masak. bucuk pun naik boring agaknye makan benda yang sama aje.

bila hari² makan masakan kedai, rasa boring pulak, nak makan makanan masak sendiri. skodeng² kat internet, resepi² yang lain dari yang lain. jumpa website ni. macam-macam ada.. ingat ASTRO aje macam-macam ada !!

kat website ini, bermacam² jenis masakan yang kamu semua boleh cuba. yang tak reti masak gerenti boleh masak. matgebu yang femes tue pun ada post resepi kat sini tau.

carilah resepi yang kamu nak masak kat sini



macam-macam ada .. ^____^


aku pernah cuba resepi untuk masak lontong. memang menjadi..


ini grupanye Lontong yang pernah aku masak guna resepi kat MYRESEPI 


so jangan cipta 1000 alasan macam aku, kenapa tak nak masak, kenapa tak tahu masak. pokok pangkal pada hati kita. tak kan selama²nye kita nak makan dari air tangan mak kita, atau orang gaji kita. tak kan tak nak dengar pujian dari hubby kita, yang masakan kita sedap? betul tak? so selamat mencuba kawan².. tak rugi ape pun kalau mencuba ..!


Nota Kaki : Nak cuba resepi nasi beryani pas bersalin nanti.. ^___^ . kiehkehhhh 6 bulan lagi la jawabnye..

Te AMo

:: Oreo baik hati invite korang sambut father's Day bersama ::

hye readers... sekian lama menyepi kan.. semenjak peknen nie, MALAS itu bermaharajalawak bermaharajalela dalam badan.. tolong jangan salahkan aku yee... ini bukan pintaku.. *ekk apa merepek ni*

esok fathers's day kan ?? so, ape plan korang semua? nak celebrate kat mana? nak bawak bapa kemana ? errrmmmm..... sebenarnya seumur hidup aku, aku tak pernah lagi menyambut hari bapa nie.. sungguh aku tak tipu. jangan la kamu semua anggap aku anak yang tak mengenang jasa pulak ye.... *sepak kang*

aku tak tinggal ngan abah sejak umur 12 thn lagi. since mak abah bercerai la tue kan.. jodoh dia orang tak panjang. mase tu lum wujud lagi hari bapa nie. abah pun tak tinggal 1 tempat. kengkadang nak call pun payah. so lately, aku wish guna sms aje la.. harap² abah baca..

^_____^

so, sekiranya aku rapat dan mesra ngan abah aku, aku nak ajak dia pergi celebrate father's day dengan oreo.

kamu semua nak joint tak ? kalau nak joint kena lah register dulu kat SINI.  klik aje button register tu hokey . tapi kenapa kena register pulak ?? sebab kamu semua akan dapat ini :


sebelum itu, isi kamu punya data macam kat bawah nie , pas tue klik submit.


selepas itu, register comfirmation detail akan keluar. kat situ akan ada no register kamu semua. T-shirt yang macam kat atas tadi tue, akan diberikan percuma bagi 1000 peserta yang terawal mendaftar.

so, kengkawan yang nakkan T-shirt exclusive tue, daftarlah cepat. dan enjoy dengan bapa masing² bersama² aktiviti yang Oreo sediakan untuk kamu semua.

Tapi camne lak kalau tak dapat nak pergi kat sana ? jauh tue kat KL. kalau duk luar KL macam aku nie, cam ne nak sertai pulak?? ape kata kamu semua buat T-Card Oreo untuk bapa kesayangan kamu..  ape benda Alah T-Card nie.. T-Card nie, adalah Facebook application untuk buat T-Shirt digital untuk bapa kamu..

mula-mula ape yang perlu kamu semua buat, allow oreo application ini dalam facebook kamu.Pas tue page macam ini akan appear.
klik aje kat butang 'start now'




Declare  Your Love with Oreo T-card dengan 3 langkah mudah.. kamu semua ikut aje step dia. kalau dia suruh kamu klik. kau klik aje la.. 



kat sini ko bleh choose T-shirt yg macam mana kamu semua nak..



pastue boleh pilih colur ngan text yang kamu nak tepek kat T-Card kamu tue



pastue boleh pulak letak emoction ngan grafik. pilihlah yang mana paling cute untuk bapa kamu..


Pastue klik done, and system akan generate kamu punya T-Card


Tarrraaaa...!! dah siap pun T-Card kamu tue. ada 3 option untuk kamu sampaikan kepada bapa kamu. kalau  bapa kamu semua ada facebook atau email. bolehlah hantar terus. kalau tak de boleh print pastue pas kad bapa kamu.. tentu mereka suka.. !!

Selamat Mencuba..

Nota Kaki : Nak Buat satu untuk Bucuk.. hehehee.. suke tak ek dia nanti..

Te Amo.