:: Salah Mulut ke salah Niat ?? ::

April 13, 2011

selamat petang kamu kamu semua !! perut terasa amat kenyang sekarang nie, mata pun mula la terbayang² bantal dan tilam... keikehhhhhhh. tapi jangan baring atau tidur selepas makan hokey.. tak baik untuk perut kita.. kesian kat perut kita nanti, besar dan bulat yang penuh dengan lemak. adeeeeh!! *tutup muka malu*
ape nak cerita kali nie yee... memandangkan dah terlalu lama senyap sunyi sepi nie, bermacam² idea datang sekali puk dalam kepala aku nie. mencurah² cerita dalam kotak otak aku nie.. sampaikan terlupa ape yang nak diceritakan.. keihekehhhh sesungguhnye aku nie manusia yang semakin berumur dan tahap ingatan semakin kurang. emosi pun kadang² kala tidak stabil.. harap maklum! keihkehhhh ekk ketawa lagi....

pernah tak kamu semua rasa tak puas hati dengan ibu bapa kamu ?? mesti ada kan??cube tengok cerita² kat TV3, banyak cerita² yang mengisahkan anak² yang tak berapa setuju dengan kata² dan perbuatan ibu bapa mereka.. dah menjadi peraturan hidup, kita sebanyak anak harus patuh kepada ibu bapa kita selagi ianya tidak menentang hukum ALLAH S.W.T. betul tak.

tetapi kita sebagai anak, ada kalanya kita terasa dengan perbuatan ibu ayah kita. kengkadang tue, ibu bapa kita tidak menyedari bahawa perlakuan dan perkataan mereka ada kalanya menyakitkan hati si anak. ceh ceh ceh panas !!! mesti ibu ayah kat luar sana boikot lepas nie..


bila kita rasa tak puas hati, mestilah kita nak meluahkan rasa kan.. kamu rasa dengan sapa yang paling elok untuk kita nak meluahkan rasa tak puas hati tue ?? kalau kita meluahkan rasa itu, kat boyfriend, girlfriend, suami, isteri, kengkawan, sepupu sepapat ke, rasanya tak sesuai, pasal macam dah mengaibkan ibu bapa kita pulak kan ?? kan ?? orang yang paling selamat, mestilah adik beradik kita.

tapi adakalanya, time kita nak meluahkan perasaan, tapi biasalah kan time nak meluahkan itu, kita mesti beremosi sikit. disebabkan itu, kadangkala adik beradik tak dapat nak terima bila kita meluahkan rasa tak puas hati tentang ibu bapa kita. yang paling menyedihkan bila adik beradik yang selama ini, rapat dengan kita menjadi renggang... ibu bapa kita pula, cop diri kita anak derhaka.


kesimpulanya, beringat sebelum nak meluahkan rasa tak puas hati pada ibu bapa kita, jangan sampai ibu bapa kita cakap kita melayan meraka macam babbbbbbbbbbbbbbbbbi anjing pula. jangan sampai adik beradik kita cakap tak guna sembahyang tongang tongeng kalau dah derhaka dengan ibu bapa kita.  so renung² kan untuk kebaikkan bersama


Te Amo
Sayang Mak, Sayang adik²...

You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images