:: Kerja Ape yang Kamu buat lepas SPM ? ::

March 22, 2011

tak abih² lagi pasal SPM.. kiekehhhh... suka hati aku la.. ini belog saye.. !!
cuba ingat² balik, ape kerja yang kamu semua buat lepas abih SPM.. ?? ada yang duk melepak kat rumah, mengabiskan duit mak bapak.. ada yang tak sabar² nak kerja.. 

cam aku, pas abih SPM memang tak sabo la nak kerja. nak pegang duit sendiri. walaupun sebelum spm pun aku dah kerja kat tmpt pakcik asam, aku tak sabar nak kerja sepenuh masa. masa kerja kat tmpt pakcik asam tue. muak la jugak mengadap asam². asam pelam la, asam kecut la.. muakkk weeeeiii..
kerja pertama aku, kat pasaraya, kerja susun² barang.. seronok weiiii.. waktu kerja macam kerja kat office. masuk kerja 8 pagi, balik 5 petang. hahhaaaa...seronok kan ??

pastu aku kerja kat kilang. kilang wayer. tapi tak kekal lama. gaji ceput aje. pas tue aku kerja kat kilang baju. pun tak kekal lama. bosan sebab kena kejar target. pas tue aku kerja kat kilang elektronik. kerja operator seminggu, pastue apply kerja kerani. lama la jugak kerja kerani kat situ. adalah dalam  2 3 bulan. pastue berhenti sambung belajar.

disebabkan dah seronok pegang duit sendiri. masa belajar tue, aku kerja kat kedai letrik. sampai la skarang, aku masih kerja kat situ.. macam nak sign kontrak mati kat sini.. aku pernah la jugak guna degree, cari kerja lain, tapi gaji tak memberangsangkan. lagi tinggi gaji aku kat sini !!

macam tak berbaloi pulak belajar tinggi², ada degree tapi gaji yg dia orang bagi setakat SPM aje.. jahat tau dia orang nie ....

Te Amo

You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images