:: Ape jadi dengan result SPM kamu ?? ::

March 22, 2011

Selamat Pagi !!!!!  cechehhh pagi lagi ke nie?? 
kalau ikutkan jam sekarang dah pukul 12.46 pm. result SPM dah kuar dah kan... 
kepada adik² yang result nyer super fabolus.. tahniah di ucapkan... pada adik² yang resultnya suam² kuku aje... jangan patah semangat.. SPM bukan segala² nya.. ada yang result SPM tak gempak mana pun, tapi berjaya dalam hidup.. ada yang SPM gempak giler babi,  tapi kerja macam hapraq.. hahaaa.. macam terkena kat batang hidung sendiri pulak.. keiekehekehhhh..


sekarang nie, tak lulus SPM pun boleh masuk universiti.. betul !! aku tak tipu. cuba cek kat mana² universiti swasta !!.. asal ada duit, ko orang boleh belajar kat mana² universiti. . kalau ko orang tak lulus SPM tapi berangan nak belajar kat Universiti kerajaan.. nasihat aku hentikanlah angan² mat jenin tue..

result Spm aku tak la berapa nak gempak.. tapi bagi family aku, dah kira gempak la jugak.. sebab aku ahli keluarga pertama yang cemerlang dalam SPM... pulak tue ahli keluarga pertama yang dapat menjejakkan kaki ke universiti. ahhaaaa.. walaupun universiti swasta tapi sekurang²nya aku dapat bangga kan mak abah aku.. ayah tiri aku pun bangga smpi menangis mase konvo aku.. kiekekehheee....


Nota Kaki tangan : Zaman sekolah lebih seronok berbanding dengan zaman bekerja. bila cikgu² cakap macam tue, aku tak berapa nak percaya. tapi sekarang aku baru percaya..

You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images