Tuesday, March 29, 2011

:: Tidur Itu Satu Nikmat ^_________^ ::

Wanita Tidur Lebih Lama Daripada Lelaki
Sapa setuju ?? angkat tangan !! keiheheheheee...
ada satu artikal nie kata wanita tidur lebih lama daripada lelaki (majalah rapi - keluaran mana lupa pulak nak cek). dia tulis macam nie

Sebuah kajian yang dilakukan oleh pakar masalah tidur di Loughborough University di England mendapati wanita tidur lebih lama daipada lelaki. menurut pakar, fungsi otak wanita adalah bersifat multifungsi kerana wanita lebih banyak menjalankan aktiviti seperti bekerja, menguruskan keluarga dan menjadi ubu. dengan beban otak yang berat juga, wanita tidur antara 20 minit lebih daripada lelaki untuk menyegarkan sel otak bagi menguruskan aktiviti harian
so, kepada para lelaki di luar sana, jangan salah kami orang² perempuan, kalau kami terlebih tidur, otak kami penat. aktiviti kami padat. keikehhhhh.. tidur itu nikmat hokey!!

Te Amo

:: Terfikir............. Ape kelebihan diri sendiri ::

sekarang nie perut tengah lapar.. pas tue kerja pun tak de nak buat.. makin rancak la perut nie mintak isi. walhal kertas berharga dalam poket macam ada tak ada aje.. ^_______^

bila dh tak ada kerja nie, mula la tangan nie gatal menyelongkar blog² orang, facebook dan twitter sendiri. tetiba satu soklah timbul. apa kelebihan diri aku nie. kalau tengok facebook orang, blog orang. masing² ada kelebihan diri sendiri yang membuatkan diri masing² unik.

aku pulak masih tercari² ape kelebihan yang boleh buat aku ni seorang yang unik. ape kebolehan yang aku ada selain daripada makan.. kehkehehhh makan itu nikmat hokey..
cuma kamu semua tolong fikirkan untuk aku boleh ?

Te Amo

Monday, March 28, 2011

:: Sila Perlihara Mood Waktu Pagi Kamu Semua ::


percaya atau tidak, mood waktu pagi akan mempengaruhi hidup kita seharian.. kamu semua mesti kena percaya.. hahaaa !! macam yang aku alami pagi² tadi. apabila mood yang indah macam taman tiba² di landa tsunami, sehingga ke saat ini, aku rasa macam nak tempeleng aje orang² yang buat lawak bodoh kat aku. aku rasa macam nak penyet² aje muka bos aku yang asyik² panggil nama aku. aku rasa macam nak hempas² aje tepon touch screen aku nie bila tepon bucuk tak dapat². memang hangit sungguh hari aku ni. 

cam ne aku nak buat supaya muka aku yang macam burung hantu nie, bertukar menjadi lisa surihani.. kehkehehh.. tak pun macam erra fazira.. kalau tak pun bertukar macam fasha sanda.. kehkehehhh..?? 
cam ne ek.. kalau still muka nie mcm muka burung hantu, sure comfirm pelanggan tak mau beli barang ngan aku, 

tiba² idea datang..

tulis menulis, melakar perasaan dalam blog !! hahaaa.. rasanya wajah aku nie dah bertukar jadi lisa surihani.. kiehekhh.. mood pun dah 100% okey.. ALHAMDULILAH.. pernah terbaca satu artikal (aku memang suka membaca hokey !) 
apabila kita tengah marahkan sesuatu, ambil pen dah kertas, dah lakarkan kemarahan itu dekat paper tue, pasti jiwa akan tenteram. 
dah terbukit terbukti ari nie, terapi nie memang berkesan. so kepada kawan² yang mood sentiasa berubah² sila pakai lebres ooPPss... cari pen & kertas laaa... tak pun cara yang paling mudah guna Blog. tapi awas ye.. jgn sampai menyinggung perasaan orang lain. bahaya! silap² kamu semua kan disaman !!

Te Amo


Friday, March 25, 2011

:: Happy Birthday Lisa Surihani ::

aku suka dia !! suka !! suka !! sebab dia cute sangat .. hubby aku pun suka dia.. cecehcehhhhh!! artis lawa aje mesti dia suka... keiehkeiehhhh.. 

happy birthday lisa surihani.. semoga sentiasa cute meyut ... 

 baru 25 thn gupanye... perasan muda la aku nie !!


hampa la jugak hati bila tweet aku tak di layan..:P

:: Tips untuk menghadapi tekanan ::

Tengok gambar nie pun dah boleh jadi stress

dalam kehidupan, setiap orang pasti suatu saat akan menghadapi tekanan. tekanan nie macam warna² colourland yang comel² tue.. kiekeiehhhh.. sungguh !! cuba kita renung dalam².. bila kehidupan kita tak ada tekanan.. seronok ke??  tak ada cabaran kan ?? line clear aje.. mesti membosankan.. so, conclusion nye adalah  TEKANAN ITU COMEL !!

tapi kena hati² hokey, kadang kala tekanan boleh membuat diri kita hilang kawalan. sebagai contoh, pasal result spm tak berapa nak comel, pelajar ini mengambil keputusan untuk bunuh diri.. !! cehcehchehh.. singkat pemikiran budak sekor nie.(aku tak sure la pasal result spm ke ape ke..)



kepada adik² semua, jangan sesekali buat macam nie hokey ..

aku nak share dengan kamu semua 8 tip berguna untuk tangani tekanan..

  • tarikh nafas dalam² pas tue hembus perlahan². kawal diri, jangan mengelabah dan cuba berfikir dengan tekanan. 
  • senaraikan beberapa cadangan penyelesaian. cuba buat satu². manalah tau ada diantara cadangan kamu tu berkesan.
  • kalau ada teman rapat yang kamu percayai, cuba bercerita dengan dia. kekadang tue, kita susah nak berbincang masalah dengan keluarga. betul tak ? tapi percayalah, keluarga adalah yang paling tepat untuk kita bercerita tentang masalah kita.
  • bila kita hadapi tekanan, badan ngan otak kita penat. so berikan diri kita masa. buat sesuatu yang mengembirakan hati sendiri. kira sebagai hadiah la.. sebab fikiran nak kena fresh untuk kita ambil sebarang keputusan.
  • jangan terlalu serius dalam kehidupan. buat lawak sekali sekala.. ketawa dan senyum selalu. kalau terlalu serius sangat akan mengundang stress.
  • dengar muzik, membaca dan tengok wayang. hidup lebih santai
  • main game !! tak kira la playstation ke, game boy ke.. hahaa... ade lagi ke orang main game boy nie..
  • bagi orang islam.. berzikir. insyaAllah, hati akan lebih tenang..


selamat mencuba !!

Te Amo

Thursday, March 24, 2011

:: Tak Bayar Pinjaman Pendidikan, Nama Boleh Masuk CTOS ::

Percaya atau tidak ?? Kalau kamu semua ada buat pinjaman untuk belajar dan enggan bayar, nama kamu boleh di CTOS kan..?? benda nie kamu semua WAJIB percaya. sebabnya, ada sorang customer aku nie, nak beli barang secara ansuran. standard la kan, kena la cek nama kat CTOS. for the first time, aku jumpa Ctos report yang macam nie ..

so, kepada sesiapa yang ada hutang ngan badan² macam nie, jangan ingat nama kamu tak boleh disenaraihitam hokey.. macam iklan PTPTN.. " hidup mesti mengenang jasa" . sekian.

Te Amo

:: Ambil Anak Angkat untuk Hamil ::

Terbaca kat satu artikal kat majalah rapi. title dia " Ambil anak angkat untuk hamil ". serius! aku teruja.. !! keihkehehhh.. walaupun benda ini belum disahihkan kebenarannya... tapi sekurang² kita mencuba. tapi jangan pula terlalu taksub. jangan pulak anak angkat tue kita buat mcm batu loncatan.. bila kita di takdirkan punya anak sendiri, kita lupa pada anak angkat kita tue. 

anak angkat ke, anak sendiri ke, semua tue sama.. budak² semamangnya dilahirkan dengan keadaan yang comel² belaka. so kita kena hargai, berikan kasih sayang sepenuhnya & berikan anak² tue, didikan yang sehabis sempurna dan yang paling penting, jangan bezakan kasih sayang dan perhatian anda semua.
Macam aku, rasa bersyukur sangat² punyai anak angkat yang cukup² comel. ko orang ingat nak dapat anak angkat tue senang !! susah beb !! sebab tue aku amat² bersyukur. 

semua orang nak ada anak sendiri kan ? aku pun nak jugak. nak juga merasa mengandung, nak gak merasa alah² orang mengandung nie.. tapi Allah S.W.T belum nak beri aku rezeki tu. tapi dengan adanya budak kecik yang comel nie, tue pun dah memadai .. 

Semoga budak kecik ni sayangkan aku macam aku sayangkan dia... Amin


Te Amo

Wednesday, March 23, 2011

:: Sepetang di Zoo Johor ::

minggu ari tue, kiranya terlepas la hajat hati aku nak g zoo johor..
haha gelak².. aku tak kisah, 

selama 31 tahun duk kat johor ni, ni kali la aku dapat menjejakkan kaki kat sini. seronok beb !!
anak aku pun suka tengok haiwan² kat zoo nie. nampak gayanya. dia mengikuti jejak langkah ibu dia. sayangkan  haiwan. 

Harga Tiket : RM 2.00
Animal Show : RM 1.00 
Murahkan ?

zoo nie sebenarnya adalah hak milik Sultan Johor. baginda suka memburu. so zoo nie adalah tempat dia menyimpan haiwan² buruan baginda. Sultan pun sayangkan binatang !!

 antara haiwan yang ada kat Zoo

Family Saya


Te Amo

:: Maaf Hajat Kamu tak Terlaksana !! ::

Happy Birthday To You
Happy Birthday To You
Happy Birthday To Amarlisa
Happy Birthday To You 

Birthday wish ko tu melampau sangat.. nak suruh kami semua buat suprise datang puncak alam celebrate birthday ko.. konon² suprise la.
ape kata tahun depan ko seponser kita orang duit tambang, duit kek bagai kalau nak kita orang buat suprise !  konfirm 101% kita orang datang !! haahaaaa...

Nota Kaki : Suka tau suruh² orang buat suprise.. tak malu !!


Tuesday, March 22, 2011

:: Kerja Ape yang Kamu buat lepas SPM ? ::

tak abih² lagi pasal SPM.. kiekehhhh... suka hati aku la.. ini belog saye.. !!
cuba ingat² balik, ape kerja yang kamu semua buat lepas abih SPM.. ?? ada yang duk melepak kat rumah, mengabiskan duit mak bapak.. ada yang tak sabar² nak kerja.. 

cam aku, pas abih SPM memang tak sabo la nak kerja. nak pegang duit sendiri. walaupun sebelum spm pun aku dah kerja kat tmpt pakcik asam, aku tak sabar nak kerja sepenuh masa. masa kerja kat tmpt pakcik asam tue. muak la jugak mengadap asam². asam pelam la, asam kecut la.. muakkk weeeeiii..
kerja pertama aku, kat pasaraya, kerja susun² barang.. seronok weiiii.. waktu kerja macam kerja kat office. masuk kerja 8 pagi, balik 5 petang. hahhaaaa...seronok kan ??

pastu aku kerja kat kilang. kilang wayer. tapi tak kekal lama. gaji ceput aje. pas tue aku kerja kat kilang baju. pun tak kekal lama. bosan sebab kena kejar target. pas tue aku kerja kat kilang elektronik. kerja operator seminggu, pastue apply kerja kerani. lama la jugak kerja kerani kat situ. adalah dalam  2 3 bulan. pastue berhenti sambung belajar.

disebabkan dah seronok pegang duit sendiri. masa belajar tue, aku kerja kat kedai letrik. sampai la skarang, aku masih kerja kat situ.. macam nak sign kontrak mati kat sini.. aku pernah la jugak guna degree, cari kerja lain, tapi gaji tak memberangsangkan. lagi tinggi gaji aku kat sini !!

macam tak berbaloi pulak belajar tinggi², ada degree tapi gaji yg dia orang bagi setakat SPM aje.. jahat tau dia orang nie ....

Te Amo

:: Ape jadi dengan result SPM kamu ?? ::

Selamat Pagi !!!!!  cechehhh pagi lagi ke nie?? 
kalau ikutkan jam sekarang dah pukul 12.46 pm. result SPM dah kuar dah kan... 
kepada adik² yang result nyer super fabolus.. tahniah di ucapkan... pada adik² yang resultnya suam² kuku aje... jangan patah semangat.. SPM bukan segala² nya.. ada yang result SPM tak gempak mana pun, tapi berjaya dalam hidup.. ada yang SPM gempak giler babi,  tapi kerja macam hapraq.. hahaaa.. macam terkena kat batang hidung sendiri pulak.. keiekehekehhhh..


sekarang nie, tak lulus SPM pun boleh masuk universiti.. betul !! aku tak tipu. cuba cek kat mana² universiti swasta !!.. asal ada duit, ko orang boleh belajar kat mana² universiti. . kalau ko orang tak lulus SPM tapi berangan nak belajar kat Universiti kerajaan.. nasihat aku hentikanlah angan² mat jenin tue..

result Spm aku tak la berapa nak gempak.. tapi bagi family aku, dah kira gempak la jugak.. sebab aku ahli keluarga pertama yang cemerlang dalam SPM... pulak tue ahli keluarga pertama yang dapat menjejakkan kaki ke universiti. ahhaaaa.. walaupun universiti swasta tapi sekurang²nya aku dapat bangga kan mak abah aku.. ayah tiri aku pun bangga smpi menangis mase konvo aku.. kiekekehheee....


Nota Kaki tangan : Zaman sekolah lebih seronok berbanding dengan zaman bekerja. bila cikgu² cakap macam tue, aku tak berapa nak percaya. tapi sekarang aku baru percaya..

Wednesday, March 16, 2011

:: Azam di tengah² minggu ::

Haii selamat pagi semua !! wah !! wah !! bersemangat betul aku ari nie.. sebabnya dengan berkat kerajinan aku hari ini, aku telah punch card pukul 10.36 am.. keihekiehhh.. budak² kat office nie semua senyum² kambing bila tengok aku pagi² dah nampak batang hidung.. datang lambat mengata, datang cepat pun mengata.. nie la manusia !!



sementara semangat masih berkobar² nie, aku nak settelkan segala kerja² yang tertangguh nie, so petang² nnti boleh la aku menjadi salesgirl sepenuh masa.. tak mo dah putih mata tengok orang lain sedap² dapat tangkap ikan besar, sedangkan aku nak dapat ikan bilis pun susah !! tiap² pagi bila tengok sales report, rasa macam nak menangis, pasal graf nye macam tak mo naik²..
cayooookkk !! hebatkan usaha anda hari ini eita !! yess !!


 Te Amo
 

:: Jangan Jadi Spesis Talam Dua Muka ::

syok sangat ke jadi spesis talam dua muka nie ?? depan orang nie, kemain lagi manis mulut kamu, tetapi kat belakang orang tu, macam² kamu cerita tentang dia. seronok ke ?? menjaja perihal orang tue.. ehehehhh ter emosi la pulak.. kehekehhhh

terlalu banyak manusia bersikap talam dua muka.. sebenarnya, spesis ini, datangnya dari kalangan orang² yang dekat dengan kita. contohnya, kawan², jiran tertangga, ada juga dari ahli keluarga. macam mana spesis nie ujud ?? eeekkkkk.. susah nak cakap. tapi ini semua bermula dari hati yang sakit. sakit hati sebab cemburu tentang kejayaan orang lain, sakit hati tentang kelebihan orang lain. betul tak ??

dunia sekarang nie, kita tak boleh mempercayai orang 100%, even 70% pun tak boleh. selalunya, apabila kita terlalu mempercayai orang tu, ape² hal kita akan bercerita dengan dia, sampaikan masalah keluarga pun kita akan luahkan kat dia. kalau kita bercerita dengan orang yang betul. selamat la kamu. kalau kita terbecerita dengan orang yang salah, satu dunia tahu tentang masalah kamu.

kalau bergosip sesama sendiri kat tempat kerja pun kena hati². takut² tercerita dengan orang yang ada dua muka. silap² imej diri sendiri akan terjejas. so.. ape kesimpulannya ??

kesimpulannya, simpan cerita peribadi kamu itu untuk orang² yang betul² hampir dengan kamu. Mak, ayah, adik beradik, suami, isteri .. kalau cerita dengan kengkawan, takut satu hari nanti, kawan makan kawan.. bukan nak kata semua kawan tu tak baik, tapi nak cari kawan yang sama² susah, payah nak cari.

percayalah, cuba tanya dengan diri sendiri, ada tak kawan kamu yang sanggup susah sama².. ?? kalau kamu jumpa kawan seperti ni, please jaga dia baik². itu bukan bermaksud, kamu kurung dia dalam sangkar ye !! ehheeee.. jaga silaturahim kamu, sebab kawan spesis nie susah nak cari.

kalau kamu tanya, aku ada kawan sama² susah tak ?? jujur aku cakap, TAK ADA.. sebab ada di antara  kawan yang aku jumpa spesis talam dua muka !! jahatnya kamu !!

Nota Kaki : kawan jenis nie banyak menyusahkan hidup kita dan akan memporakperandakan hidup kita dan akan merosakkan imej kita kat mata orang lain.

Te Amo

Tuesday, March 15, 2011

:: Irma Hasmie comel bila Bertudung kan ?? ::

 Alhamdullilah, sekarang ini semakin ramai selebriti yang telah bertudung.. Amin !! kalau dulu, bila bertudung, rezeki di medan popular ini terbatas, sekarang dah tak lagi. syarikat² yang berkaitan dengan dengan penyiaran, produksi filem  dan sebagainya, dah boleh terima apabila sesorang selebriti tue mengambil keputusan untuk bertudung. ada yang selepas bertudung, rezeki mereka bertambah²... wah !! wah !! well done malaysian !!


terbaru nie, cik adik manis Irma Hasmie. comel betul la minah nie bila dah bertudung.. hahaaa !! macam aku pulak ! okey pengsan!


Wardina pun comel sejak bertudung kan ??


selebriti nie pun comel bila bertudung kan ?? keihkehhh pengsan!!

Te Amo

Monday, March 14, 2011

:: Si Burung biru Yang Comel nak tolong Kita bagi Ringgit Malaysia ::

cuba tanya dengan diri sendiri, ape tujuan kita online ?? untuk suka² ??.. untuk mengisi masa terluang ?? dan ada yang online sebab nak berniaga, untuk mencari pendapatan sampingan.. betul tak.. banyak sgt skim² yang tak masuk akal kat online nie. tapi sekarang ada cara baru untuk mendapatkan pendapatan sampingan . . pulak tu tak payah keluar 1 sen duit pun ?? waaa weeiii !! betul, aku tak tipu !! yang penting kerjasama !! keihkehh.. yang penting rajin !! mana ada orang malas berjaya ?? betul tak ??

meh sini aku mai babaq. ada burung comel yang murah hati nak bagi kamu ringgit malaysia. bukan bagi free aje ekkkkk.. kamu semua kenalah bekerja... hahahaaa !! betul la.. nak menang duit no ekor pun kena kerah otak bekerja !! ceh ceh !!

ape benda la nie weeeiiiii!! keiekehhhh pernah dengar CHURPCHURP !! kalau sesiapa yang ada blog, mesti tau dah CHURPCHURP nie.. kalau tak de blog pun bleh joint jugak.. guna facebook atau Twitter pun boleh..

daftarkan diri kamu semua kat sini !! klik kat sini. pastu isi form yang disediakan.. pastue klik submit.. tarrraaaaa ! kamu dah jadi pun ahli CHURPCHURP nie..

lepas register, kamu akan diberi tugasan.. tugas kamu hanyalah mempromosikan setiap iklan yang diberi dekat facebook, twitter ataupun blog. pendapatan akan dikira berdasarkan bilangan klik yang kamu dapat melalui link yang diberi.. mudahkan !! kalau kamu semua ramai follower lagi masyukkk la ringgit malaysia untuk kamu ..

andai kata kamu semua tak berapa nak faham, boleh tgk kat slide di bawah ..

Tak rugi ape pun kalau joint. tak kuar sesen pun duit ...
Klik kalau suka hokey !!

Selamat Mencuba !!

Te Amo
 

:: Bagaimana Nak cipta Hidup bahagia ::

 credit to tigaserangkai

Sapa tak nak hidup bahagia !! angkat tangan?? Khekehehhhhh.. okey² dah.. sapa la manusia yang bertuah tue yang tak nak hidup bahagia... rasanye kena duk kat zoo !! even kat zoo pun banyak haiwan² merasa bahagia kat sana walaupun duk terkurung aje kan?? 
macam mana nak cipta rasa bahagia tue ?? setiap orang mesti ada cara mereka tersendiri.. ada yang duk berkepit bawah ketiak mak akan rasa bahagia.. ada yang dapat makan sedap² akan rasa bahagia .. cehcehhhh! rasa macam terkena dekat batang hidung sendiri aje !! kehekhehh...

secara menyeluruhnye, untuk merasa nikmat bahagia itu bukan sesuatu yang mudah.. lebih² lagi bila kehidupan kita dah lali & terbiasa dengan kehidupan yang tak bahagia... kan ?? kan ?? oleh yang demikian cehcehehhh skema , mcam nak buat surat untuk MR W aje !! cara paling skema untuk bahagia adalah :

Solat !!
sebagai seorang muslim, solat itu adalah wajib. Solat dapat mencegah diri kita daripada melakukan perbuatan yang mungkar yang akan merosakkan hati kita. dan apabila kita bersolat, secara tidak langsung hati kita akan tenang. Nak pelihara hati bukan sesuatu yang mudah. Hati yang berpenyakit, akan selalunya merosakkan hidup diri sendiri dan jugak orang lain. Sapa setuju !!!

Jauhkan berhutang !!
ini adalah faktor utama.. elakkan diri dari berhutang. jangan la pulak, ko orang nak beli rumah, nak beli kereta , ko orang nak bayar cash. mampus ko orang kena keja ngan Income tax. tapi kalau kau orang tak kisah its hokey! maksud aku kat sini, berhutang perkara² yang tak penting, macam barang keperluan rumah. Peti ais, mesin basuh, tv barang² runcit.. keihekehhh.. pastue ada yang sanggup berhutang nak beli hP yang canggih semata² untuk dilihat Up To Date... so, tak payah hokey.. nanti, benda ini akan menyusahkan hidup kamu.. tak caya ?? cuba tanya aku !! keihekhhhh..

Menghormati orang lain
ini juga faktor penting, sila hormat orang lain & hak orang lain, kalau benda itu bukan hak kamu, sila jangan ambil. kalau itu bukan sales kamu, sila jangan nak cilok !! hahaaaa... ini entry khas untuk mak lampir.. sungguh !! jangan nak cilok² sebab ko orang mesti kena sumpah seranah !! so, kalau dah kena sumpah seranah mestilah hidup ko orang tak kan rasa bahagia !!

Bersyukur & bersederhana
bersyukur dengan apa yang ko orang ada, dan bersederhana dalam segala hal, akan buat hidup kita lebih aman..

nota kaki : aku bercerita berdasarkan pengalaman.

  
Te Amo
 

Friday, March 11, 2011

JJCM - Tart Cafe ::

aku memang kuat makan.. bucuk pun tercengang bila dengar aku cakap lapar, walhal baru aku pas mencekik.. gedik tau perut nie.. tak reti kenyang..
ingat tak, entry pasal terjumpa benda asing kat KFC ?? tak ingat sila klik kat cni.. aku dah puas pujuk KFC suruh buat benda alah tue kat JB. tapi dia orang booo layan aje.. sedih tau! Tapi sekarang nie, aku dah jumpa da.. benda alah tue kat Jb nie.. 99% sama! di gara² aku register kat foursquare....

kat mana².. eiiii tak sabar ekkk.. jeng !! jeng !!

=
=



Tart Telur!! Nyam Nyam !!
pastry dia memang rangup.. dap !! dap !! rasanye macam nak melantak lagi sekarang nie. pak kal aje jauh..
Harga dia RM 2.00 sebiji.. dah naik Rm 0.20.. ceh!!

nie la tempat yang jual tart telur yang sedap tue.. lokasi nye kat ;
LG42, Danga City Mall, Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru Town, Johor Bahru, 

selain jual tart, ada gak, dia orang jual makanan goreng².. nasi goreng, mee goreng  dan sebagainye.. nak bagi tahu kamu semua.. air milo dia sedap!!

Te Amo
Aku kuat Makan!

Thursday, March 10, 2011

:: Kaki Wayang - Hikayat Merong Mahawangsa ::


hyeee awak semua! dah tengok cerita Hikayat Merong Mahawangsa?? hah?? belum lagi..meh sini nak bagi nasihat.. awak² semua memang patut pergi tengok cerita nie. memang best. best best giler! jalan cerita yang menarik. aku tak pandang ape teknologi yang KRU pakai untuk buat filem nie, aku tak kisah langsung pun. tapi yang paling penting, cerita yang menarik. lebih² aku adalah pencinta sejarah! kehekhhh boleh ke macam tue. time kat sekolah dulu, sejarah merupakan matapelajaran feberet! teringat kat cikgu hamid, yang rajin buatkan nota untuk kita orang ! kerana nota² aku score subjek sejarah nie... weeeiiii bangga!

Filem Hikayat Merong Mahawangsa ini mengisahkan 3 empayer. Empayer Rom, empayer China, dan empayer melayu. mengisahkan Putera Rom yang akan dikahwinkan dengan Puteri Cina, memilih semenanjung emas sebagai tempat pertemuan. dalam perjalanan menuju ke tmpt tue. kapal rom diserang ribut dan tersadai kat Goa, India. ketika mencari bantuan daripada orang² Goa, Putera Rom, terjumpa Merong Mahawangsa yg ketika itu sedang berlawan dengan pahlawan * betul ke pahlawan* dari Goa, disebabkan Si Merong Mahawangsa nie, mengorat sorang Perempuan Goa nie...


Merong Mahawangsa nie, diamanahkan membawa Putera Rom ke semenanjung Emas dan menjaga keselamatannye. ketika berada disemenanjung Emas ini, Rombong empayar China, Rombongan Rom dan Merong Mahawangsa diserang dari Puak Geruda yang mengamalkan ilmu sihir dan menculik Puteri Cina. Merong Mahawangsa Cedera parah dan diselamatkan oleh Pak kesum dan anak angkatnye Embok.

Pak kesum percaya yang Merong Mahawangsa merupakan orang yang dinanti² kan, yang akan menyatukan orang² kampung yang terbahagi kepada beberapa puak. dah sangkaan pak kesum adalah tepat. merong Mahawangsa dapat menyatukan orang² kampung dan ditabalkan menjadi Raja. tanah Semenanjung Emas itu, diberi nama Langkasuka.

Kemudian, Laksamana China datang bertemu dengan Merong Mahawangsa untuk mendapatkan pertolongan untuk membebaskan Puteri China yang di tahan oleh Puak Garuda yang dipimpin oleh Taji dan Kemawas..


selanjutnyer.. ko orang g tengok sendiri la kat panggung hokey.. penat weeeii dok cerita dari awal smpai nak abis nie..

ada banyak scene yang kelakar. Contohnye Merong Mahawangsa nie kelakar wataknye. rata² orang yang kat dalam panggung banyak yang ketawa lebih² lagi tengok watak pak kesum! keiekeihhh

pak kesum - funny Kan!

Dalam gelak² tue, ada yang bertepuk tangan.. abis cerita dia orang tepuk tangan jugak! tue tandanya cerita nie diterima oleh orang² kat panggung tue.. sekian!


Nota Kaki : Mase tengok cerita nie, satu panggung pulak ngan sepupu aku + someone yang mengaku dirinye anak kerabat diraja! uuwwwwweeeekk secara langsung mmg tak cantik! hidung plastik!!

Te Amo
Sayang KRU kkeiehhh
Nie pendapat aku, bukan pendapat kamu!

Wednesday, March 9, 2011

:: Zaman Sekolah yang Meriangkan ::

zaman sekolah selalunya meriangkan.. betul tak.. selalunya time sekolah kita akan selalu heppy.. gaduh ngan kengkawan pun, still lagi nak pi sekolah jugak.. gaduh ngan kengkawan pun sekejap aje.. ada orang yang akan damaikan.. kat sekolah dulu. aku pun pernah gak gaduh ngan member.. tapi sekejap aje..

time sekolah, tak terasa ada masalah. kalau ada masalah pun, cuma time nak ambik periksa aje.. time tu rasa susah sngt. lebih² nak mengulangkaji pelajaran yang kita langsung tak minat.. kalau aku, subjek geografi memang tak boleh nak masuk otak.. kalau bab mengira tue, memang senang masuk otak. speacially prinsip account.. subjek febret tue.. hahahhaaa..

kat sekolah jarang la kita tak de kawan.. ade ke orang yang tak de kawan kat sekolah?? cube angkat tangan! tak de kan!.. selalunya kat sekolah ade puak².. percaya tak? cam aku la.. kalau g rehat ke study ke. mesti ngan kengkawan.. pulak tue kengkawan tu orang tue jugak.. macam belangkas! sampaikan dapat kad hari raya pun kena kongsi. kerat dua. atas dia punya, bawah aku punya... hahhaha zalim tau korang... tak merasa nak dapat kad raya hak milik sorang! tapi aku tak kisah, sebab dia besfren aku..

tapi pas abis SPM, semuanya terbang mcm burung, masing² ada kehidupan masing².. yang tinggal hanya kenangan. ada kawan² yang masa kat sekolah dulu, dah pergi dulu. ada yang dah berjaya dengan kehidupan masing². ada yang dulu stay kat kelas paling bawah, tapi dapat kerja yang bagus. ada yang dulunya stay kat kelas pandai, tak berjaya dapat kerja yang bagus. macam aku la.. tapi aku suka dengan kerja aku. muntah!sedapkan hati sendiri!
walau apa² pun, memori masa sekolah itu, berharga macam emas! alamak. tersedih pulak. hahhaaa.. memang aku sedih! kbai!

mereka semua besfen aku! bertapa comelnya aku mase ni kan.hehheeee jgn pengsan ni masa form 2. kat sekolah menengah Skudai. ada yang dah jumpa ada yang tak de. tapi yang buat rasa sedih, kita orang dah tak semeriah dulu. masing² punya kehidupan masing². agaknya boleh ke kita mesra mcm dulu ye kawan!

Te amo
Sayang semua kawan² sekolah aku.

Tuesday, March 8, 2011

:: Aku kekeringan Idea ::

Rasanye  aku dan kekeringan ide..
ape ekkk nak cerita..
rasa macam tak de ape yang menarik untuk diceritakan......
OOoooooOO teringat pula ada berita gembira nak kongsi bersama..
bucuk dah tak kerja lagi kat KL..
YahOOO seronoknye aku..
seronok bila suami berada di sisi selalu..
yahhOOOO...!
Te Amo
Sayang Bucuk!

Sunday, March 6, 2011

:: Beli Air Dapat Percutian Percuma !!

Haiiii!! Good Morning Semua! Selamat Hari isnin..hahaa.. kenapa hari isnin selalu dikaitkan dengan hari yang paling membosankan.. pada aku, aku suka hari isnin, sebab selalunya aku akan buat azam baru untuk memulakan minggu yang baru, macam² azam yang aku buat, tapi kenkadang tue azam hanya tinggal azam aje.. tapi mostly semuanya tercapai.. bangga aku!


sapa suka pergi kedai Mesra Petronas?? hahahaa.. nak bagitahu kamu semua, aku memang paling suka pergi kedai mesra nie. walaupun aku cukup faham harga kat kedai nie, cukup² mahal tinggi, tapi aku tak kisah. penyakit nie telah menurun kat anak aku Nur Iman Dania. hahahaa.. kalau terjumpa pertonas, dia sebuk cakap aiyeee! aiyeeee! maksudnye nak air. haaaaaa... klass anak aku nie..

ape yang merepek nie, hokey² pagi tadi aku g petronas, macam biasa la kan, untuk memborong candu! ehh silap, Nescafe latte. minuman wajib sebelum memulakan kerja. kat peti ais dia orang yang besar tue, dia orang tampal iklan peraduan yang akan mengelabukan hati dan fikiran aku.. kehkiekeihehe...


beli 2 tin@ kotak minuman yang terpilih, 
 jenama Minuman yang menyertai peraduan ini.

dapat 1 borang penyertaan, isi dan jawab soalan pastu submit kat stesen petronas tue. pas tue tunggu aje la.. mana tau nasib kamu semua dapat menang hadiah utama ke.. percutian yang ditaja sepenuhnya oleh petronas, pas tue siap ada duit poket lagi, dan yang paling best dapat kamera DSLR Nikon Percuma!! waaaaahhh! aku dah hantar 1 penyertaaan.. kamu bila lagi? *ayat skema iklan² sekarang*

 Hadiah² yang petronas nak bagi

 Te Amo,
Selamat Mencuba!