penderaan & pengabaian kanak-kanak

January 13, 2011

semalam aku tertengok Oprah Show kat saluran 702 astro diva. selalunya memang aku tak berapa berminat nak tengok segmen oprah nie. tapi malam tadi si oprah nie membincangkan tentang pengabaian kanak-kanak. tragis betul. sedia tengok sikap manusia sekarang.


kalau kat malaysia nie, penderaan kanak-kanak makin menjadi-jadi. baru-baru nie kes penderaan Nur Dania Qistina Nurafizan yang berumur 3 tahun. di dera ibu tiri hingga maut. [aku pun ada anak tiri 2 orang, tapi aku sayang anak-anak aku macam anak aku sendiri.. hehe baik tak aku??].

kalau kat luar negara, penderaan kanak-kanak memang ade, tapi yang paling menyedihkan adalah pengabaian kanak-kanak. dalam oprah show tu, ada parent yang halau anak dia keluar dari rumah ketika anak dia orang umo 3 tahun. sedih kan. pas tue anak dia orang tinggal kat rumah anjing. makan tido kat situ sampaikan behaviour budak tu pun sebijik macam anjing, [tak dapat nak share link kat cni, sebab tak dapat nak cari url], budak nie tak boleh bercakap, tak boleh berjalan mcm manusia. tapi dia boleh menyalak. berjalan mcm anjing, lidah terkeluar mcm anjing. kesian kan? akhir nya budak nie sekarang ada kat hospital mental untuk rawatan.

lagi satu kes, budak perempuan yang dibiarkan tinggal sendiri dalam rumah yang amat kotor. umo budak tu dah 9 tahun, tapi disebabkan mak bapak dia tak ambil peduli pasal budak nie, perangai tak ubah macam budak 6 bulan. tak boleh bercakap, tak boleh makan sendiri, tak pandai nak berkomunikasi ngan orang lain. kat amerika, pengabaian kanak-kanak berada di tangga paling atas sekali berbanding dengan penderaan kanak-kanak.
mudah-mudahan kat negera kita tak akan terjadi macam nie. sedih sangat bila kanak-kanak yang tak tahu apa2 jadi mangsa kita orang dewasa yang diberikan akal yang cukup sempurna untuk berfikir.. [nangis]

Sayangkan kanak-kanak n Kucing
Sayang Kamu semua
 

You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images