Sunday, January 30, 2011

:: Ben Ashaari & Majalah Rapi

 belek² majalah Rapi 1 Feb 2011, ternampak satu artikel tentang seorang blogger nie. sapa yang tak kenal ngan Ben Ashaari? Blogger² mesti kenal ....
 [shoot dari Canon Powershoot milik sendiri hokey!]
Ben Ashaari siap buat segmen Jom Syok sendiri yang menempekkan {ekk betul ke bahasa aku nie} gambar seperti di atas. tapi abg Ben kenapa cepat sgt tutup segmen tu.. tak sempat nak join..

Nota Kaki : Agak² bila turn aku pulak nak kena interview ngan majalah rapi nie. aku tiap² bulan majalah rapi nie tau!

Te Amo
Sayang Kamu Semua!

Saturday, January 29, 2011

:: Pasir Gudang akan dilanda Banjir ::

Betul ke Pasir Gudang akan dilanda banjir? errrmm... disebabkan hujan yang berterusan dari malam semalam hingga la ke saat ini, jalan² banyak yang di naiki air, jalan dari Kota Masai yang menghala ke Masai dan Taman Cahaya Masai, Felda Cahaya Baru dan naik air, jalan di Taman Sceintex menuju ke Masai, dan Taman Cendana pun dah naik air, Highway Pasir Gudang dah tentu² sesak teruk. kawasan Pekan Masai pun dah naik air.. adeeeeehhh! nampak gayanye orang² pasir gudang terpaksa la memerap aje kat rumah sepanjang hari ahad ni.  nasib baik aku  kena kerja ari ni rezeki Allah nak bagi, Gaji Double tue... tak de le membuang masa menternak tahi bijih kat tilam bai yg empuk tue..

 [pemandangan hujan lebat kat depan kedai aku.. kedai aku??? cehceh²]

 Te Amo
Sayang Kamu Semua!

:: kalau kamu nak sihat... ::

 ni tip kesihatan yang aku terbaca kat majalah rapi pagi tadi ::

Mandi untuk alih rasa lapar.
Kalau tiba² aje rasa lapar walaupun selepas makan, ape kata kamu semua mandi. ini adalah cara terbaik untuk mengalihkan perhatian. Mandi dengan sempurna akan menenangkan fikiran kita dan tubuh rasa puas. Lama kelamaan, rasa lapar itu akan hilang dengan sendirinya

[bilik air memainkan peranan yang penting betul tak?]

Cara Pantas meningkatkan Metabolisme
Ubah suhu air. Air panas akan meningkatkan kadar metabolisme badan. Percaya tak? try okey!
[kalau boleh pilih yang kurang gula hokey!]
Jangan Kurangkan Tidur
Orang berdiet yang tidur kurang daripada 6 jam sehari akan kehilangan pengurangkan lemak sehingga 55% dan otot 60% berbanding orang berdiet yang mengamalkan tidur yang cukup. tabiat tidur yang kronik akan meningkatkan tahap kortisol yang mana akhirnya akan menyebabkan lemak tersimpan dalam tubuh dan penuaan juga akan lebih pantas daripada sepatutnya.
[Jangan tidur dalam besen pulak ye.. keihekiehhh]

Badam Baik untuk mereka yang berdiet
orang berdiet yang makan 3 aun kekacang terutama badam setiap hari mampu mengurangkan berat badan dan index massa tubuh sehingga 18%. Badam kaya dengan asid "alpa-linolenic' yang bertindak melajukan metebolisme lemak. kekalkan sebanyak 12 hidangan dalam sehari. Tapi badam mahal harganye Hokey!
 [sedap tau!]

Info yg aku cedok dari majalah rapi keluaran 1 Disember 2010. nak lebih info boleh beli majalah ini hokey!




 Te Amo
Sayangkan badan kita!

Friday, January 28, 2011

:: Orang Akan Pandang Kamu bila ..... ::

 kebanyakkan orang akan nampak kamu bila ....

# kamu seorang artis - dari sekecik² perkara pun dia orang akan nampak. sebab kamu artis, tak kira la kamu cantikke tidak, baik atau buruk, kaya atau miskin, orang akan nampak kamu dan selalu bercakap tentang kamu
 [Fasha Sanda paling banyak orang cakap² sekarang kan? ]

#kamu kaya - orang² macam ni memang semua orang akan pandang. orang akan cakap tentang kamu. tapi bila kamu jadi kaya, cuba pandang ke bawah, orang² yang tak berapa nak kaya. jangan jadikan orang² yang tak berapa nak kaya ni, hamba kamu. boleh kamu berbuat ape yang kamu suka. jika orang itu salah seorang dari pekerja kamu, jangan memperlekehkan orang itu, jangan sesuka hati campak dia kerja kat mana² yang kamu suka! damn!
 [duit memang tak menjamin kebahagiaan, tapi kita perlukan duit untuk teruskan hidup yang bahagia ]

#kamu cantik /hensem - bila kamu cantik@hensem orang semua akan pandang kamu berkali². kalau orang nampak kamu yang cantik lintas kat depan mata mereka, sure tak berkelip mata memandang. jadi orang cantik nie, selalunya ape yang dia buat akan jadi perhatian. kalau kat tmpt kerja, orang² yang cantik² nie, jarang nampak kesilapan kat mata². walau pada hakikat nya melambak kesilapan yang dilakukan.
[orang yang cantik tak semestinya bahagia kan? tp Ct nurhaliza memang cantik]

P/s : reserch yang aku buat ketika mood tak sihat.. kamu semua layankan aje la ek...


 Te Amo

Thursday, January 27, 2011

:: Khas untuk Boss² ::

 Masuk² kerja aje, bos panggil. dia cakap mcm ni ...
" eita, buat kerja betul² la.. ini invoice xxxx punya, bukan yyyyy punya. jangan bagi orang ketawa. nanti orang cakap, apela u punya kerani, macam mana buat kerja "

waduhhhh! ape la.. kalau ikutkan hati aku nie, nak aje aku sound kan boss aku macam ni..
" Boss! kalau u tak mau i buat salah, jangan mintak i buat benda nie secara manual! company u besar, duit banyak! beli la Accounting system yang buleh buat i senang kerja! kalau kompeni lain tau, kompeni nie buat account guna manual, lagi la orang gelak, ketawa sampai guling² kat lantai... "

[think positive bagus untuk tidak merosakkan mood untuk kerja]

hahaaaa!!! giler betul ayat kat dalam kepala aku nie. tapi terpaksa pendamkan aje.. mau aku kena pecat kalau aku cakap macam tue kat boss aku tue....

 Te AMo
Sayang Kamu semua

Wednesday, January 26, 2011

:: jangan cedok sebiji² ayat dari blog aku ::

Jika seorang datang membuat kita marah, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita selalu ‘kesempitan’ wang maka itu tandanya kita harus bersedia belajar erti berjimat cermat. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap
[ayat nie aku cedok sebiji² dari member FB aku.. kehekiehehh]
Te Amo
Sayang Kamu Semua 
Rozieta Rashidi

Tuesday, January 25, 2011

:: Daiso di Johor Bahru ::

 jeles dengar reena_onn cerita pasal daiso.. aku pun teringin sangat nak g tmpt nie.. ape benda alah Daiso nie? Daiso nie tmpt jual barang² dari Jepun. harga setiap barang Rm 5.00 aje! mcm tak percayakan? sekarang Daiso pun ada kat Johor Bahru tau! [ingat kat KL aje mcm² ada !] so sesiapa yang nak pergi tengok ape benda alah la Daiso nie, bleh g kat Jusco Bukit Indah kat Taman Perling.

 aksi dania kuak lentang bila kepenatan melayan ibu dia..

Section yang paling aku suka, kat tmpt barang² craft.. juling biji mata tengok banyak pilihan kat cnie

 nie section yarn. benang dia beso² beb!


 nie bahagian felt. cik lisha pun dah suka felt craft. semoga dia berjaya dengan hobi baru!
nie bahagian aksesori barang² craft

Aku g masa nak krismis ari tue [lmbt lagi entry aku nie kan? Aku Bz Hokey!] seronok shopping kat ctu sebab dia orang jual barang isi rumah..

 Te Amo,
Sayang Kamu Semua

Monday, January 24, 2011

:: Dania pun nak topi jugak!! ::

 ni aksi dania dengan topinnye.. asyik buatkan anak orang lain punya topi, akhirnya dapat gak dania merasa pakai topi sendiri * selalunye dia jd bahan ujikaji topi yang orang oder* heheeee.. comel anak ibu!



 Te Amo,
Sayang kamu semua!

:: Year End Sales [ Y.E.S ] - part 2

 ari tue aku ada buat entry pasal Y.E.S, so nie adalah kesinambungan nye.. walaupun rasanye agak terlambat nak update benda nie, [ i buzy hokey! ] so ni adalah suasana mase promosi yang kompeni aku buat !

tak dan nak ambik gmbr time ramai customer datang serbu. mase nie kita orang buat promosi PANASONIC. nama memang Gah, tapi komisen yang dapat tak se-Gah nama panasonic. penat aje lebih!

Te Amo
Sayang Kamu Semua

:: 2011 wishlist ::

rasa² terlambat tak nak listkan azam tahun baru?? keuhekeiehhe.. rasanya tak kot.. ape yang nak dicapai pada tahun nie..

#wishlist 1- macam tahun² yang sudah pekara utama adalah untuk menurunkan babat yang makin tebal kat badan nie. mcm tahun² sudah jugak. azam nie selalu gagal. so aku bagi tempoh setahun nie, untuk babat² nie berpindah! heheeee

#wishlist 2- mudah-mudahan nur iman dania dapat adik.. keiehekiehhhhh. walaupun aku berkahwin baru 2 bulan lebih, tapi aku nak anak cepat² memandangkan usia pun dh makin senja.. kesian Dania bila takde geng nak main kat umah..

#wishlist 3 - disebabkan aku dah jumpa hobi yang selama ini terpendam, aku nak asah hobi nie. banyak benda yang aku kena explore tentang crochet nie.. dan aku bertambah minat tahap gaban dengan yarn..

#wishlist 4 - aku impikan sebuah taska! wow! aku nak bukak taska supaya aku dapat lihat anak aku membesar depan mata. serik bila anta anak kat tmpt pengasuh. walaupun pengasuh itu dari kalangan keluarga sendiri. tapi seb baik dania serasi bersama dengan mak mertua aku.. [love u mama]

#wishlist 5 - aku juga impinkan sebuah bangunan yang macam² ada. semuanya berkaitan dengan baby! dalam bangunan itu, ada Taska, Playgroung, Shopping Mall untuk si comel dan restoren untuk si comel! wow! bagus tak idea aku nie..

#wishlist 6 - aku nak jadi seorang isteri yang baik untuk bucuk yang tercinta. kurangkan segala yang tak sempurna.!

#wishlist 7 -  menambah pendapatan yang ada..

#wishlist 8 - nak jadi kaya..

banyak sungguh kan! semoga berjaya!

:: cik Lisha tak balik beraya?? ::

 kesian sungguh kat adek kesayangan aku sorang nie..
tak dapat balik beraya bersama² *GONG XI FA CHAI*
tiket dah habis!!! tiket bas habis, tiket keretapi abis, air asia tak tahu la pulak!
ape patuh aku buat?

nak g amik ke nak biarkan dia beraya sorang² kat puncak alam tue??
tapi kalau dia tak de, tak bermakna la BBQ kat Air Papan nanti!!!
UWaaaaah!! kakcik! Balik la!!

 Te Amo Cik Lisha

Sunday, January 23, 2011

:: ape tanggunjawab seorang suami? ::

*bukan niat nak membuka aib orang tue tapi untuk renungan dan jadikan pengajaran untuk aku ngan orang lain*

ade sebuah rumahtangga, suami, isteri dan seorang anak. tanggungjawab seorang suami adalah adil, PEMIMPIN, NAFKAH, pendidikan, PELINDUNG, melayan & mengauli isteri dengan baik [sumber yg aku dapat dari pengantin.com.my]. 

sepatutnya seorang suami tue yang menyara keluarga dan si isteri membantu suami sekiranya suaminya itu tak berkemampuan. tetapi ape yang terjadi pada rumahtangga hamba Allah ini, isteri terpaksa bertungkus lumus bekerja untuk membantu suami dan menyediakan keperluan anaknya. sedangkan suaminya mengambil sambil lewa dengan hal nie. tak ada usaha langsung untuk menambahkan pendapatan keluarga. duit gaji digunakan untuk diri sendiri, untuk keperluan diri sendiri. bila dapat duit habiskan dengan kawan².. 

pada pendapat aku, suami nie mcm belum bersedia jadi seorang suami, belum bersedia jadi seorang ayah. masih terikut² dengan kehidupan bujang. PEMALAS tak payah cakap la.. kenkadang suar dalam pun orang lain tolong basuhkan.. makan minum orang lain tukang tanggung. bila tak de lauk nak makan, marah². tapi tak sedar, diri sendiri tak ada menyumbang apa² sumber makanan harian. cam ne nak cakap lagi.

harapan aku, isteri nie kena bersabar. tahap kesabaran kena tinggi tahap gaban*nak gak tahap gaban* DOA di iringi dengan USAHA untuk menyedarkan suami tue. kata orang bercakap lebih senang dari melakukannya. tapi tue la.. aku cuma boleh bercakap. tak kan nak masuk campur pulak...

Harapan aku lagi, moga jodoh mereka berkekalan, semoga suami tue sedar kesilapan dia. demi membina keluarga bahagia, demi anak mereka yang comel tue *geram bila nampak pipi budak² yang gemu²*
[beshnye dapat duduk kat blakang abah- sayang abah saya]

nota kaki : sapa bilang berkawin dengan orang bujang lebih bahagia berbanding berkawin dengan laki orang ? #cakapaje


 Tea Amo
Sayang kamu semua [sayang Bucuk lebih sikit :D]

Friday, January 21, 2011

:: cerita kancil, aku & dia ::




 
 "Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik
membawa
sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu
tidak menimpakan suatu mu sibah kepada kaum dengan sebab kejahilan
kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (al-
Hujuraat:6)

 nie cerita 2 minggu lepas.. kete kancil ku yang comel tue jadi bahan fitnah jiran kat kawasan rumah mak aku. dia cakap kete comel aku tue, aku & suami aku memeras ugut dia RM 500.00 untuk tutup mulut. sebab ape? sebab orang2 yang dtg rumah dia * yang menyamar sbg kita orang*, nampak seorang BANGLA masuk dalam rumah dia. so untuk tutup mulut supaya jangan smpi suami dia tahu, orang2 yang berkenaan tue mintak la RM 500.00.

adeeeeh! melampaukan.!! padahal pada hari bekenaan aku lama tue menyembang & bergosip2 kat umah mak mertua aku. lagi pulak, suami aku mana ade kat johor nie. dah sah2 dia ade kat KL mase tue..  lagi pulak, mana ade aku balik umah mak aku malam tue !! ceh! ceh! ceh! tak sayang mulut betul la..
pendekkan cerita, rupa2nya ade la someone yang pakai kete warna sama ngan warna kete kancil aku yg comel tue. tapi jenis aje lain. nasib baik ade jiran yang nampak kete tue berpusing2 kat kat area rumah dia.. jadi dah terbukti bukan aku yang buat kerja tak berfaedah tue.

walaupun kita orang nie boleh dikatakan susah, takde la sampai nak memeras ugut nie. pulak tue RM 500.00 aje.. kalau aku nak peras ugut. aku mintak 1 juta. boleh la langsai segala hutang2 yang ada.... tak sudah2 dugaan n fitnah yang datang. dari start kenal, bercinta sampailah dah kawen.. tapi kita orang redha..

 Tea Amo
sayang kamu semua, sayang bucuk lebih skit :DD

Thursday, January 20, 2011

:: Terjumpa benda asing kat KFC ::

aku jumpa benda nie kat KFC Pusa Bandar Damasara.. cehceh!! asal kat JB tak jumpa benda alah nie ekk.. rasanye memang sedap giler.... adeeehhh mcm mengidam pulak rasanye..

kat KCF pasir gudang aku jumpa air nie pulak! tapi kat KFC pusat bandar damansara tak de la pulak..
tetibe aku konfius, bukan ke menu KFC tue semuanya sama? tolong jawabkan!



Tea Amo
Sayang Kamu semua, Sayang Lebih kat Bucuk saye!

Tuesday, January 18, 2011

:: jauh perjalanan luas pandangan ::

 Malam nie, aku akan berangkat ke kuala lumpur seorang diri..
cehhh cehhh skema la ayat aku nie..
bonus dah dapat, so aku decide nak g KL malam nie..
nak jumpa hubby aku yang tersayang kat sana..
drive sorang2 nie..
doakan perjalanan ni selamat pergi dan balik



 Tea Amo
sayang kamu semua

Monday, January 17, 2011

:: bila hati jadi tawar ::

 hari nie aku dengan senang hati pergi Plentong Masai nak ambik offer letter dari Powerroot. bawak kete pun pelan aje.. rasa dekat aje powerroot nie.. heheee..

 bila dah dpt offer letter tu, aku tgk gaji yg dia orang offer Rm 1500.00. No Allowance. kerja 8 pagi sampai 6 petang. hari sabtu cuti. mak aiiii.. No allowance tu.. kalau dikira gaji bersih aku dapat 1.3K aje.. nak bayar kad kredit aku pun tak lepas!!!

waduh2.. ape nak buat?? hubby cakap stay dulu kat kk nie. hati cakap pun stay dulu. walau hati bengkak menanah kerja kat cni. sekurang2 nye gaji beso la jugak. kalau setakat nak makan lamb chop tue buleh la sgt [member FB nie sibuk aje nak aku blanja lamb chop- keiekehh]

so, ape keputusan nye? entah? aku pun tak tahu.. tgk aje la 10hb Feb nie... kalau aku bukak mata nampak pintu masuk KK, aku kerja la kat cni. kalau aku bukak mata nampak pintu powerroot aku kerja la kat powerroot

Tea Amo
Sayang Kamu Semua

Thursday, January 13, 2011

penderaan & pengabaian kanak-kanak

semalam aku tertengok Oprah Show kat saluran 702 astro diva. selalunya memang aku tak berapa berminat nak tengok segmen oprah nie. tapi malam tadi si oprah nie membincangkan tentang pengabaian kanak-kanak. tragis betul. sedia tengok sikap manusia sekarang.


kalau kat malaysia nie, penderaan kanak-kanak makin menjadi-jadi. baru-baru nie kes penderaan Nur Dania Qistina Nurafizan yang berumur 3 tahun. di dera ibu tiri hingga maut. [aku pun ada anak tiri 2 orang, tapi aku sayang anak-anak aku macam anak aku sendiri.. hehe baik tak aku??].

kalau kat luar negara, penderaan kanak-kanak memang ade, tapi yang paling menyedihkan adalah pengabaian kanak-kanak. dalam oprah show tu, ada parent yang halau anak dia keluar dari rumah ketika anak dia orang umo 3 tahun. sedih kan. pas tue anak dia orang tinggal kat rumah anjing. makan tido kat situ sampaikan behaviour budak tu pun sebijik macam anjing, [tak dapat nak share link kat cni, sebab tak dapat nak cari url], budak nie tak boleh bercakap, tak boleh berjalan mcm manusia. tapi dia boleh menyalak. berjalan mcm anjing, lidah terkeluar mcm anjing. kesian kan? akhir nya budak nie sekarang ada kat hospital mental untuk rawatan.

lagi satu kes, budak perempuan yang dibiarkan tinggal sendiri dalam rumah yang amat kotor. umo budak tu dah 9 tahun, tapi disebabkan mak bapak dia tak ambil peduli pasal budak nie, perangai tak ubah macam budak 6 bulan. tak boleh bercakap, tak boleh makan sendiri, tak pandai nak berkomunikasi ngan orang lain. kat amerika, pengabaian kanak-kanak berada di tangga paling atas sekali berbanding dengan penderaan kanak-kanak.
mudah-mudahan kat negera kita tak akan terjadi macam nie. sedih sangat bila kanak-kanak yang tak tahu apa2 jadi mangsa kita orang dewasa yang diberikan akal yang cukup sempurna untuk berfikir.. [nangis]

Sayangkan kanak-kanak n Kucing
Sayang Kamu semua
 

:: bila timbul rasa benci ::

adekah hari anda hangat ari nie?? ye hari saya hangat sangat!!! hangat yang hangit! ceh2.. hati betul2 tengah membara.. kalau la aku nie lebih besar dari dia, memang aku angkat dan baling dia kat sungai.. tapi sungai masai dah kering.. sungai mana yang layak untuk orang2 macam nie? errrrmm.. aku buang dia kat laut kongkong.. hahhaaaa.. biar dugong makan.. dah le banyak isi...

entah sejak bila nak kira extra bonus pun nak ade approval lettler dah real bos yang siap tandatangan. pulak tue nak sorang-sorang salesgirl. kalau boleh dia nak tarikh surat tue pun tahun 2010.. kepala hangguk dia la... dah bertahun2 bonus tak de naik %. lagi2 ko nak menyusahkan aku. dah la awal2 tahun aku nie banyak kerja lain. kalau rasa2 tak percaya, tak payah cek. ingat aku kemaruk sangat nak sales bonus tue?? ade aku kisah kalau tak dapat??

untuk real bos aku pulak. dah la gaji tak naik2.. pastue lagi2 nak adjust comission yang sekangkang kera tue. kalau rasa tak mampu nak bayar. tak payah nak beri komisen!!! adeeeeh! memang menyakitkan hati betul la...
tibe2 perut aku rasa lapar yang amat sangat.. heeeee.. kalau tension perut cenderung untuk lapar. diet pun dah entah kemana.. kalau ikut rasa hati mau aje aku berhenti dah cari kerja lain.. powerroot pun sedia menanti.  tapi biar aku fikirkan dulu.. ikut rasa binasa nanti.. tapi sumpah aku rasa kecik hati yang amat sgt ngan tmpt kerja sekarang....


Hari Yang Hangit;

Sunday, January 9, 2011

If I Were the Green Hornet

jika aku adalah the Green Hornet..

Green Hornet

perkara utama yang aku nak settelkan adalah jenayah yang melibatkan kanak-kanak pas tue jenayah yang melibatkan kucing.. heheeeee ade ke jenayah yang melibatkan kucing? ahhhhh tak kira, aku nak jugak. sebab aku sayangkan kanak-kanak dah kucing.. jenayah lain biar polis aje yang kasi settle. nanti dia orang tak de kerja pulak.. heeheeee

erm... untuk kanak-kanak tue, aku nak pantau kat tempat pusat-pusat penjagaan kanak-kanak. Rumah-rumah yang ada pembantu rumah indonesia pun aku nak pantau. sebab dia orang nie jaga budak main ikut sedap hati dia orang aje.. mentang2 la budak2 tue bukan anak dia orang. sesuka hati nak tengking, sesuka hati nak bagi makan ke tak, sesuka hati nak picit2 budak tue, hangiiiiiiiit betul la...
untuk kucing pulak. aku nak tangkap sesiapa yang suka buang kucing merata2 tempat, mendera kucing, tendang2 kucing, LANGGAR kucing.. agaknya dia orang nie hati batu kot..

ape yang aku nak buat ngan orang2 macam nie..?? ermm.. nak sediakan satu pulau yang takde ape2, makanan pun tak de. tapi harimau ada! haahaa.. biar harimau makan orang2 macam nie..


Tolong Ingatkan Aku
Sayang kamu semua