Tekad mahu kurus

December 18, 2010

 ari nie rajin sungguh aku walkblogging!! ceh wah! dah mula pandai guna perkataan-perkataan blog .. aku bangga! so hari ni, apa yang aku dapat daripada walkblogging ni.. aku terjumpa 1 web yang menetapi selera untuk mengorbankan babat-babat yang semakin membiak dalam badan aku nie... uuwaaaaaa! nak nangis nie!!! isk! isk! owner blog nie dulu gemuk, pas tue dia mengamalkan diet atkins dan dia berjaya! tak caya bleh lawat taknakgemuk.com.

Atkins diet terbahagi kpd 4 peringkat

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

peringkat yang paling penting adalah induction. semasa dalam peringkat ini, kita dilarang mengambil sumber karbohidrat melebihi 20 gram. huh! mesti lapar kan? isk isk! silap tue.. kehekehekeihhhh..
ape yang tak boleh makan pada tahap induction nie..

  • Elakkan nasi, mee, meehoon, spagetti, fettucini, keuwtiau, oat dan sebangsanya.
  • Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.
  • Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  • Elakkan Buah-buahan
  • Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)
  • Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  • Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal
  • Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
  • Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
 * weiiii.. giler lapar la macam nie nanti.. cam ne nak dptkan tenaga kalau x makan benda tue semua...

  • Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
  • Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. T
  • Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
  • Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. sotong dan kerang tak boleh yee. sebab karbohidrat tinggi.
  • Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang carbs berwarna hijau..semangkuk maksimum sehari..
  • Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari..
  • Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari..kenape? air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan..
amacam! agaknye korang kenyang tak makan benda2 kat atas tue..  giler la tak kenyang..
camner diet nie boleh berkesan??? aha ekkk..!
diet atkin ni sebenarnya diet tinggi protien. sumber protein akan melambatkan rasa lapar. apabila badan tidak dapat bekalan karbohidrat untuk menjana tenaga, secara automatiknya, badan kita akan menggunakan lemak2 yang ada dalam badan kita untuk menjana tenaga. so semakin lama kita tidak mengambil sumber tenaga [karbohidrat], semakin banyak badan menggunakan lemak2 yang ada dalam badan kita untuk menajana tenaga..
okey. agak2nye faham x?? heheheee.. aku pun sebenarnya masih belajar.. so kalau rasa2 ade yang tak faham bleh rujuk kat [ taknakgemuk.com ].  banyak info korunk dapat dari sana..

mase aku update blog nie, berat badan aku 60kg, 2 minggu dari sekarang, kita tengok ape jadi kat berat badan aku nie..
semoga aku berjaya...

Peace!
sayang kamu semua!

You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images