:: attandance oohhh antandance ::

November 12, 2010

dengan bangganya aku memperlihatkan attandance aku untuk minggu ini.. wahhh! menakjubkan. ini lah attandance yang terbaik setelah aku bekerja kat cni 10thn lamanye.. diulangi 10 tahun.. kehkeiehkeeihhh.
Kalau nak cerita bertapa duka n sengsara nye kerja kat cni… alamatnye panjang berjela2 la blog nie.. t korang tension pulak nak membacanye *tapi ada ke org nak baca blog aku nie- walhal follower pun x de lagi- keihekeihekeih*

 
 Kalau ko orang dpt tgk kat ‘late hours’ tue, aku dengan berjayanya dapat menahan diri dari rehat terover. Mcm yang selalu aku buat tue.. kekeiekehhh!!!. Column overtime pun kira memberangsangkan… dapat capai target ot untuk minggu tue.. (target ot 10 jam seminggu)
Ni semua disebabkan aku nak kumpul duit banyak2.. dah ler aku kena derma kat si kering tue RM 379.00 sebulan.. *jangan Tanya kenapa – sedih bila nak cerita* 10 bulan pulak tue… tue la cuai sgt.. isk isk isk…

Berbalik pada nak kumpul duit bebanyak tue, aku dah tak mo lagi hidup susah macam nie.. kerja penat tau sebulan nak dapatkan gaji, tpi dengan sekelip mata aje gaji buleh abis,.. semua habis buat bayar utang aje..

So, untuk mengubah kehidupan menjadi yang lebih baik.. memperbaiki kedatangan ke tempat kerja adalah azam aku yang pertama..

WISH ME LUCK!


You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images