:: Sapa Saye ::

August 20, 2009


Keluarga kecil Saye

assalamualaikum, hyeeee!
Nama Saye Rozita Abd Rafar, merupakan isteri kepada Mohd Rashidi. Ibu kepada 2 Gegirl - Nur Iman Dania, Nur Airis Qisya dan Seorang Boboy - Muhammad Aufa Tahqif. Lahir pada tahun 1980. seorang yang sukar menolak makanan yang sedap. pencinta Cheese! heayyy heayy Cheese! love Cheese very much.

Suka membaca, Menulis - kerana itu belog ni terhasil-, Makan! -hehehe, always makan kan-, suka menjahit - kepala ni suka sangat membayangkan design fesyen terbaru, tapi malangnya, belum mahir menjahit selain daripada baju kurung.

Minat utama adalah memasak dan membakar "baking". pernah bercita² membuka baker shop, tapi sekarang minat lebih kepada mereka fesyen kanak-kanak.

Sayangkan kanak² terutama anak sendiri la kan, sayang kucing jugak! seorang yang boros dan berusaha menjadi seorang yang kedekut. Tapi selalunya tak pernah menjadi bila ada duit dalam poket. Seorang yang berisi dan berusaha untuk menjadi kurang berisi, tapi malangnya selalu gagal apabila disua dengan makanan yang amat sedap! adakalanya telur goreng pun nampak sedap!

Belog ini menceritakan tentang cinta i. Cinta i pada family dan anak², cinta i pada makanan, cinta i pada kehidupan dan kerjaya  i, info² dan tips pembelian terutama barang² elektrik. Adakalah terpost luahkan ketidakpuashati i pada sesuatu untuk dijadikan pengajaran untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain. 

Semoga apa yang dipaparkan di belog i ni, dapat memberikan info² yang berguna kepada korang sekaligus menjadi medium untuk kita bertukar pendapat dan berkenalan antara satu sama lain.

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images