Tuesday, December 29, 2009

:: AZAM 2010 ::

bila tiba tahun baru nie.. mesti nk buat azam baru kan..


AZAM KERJA
:: X nak ponteng keje lagi.. kena kerja kuat2...
:: Gaji mesti up dari rm 2,000.00...
:: Target sale RM 500.00 sebulan.. nak dapatkan extra sales incentive 20%
:: Target Ot bulanan 25 Jam...
:: Kerja submit on time..

AZAM HARI TUA
:: Nak start business SOHO....
:: Simpanan sekurang2nya ada rm 500.00
:: Nak settlekan semua hutang tertunggak...
:: tak nak buat hutang lagi.. SERIK!!!
:: KAWIN.. hehhee... insyaALLAH

AZAM TINGKAH LAKU...
:: Nak bangun awal pagi 6.00 am
:: Tak nak tinggal SOLAT.. Amin
:: Senyum...
:: Tak nak Moody.. X nak naik angin...
:: Kurangkan Cakap.. banyak kan fikir..(iyo2 aje..)

:: Selamat Tinggal 2009 ::

pejam celik pejam celik.. dah nak abis tahun 2009..
ape yang ada 2009 nie..
rasanya banyak yg mendukacitakan daripada mengsukacitakan...
( eh. betul ke ayat aku nie..)

SUKACITA..
aku dapat NUR IMAN DANIA
aku skrang dah duk umah sendiri.. syok!!

MENDUKACITAKAN
Perang Besar
Cinta x di restu.. (Malang sungguh nasib aku)
Hutang Keliling Pinggang...

MEMBAHAGIAKAN..
Hubungan aku ngan dia dah masuk 2 THN..
Impian nak punya anak tercapai..
aku dapat turunkan berat badan 5KG dalam tahun ni...
aku jadi lebih berani untuk hadapi risiko..

So.. walaupun hubungan aku ngan seseorang ni tak berapa baik tahun ni.. dan mungkin akan berlanjutan beberapa tahun akan datang.. i dont care..

selamat tinggal 2009.. walau ape pun yang berlaku dalam tahun ini.. aku bahagia menjadi diri aku sendiri... dan aku telah melakukan sehabis baik dalam membentuk satu kehidupan yang lebih sempurna.. kengkadang aku dapat rasa, aku tersasar dari landasan disebabkan keinginan... tp aku akan bangkit semula tahun hadapan.. untuk memperbaiki kesilapan diri..

wow!!! aja aja fighting!!!!

Saturday, November 14, 2009

:: Jb - KL - Puncak Alam

mlm nie aku bertolak g amik k.cik kat puncak alam..
sorang-sorang...
mak tanya.." buleh ke? ""
dah semestinya aku jawab buleh..
heheee..

Mungkin aku akan singgah kat KL ..
kalau jd tido sana..
itu pun kalau ada org sponsor la..
kalau x de..
nampaknya aku kena tido dalam kete..
dah lokasinya... sudah semestinya restoren jenjatas melaka..
sbb?? senang nak mandi..& senang nak makan..

Doakan perjalanan cik eita selamat pergi N balik..
Amin..

Wednesday, November 11, 2009

:: Nur Iman Dania ::



Nur Iman Dania...

ibu sayangkan dania..

moga dania pun sayangkan ibu..


ps : Comelkan dia.. mcm ibu nye... heheheeeee

:: 10.10.2010 ::

mcm best aje kan tarikh tue..
tp aku sure ramai yg akan tamatkan zaman bujang pada tarikh nie..
guess wat..
aku adalah salah 1 dripda mereka...
huhuuu.....
skrang nie semuanya dah berjalan lancar...
Kak ati pun dah bagi keizinan pada abg...
syukur sgt.. kerana dia dapat menerima aku hadir dalam hidup dia...
tinggal lagi aku perlu berjumpa dgn bakal mak mertua.. heheeee...
macam x percaya aje kan...
jika sebelah sana dah settle..
baru aku akan bercakap ngan keluarga aku ttg hasrat aku..
mcm mn agaknya reaksi mereka...
yg pastinya..
mereka x kan berapa suka...
tp ini adalah keputusan aku
muktamad..
tiada talian hayat...

Allah..
Engkau permudahkan lah segala urusan ini..
lembutkan la hati mereka2 menerima aku dan dia
seperti mana mereka menerima adik aku ngan suaminye...

:: Aku syg dia selamanya ::

erm...
syg yg amat sgt..
even ramai org di sekeliling aku menentang.. x merestui hubungan aku dan dia.. aku x perduli..
" cinta itu membutakan..."
betul3.. tp aku masih dapat melihat kebaikkan yg ada pada diri dia, yg mana org sekeliling aku x nampak.. & kekurangan yg ada pada dia yg org di sekeliling sentiasa nampak & selalu ingat...
aku tahu mak tak suka dia.. adik aku bencikan dia..
dengan satu sebab ..
dia milik org lain...
aku tak perduli..
kerana aku lebih kenal sapa dia...
& aku percaya dia akan bahagiakan aku...

Wednesday, September 23, 2009

:: Jodoh itu ditentukan ALLAH S.W.T ::

Dunia ini laksana perhiasan & perhiasan yg paling baik adalah perempuan yg solehah...

Rasullah S.A.W ada bersabda menyatakan :
Barang siapa yg bertemu dengan ALLAH dengan keadaan bersih lagi suci,
maka kahwinilah perempuan yg terhormat
Hadis drpd Abu Umamah pula menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W ada bersabda bermaksud :
Bagi org mukim, sesudah dia bertakwa kepada ALLAH, tiada ada yg lebih baik drpd mempunyai isteri yg solehah.
Isteri yg apabila diperintah melakukan sesuatu, dia taat,
apabila dilihat menyenangkan
dan apabila diberi janji diterima olehnya,
dan apabila ditinggalkan pergi, dia menjaga dirinya, juga harta suaminya dengan baik

:: Indahnya Cinta Nan Tulus ::


Indahnya cinta nan tulus,
Yang menyeru setiap individu menerima pasangannya
dengan seadanya..
Usah banding-bandingkan dia dgn org yg lebih kaya, hebat @ lawa.
Terima dia sebagaimana cinta itu bermula,
Penerimaan tanpa syarat menunjukkan bahawa kte mencintainya dgn tulus.
Syukurilah semua yg dimiliki & tanamkan impian
untuk meningkatkan kehidupan tanpa
mengorbankan kasih sayang dan keintiman
yg sedia terbentuk...

:: Manisnya Cinta ::

hari ini,
aku habiskan baca novel Manisnya Cinta...
walaupun dah 2x aku baca... tp kali ni baru aku perasan yg jln ceritanya sama dgn jln cerita cinta aku...
selalu ditinggal kan...
selalu meninggalkan tanda tanya...
sayang ke dia kat aku...

tp bila aku baca cerita ni..
ada hikmah yg tersembunyi atas semua kejadian tu...
buat aku rasa bersalah sgt pada dia...

slama 3 hari yg dia cuti...
mmg dia x de masa utk aku...
sibuk ngan hal kat umah dia..

mmg aku nak dia spend time ngan aku sehari...
tp disebabkan dia sibuk kat umah.. pas tue tiba2 kena balik kl..
aku betul2 merajuk sakan...
smpi pandai meninggikan suara...

masa dia nak balik pun...
salam pun x... bertekak punya pasal.. dia halau aku kuar dr kereta....
panas betul hati....
smpi aku nekad x kan jumpa dia lgi pas nie... x kan msg.. x kan call...

tp novel nie mcm cuba beritahu aku...
yg bersalah adalah aku..
sbb x faham kerjaya dia...
x faham situasi dia....

dan skrang aku tinggal sendiri...
pas nie x tahu bila lagi aku dapat jumpa dia lgi..

maybe bln depan... maybe tahun depan...... maybe x kan dapat jumpa lgi...
" kita akan lebih menghargai org yg kte sayang bila kte kehilangan dia..."

Sunday, September 20, 2009

:: Selamat Hari Raya ::

Hari raya tahun nie...
syok cket...
1st mlm raya bf aku dapat balik raya...
dapat jumpa dia...
syok nye..
kiranya lepas jugak la rindu...
kihkhkiheeee..
dapat duit raya RM 50 ..
wow!! banyak nye....

Pagi raya...
dia call...
maybe disebabkan dah lama x jumpa..
cara cakap pun dah berubah...
romantik giler..
tak de la... nak tinggi2 suara lagi..
aku suka..
suka sgt ngan perubahan skarang....
duk berjauhan nie ada hikmahnye....
semoga kami bahagia ....
Amin...

Monday, September 7, 2009

:: Kisah aku & Nasi Ayam Black Pepper ::

Kte dh brpuasa 1/2 bulan da... tp semalam adalah hari puasa yg paling mencabar..
entah silap dari mana.. perut aku masuk angin!!
uwahhhhh!! uwahhhh!
selera aku bulan puasa kali nie.....
asyik nak makan NASI AYAM BLACK PEPPER..
lepas masuk aje menu tue.. perut aku dah meragam..
nak diri tegak pun x bleh..
huhuhuuu..
so terpaksa la aku balik kerja awal..
pukul 8 aku dah punch card...
bawak kereta pun sambil baring..
nasib baik la kereta kancil..
so..
mulai hari ini aku berikrar..
" x mau lagi nasi ayam black pepper"
serik!!!

Friday, August 21, 2009

Aku Mahu sihat....

Obesiti...?
huh? mmg menyakitkan hati bila keadaan diri kte nie gebu...
mcm2 gelaran yg kte dapat..
Mok..montel.. anak gajah.. mcm2 lagi la...
pas tue hilang rasa confident..
lebih2 lgi kerja mcm aku nie..
berdepan ngan org ramai...
bila customer tegur...
" e'eh.. sihat nye dia... " alah.. budak yg gemuk tue"
ceh... salah ke badan aku nie lebih sihat dari biasa..
cam ne nak buat.. hobi pun makan..
keihkihkiheee....
tp sebenarnya gemuk tue mmg comel...
tp utk budak2 bwh umo...
tp klu dah tua mcm aku nie..
mmg tak sesuai langsung .. cuba tgk budak nie...




buruk kan? kan? tak sangka sebenarnya aku leh sesihat nie... bila org tegur aku gemuk.. aku marah.. lg2 la boyfriend sendiri yg tegur.. leh jd gaduh sbb tak nak terima kenyataan...


tp skrang aku dah faham.. sebenarnya org2 gemuk mcm budak kat atas nie.. jd bahan ketawa.. jadi brg mainan.. jadi aku tekad sahut cabaran cik abg untuk korbankan sikit lemak2 yg ade.. cabaran= 15 kg...


dulu berat badan aku 63kg (jd la mcm kat gbr tue... hehheee) tp skrang berkat diet gila2.. g gym .. boikot KARBOHIDRAT & GULA... jadi lah Cik eita yg baru...55 kg. baru aje 2 bulan tau!!.


cantik x? heheee...

so kepada sesiapa yg nak kuruskan badan.... boikot segala sumber KARBOHIDAT & GULA selama 2 MGGU aje.... pas tue baru buleh amik sumber tue sikit2.. kalau cik eita buleh.. awak semua pun buleh...

p/s : jgn jadi mcm cik Lish.. dah kurus kering pun still nak ikut cara kakak dia nie berdiet....

Thursday, August 20, 2009

:: Sapa Saye ::


Keluarga kecil Saye

assalamualaikum, hyeeee!
Nama Saye Rozita Abd Rafar, merupakan isteri kepada Mohd Rashidi. Ibu kepada seorang Gegirl - Nur Iman Dania dan Seorang Boboy - Muhammad Aufa Tahqif. Lahir pada tahun 1980. seorang yang sukar menolak makanan yang sedap. pencinta Cheese! heayyy heayy Cheese! love Cheese very much.

Suka membaca, Menulis - kerana itu belog ni terhasil-, Makan! -hehehe, always makan kan-, suka menjahit - kepala ni suka sangat membayangkan design fesyen terbaru, tapi malangnya, belum mahir menjahit selain daripada baju kurung.

Minat utama adalah memasak dan membakar "baking". pernah bercita² membuka baker shop, tapi sekarang minat lebih kepada mereka fesyen kanak-kanak.

Sayangkan kanak² terutama anak sendiri la kan, sayang kucing jugak! seorang yang boros dan berusaha menjadi seorang yang kedekut. Tapi selalunya tak pernah menjadi bila ada duit dalam poket. Seorang yang berisi dan berusaha untuk menjadi kurang berisi, tapi malangnya selalu gagal apabila disua dengan makanan yang amat sedap! adakalanya telur goreng pun nampak sedap!

Belog ini menceritakan tentang cinta i. Cinta i pada family dan anak², cinta i pada makanan, cinta i pada kehidupan dan kerjaya  i, info² dan tips pembelian terutama barang² elektrik. Adakalah terpost luahkan ketidakpuashati i pada sesuatu untuk dijadikan pengajaran untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain. 

Semoga apa yang dipaparkan di belog i ni, dapat memberikan info² yang berguna kepada korang sekaligus menjadi medium untuk kita bertukar pendapat dan berkenalan antara satu sama lain.